Wednesday, October 12, 2005

Antara beli bungkus dan buffet

Tadi semasa balik kerja aku singgah di satu pasar ramadan dan beli benda2 utk berbuka puasa dgn jumlah kosnya RM12. Ntah camana aku boleh terpengaruh beli pelbagai benda tu, agak banyak tapi kurang kualiti. Pastu aku terasa pelik, hari-hari biasa aku tak pandang pun mee goreng tapi kalau bulan puasa aku suka mencari mee goreng dan agak malang hari ini... mee goreng yg aku beli tadi masin yg amat. Aku menyumpah-nyumpah sambil menyuap-nyuap juga mee goreng masin tu. Teringat suatu ketika dulu waktu aku bersarapan di Pusanika dgn Mr. Clarias ada sorang mamat bersongkok tu angkat pinggan mee gorengnya ke cashier dan complain akan mee nya yg masin..tapi kami agak heran, dlm mengomplen tu mulut mamat tu tetap jugak mengunyah-ngunyah....begitulah ragam manusia.
Sambil menyuap tanpa rela mee goreng masin yg entah apa-apa tu, aku teringatkan mee goreng yang anak buah aku buat dan aku terfikir camana anak buah aku boleh buat sgt sedap, ke tak sengaja?...hehehe
Aku makan pecal pulak...walaupun aku bukan jawa tapi aku suka dan aku cuba buat-buat berselera biarpun taufu-taufu dalam pecal tu keras... Sambil makan terlintas di fikiranku, camanalah org buka puasa buffet kat hotel yg cajnya sampai RM100 seorang. Issk..tak tergamak aku sekadar nak buka puasa buang duit camtu walaupun aku ni kaya. Kalau setakat RM50 tu pun aku hanya gagahkan kalau ada occasion, ataupun nak jumpa kengkawan..
Pada aku tak perlulah berbuka puasa sampai RM100 cam tu.. tapi apa aku nak pertikaikan kalau tuanpunya badan sanggup keluar duit sebanyak itu, biarkanlah.. Mungkin juga dorang tu menyahut seruan kerajaan utk menyemarakkan ekonomi negara dengan berbelanja extravaganza.. Walaupun aku bukan nak menyebuk tapi takkah itu perbuatan membazir..lebih baik sumbang kepada mangsa-mangsa gempa di pakistan ke, di acheh ke, bersamamu ke dsbnya, atau kalau susah-susah simpan aje kat ASB ke, Tabung Haji ke. Tapi tak sedap jugak sbb Tabung Haji Plantations nak apungkan saham di BSKL. Pada aku tak payahlah nak ambil risiko. Tabung Haji ditubuhkan untuk menolong orang melayu orang islam menabung utk mudahkan naik haji, bukan utk diniagakan dgn risiko yg tak tau camana . Cukup le perkemaskan lagi ladang-ladang tu dgn technology yg advance, biotechnology, R&D dsbnya. Macam Ladang Kota Bahagia (sebuah Ladang Tabung Haji) di Segamat tempat aku practical sama Faris dulu tu..walaupun cantik tapi byk yg perlu dibuat lagi. Teringat aku ada satu minah kat Ladang tu, bercakap I you , I you dengan kitorang sambil dia melakukan weeding. Apa khabar agaknya?
Foto: Air Kitara...aku beli bukan sbb aku minat Kitaro ..air kitara ni asal dari Johor. Ia mengandungi carrot, cincau dan selaseh dan tak tau apa lagi..sedap dan boleh beli. Tapi kalau mee goreng masin tu ....furgettt it....

Tuesday, October 11, 2005

Puasa zaman sekarang

Disebabkan hari ni aku masih bercuti lagi, petang tadi aku ke sebuah pasaraya bukan nak beli apapun cuma membeli kurma dan dukulangsat untuk buka puasa. Duku langsat di situ lebih sedap berbanding yg di pasar malam, mungkin lebih terjamin kualitinya. Itu merupakan kali ketiga aku membeli buah dukulangsat di situ. Sebelum ni mmg selalu aku beli di pasar malam baik dokong, duku langsat, duku dewan dan duku. Secara ringkasnya, species Lansium domesticum mmg menjadi favourite fruit of the year bagi aku tupasal aku suka citer pasal buah ni tetapi dlm species tu aku kurang gemar Langsat kerana agak masam dan besar bijinya yg kalau tergigit sangat pahit. Kenapa bijinya pahit aku tak pasti tapi mungkin lansium ni satu family dgn Mahagony...buah mahagony mmg pahit sepahitnya. Kadang-kadang agak susah nak kenal antara dukulangsat, dokong dan duku dewan. Dokong pula ada dokong basah dan ada dokong kering. Dokong kering paling baik kerana bila dikopek ia tidak melekit. Tapi kat pasar malam pandai aje dorang bagi nama.. Dokong Mas ler , dan macam-macam. Mmg susah jugak nak kenal buah-buahan ni. Bukan takat buahan aje, petang semalam masa aku kat kedai runcit dekat rumah aku, semasa aku di kaunter ada seorang gadis dalam usia awal 20an, berbisik kat tokei kedai (macam aku tak dengar..).... nak beli kangkong dan mintak ambilkan sbb dia tak kenal mana satu kangkong (Ipomoea aquatica)...tauke kedai pun satu, tertawa plak dia sambil pandang aku.. kesian awek tu..Ini mesti kes baru nak belajar masak kangkong goreng belacan agaknya...
Foto: Dukulangsat bersama kurma segar (dalam goblet) yg aku beli petang tadi...
Berbalik kpd citer pasar ramadhan...aku lalu 4 pasar ramadan tadi. Mak aii..ramai orang, nak parking susah....aku singgah satu aje itupun terpaksa menapak agak jauh. Pelik jugak aku, ngapa ramai sgt orang..buka puasa ala kadar cukup la...Bayangkan insan-insan lain yg kurang bernasib baik berbuka puasa....itu lebih baik. Anak-anak kecil lain ler, mereka dalam proses belajar berpuasa tentulah lain macam seleranya.
Aku tertarik dgn kata-kata Datuk Abu Hassan Din al Hafiz.....Ramai ibubapa yg memaksa anak-anak kecilnya belajar berpuasa..tetapi berapa ramaikah ibubapa yg memaksa anak-anaknya belajar solat? Kalau anak-anak ini dipaksa belajar puasa, mungkin dia akan puasa sampai dia dewasa..tapi pastikah dia akan mengerjakan solat? Sekiranya anak-anak ini dipaksa belajar bersolat dari kecil nescaya bila besar anak-anak ini akan terus mengerjakan solat sampai bila-bila dan juga tahu tanggungjawab untuk berpuasa tanpa dipaksa-paksa.
Renung-renungkanlah (sebut mcm farit ismet..)

Puasa zaman dulu-dulu

Mmg seronok mengingatkan kisah-kisah lama masa bulan puasa ni macam citer Mr. Clarias. Aku masa kecik-kecik sekolah rendah dulu ada jgak ngelat puasa serta puasa yang yok. Pernah le kena tarik telinga, kemudian bila time berbuka, kena duduk jauh-jauh tak boleh kacau org2 berpuasa berbuka.
Yg aku masih ingat citer masa aku tingkatan 3. Sampaikan masa ujian percubaan SRP aku boleh abadikan dalam esei subjek BM, citer pengalaman masa bercuti bulan puasa. Senang-senang aje cikgu aku kasi A1, mungkin dia ternostalgia gamaknya....
Aku nak citer balik kat sini agak komplikated, tapi yg masih terngiang di ingatanku bagaimana aku dan beberapa rakan kena kejar dek Pak Mat dengan sebilah parang panjang. Puncanya bukan apa, aku dan tiga org kawan aku telah mengambil lampu panjut dia yg terletak di tepi jalan, jarak lebihkurang 50 meter dari rumahnya. Lampu panjut tu kononnya kami cadang nak gunakan minyak tanahnya untuk tujuan unggun api. Ingatkan takde orang, rupanya Pak Mat dari pintu rumahnya dah nampak. Apa lagi dengan sebilah parang panjang dia menjerit "Hoi.." dan mengejar kami. Betul-betul dikejarnya kami...Dikejarnya kami sampai ler kami terpaksa menyorok, meniarap dan berselindung cuma di sebalik helaian rumput dan lalang saja (macam citer Combat..). Tak teringat pulak ada ular ke, lipan ke pada masa tu. Jarak kami dan Pak Mat lebihkurang lima meter jer...dan Pak Mat mundar-mandir pulak kat situ,..Agaknya bila dah tak dapat nak kesan kami, Pak Mat pun balik. Nasib baik malam tu gelap...kalo tidak, tak tau saper yg kena... Mujurlah Pak Mat tak cam bebudak yg dia kejar tu. Bila Hari raya kami pun beraya ke rumah Pak Mat bersama org2 kampong lain dan kami pun ambil kesempatan hulur tangan bermaafan dgnnya. Sampai la dia tak tau... dan dah lama jugak aku tak jumpa member-member aku tu.. Ume (Omar), Kodek(Abdrani) dan Busu(Hasan).

Pak Mat tu jiran sebelah rumah aku, orang kaya...dia pernah cakap kalu nak pinang cucu dia hantarannya mesti ada dua bentuk cincin berlian...tu yg Budakbudu tak renti-renti kirim salam kat cucu Pak Mat tu. Tapi aku tak sampai-sampaikan jugak salam tu hingga ler budak perempuan tu dah beranak pinak sekarang ni..... hehehe....
Masa aku umur nak masuk 19 tahun, aku praktikal di Ladang Jabor Valley sempadan Tganu/Pahang bersama Ben (alFatihah). Kat situ ader ler sorang minah namanya Asmah (mirip2 Adibah Noor...) pernah jugak Asmah tu hantar kuih masa nak buka puasa, ...aku kata kueh itu utk Ben, Ben kata kueh tu utk aku.... tak tau mana satu.

Satu malam tu aku dan Ben nak buat bunga api..agak kreatif sikit, kami lipat kertas surat khabar lama jadikan cam parachute dan bakar tiap-tiap bucu parachute tu. Maka parachute tu pun terbang tinggi ke udara sbb tekanan udara panas...macam hot air balloon ler. Mmg cantik parachute tu menyala dan terbang tinggi..dan bila dah tinggi ia pun pecah dan berserak-serak, nampak ler macam bunga api.

Esok pagi....ader ler satu minah indon tu namanya Sutra..bercerita dengan geng-gengnya termasuk Asmah depan aku dan Ben. Dia (sutra) kata malam tadi dia nampak polong..berapi-rapi polong tu terbang. Dan bila dah tinggi sampai pucuk kelapa, polong tu pun pecah tujuh, seram sungguh katanya. Hehehe...tak tau dia itu angkara kami, bior ler dia seram sensorang... yg kelakarnya pecah tujuh tu (sempat pulak dia mengira....) Empat tahun kemudian aku jumpa si Sutra ni masa kerja di Temerloh, seluruh keluarganya telah berpindah ke situ. Asmah pulak aku tak tau di mana, agaknya dah jadi artis buat album kot...

Monday, October 10, 2005

Siapa Radja ?

Hari minggu yg terbaru ni aku telah terbeli satu CD setelah budak cina kat kedai tu kata CD tu bagus, group Indon namanya Radja dan katanya boleh kalah Peter Pan, Shiela on 7 (seben), Dewa etc. Aku ke kedai musik tu sekadar singgah-singgah kalau terjumpa CD kompilasi terbaik Ebiet G. Ade. Masa ini aku sebenarnya bukanlah penggemar music indon kecuali satu dua hits dari Shiela on 7, Dewa dan Peter Pan yg aku dengar di corong-corong radio. Cuma aku pernah beli satu kompilasi lagu2 mereka..tu pun versi pasar malam. Tapi kini aku dah beli satu CD original...Radja. Murah aje harganya RM25.90.
Music Radja agak kemelayuan, sederhana, easy listening tanpa perlu menjerit-jerit dan tidak terlalu mendayu. Lagu-lagunya bercorak cinta universal. Kadang-kadang aku terasa ada melodinya seperti lagu-lagu lama enam puluhan pula dan ini agak menarik deria pendengaranku. Pada kulit album terdapat catatan setiap ahli Radja..masing-masing mereka tidak terkecuali mengungkapkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dan menyebut Rasulullah s.a.w. Bagus anak-anak muda ni.
Lagu mana paling ngetop aku suka? Nggak tau dong..., tapi aku cepat menangkap melodi lagu-lagu Tulus, Jujur, Manusia Biasa, Selalu Jauh dari Cinta, Cinderella. Mungkin ada part yg agak catchy dalam lagu-lagu tu. Bagaimanapun semua lagu-lagu lain juga sedap didengar. Aku tak dengar betul-betul lagi. Bila dengar lagu-lagunya aku terhidu ada elemen kejujuran dalam alunan suara sang vokalis. Setidak-tidaknya itu yg aku rasa. Kalau tak percaya dengar lagu Manusia Biasa.. Lagi satu ada lagu Jujur dalam album ini. Semestinya kejujuran itu jadi kekuatan mereka, jika ia benar. Dan jika ini adalah kebenaran, sememangnya penggiat muzik di Indon nampaknya lebih kreatif dan mendalam jangkauannya.
Tidak perlu bahasa yg bombastik, memadai lirik yg simple tapi cantik diiringi lagu yg ada jiwa. Tapi sememangnya pada aku, lagu-lagu Indon ini simple tapi kreatif.
p/s: Sebentar tadi aku mesej kat anak buah aku yg minat shiela on seben tu, tanya dia dah beli ke CD Radja........dia balas, " Citer Hindi ke Radja tu?" wakaka.....nampaknya aku lebih advance dong...

Sunday, October 09, 2005

Pagi Minggu di Segitiga Emas

Dalam perjalanan pulang dari Gombak, aku tersinggah di tempat yg aku suka pergi di masa-masa lampau. Aku tak ingat dah berapa lama aku tak ke sini berjalan-jalan, kalau melalu lintas masa nak ke majlis makan malam tu ada le..tapi kalu nak jalan-jalan mmg dah lama. Kali terakhir mungkin dah lebih enam bulan aku tidak ke sini...gamaknya. Tak banyak yang berubah. Cuma yg pasti makhluk-makhluk di kota raya ni dah bertambah termasuk pengunjung dari pelbagai jenis dan rupa.

Tengah berjalan tu, aku teringat Tower Records. Di situ macam-macam ada, mungkin boleh cari CD Ebiet G. Ade. Tapi... bukan setakat tak jumpa CD tu jer, Tower Records tu pun dah tak wujud. Mungkin dah bungkus, balik negeri kot. Meletihkan jer.. dan terpaksa aku lupakan niat yg tak seberapa tu atau mungkin singgah di Victoria Music Station yg tak kurang ok nya suatu masa dulu. Sebelum tu ke kompleks yg satu ni, sederhana je saiznya tapi berbanding dengan yg lain tu aku tgk yg ni ada lebih nilai estetikanya. Sememangnya aku suka tengok suasana dalaman kompleks ini, nampak mewah tapi santai..

Selepas tu aku berpatah balik dan singgah di Metro Jaya, saja nak tengok kalau ada apa yg menarik perhatian. Boleh dikatakan banyak item-item yg ada diskaun 50%, tapi untuk ahli-ahli saja. Sgt tidak menarik utk yg bukan ahli spt aku. Aku pun keluar dan singgah di Victoria, tak ada CD Ebiet..dah habis. Tapi budak cina kat kedai tu tunjuk satu CD Indon baru, dia kata bagus...sbb dia kata bagus aku pun nak tau jugak samada aku boleh terima atau tidak. Akhirnya aku beli...dan dalam perjalanan pulang aku pun dengar. Mmmm...memang bagus.