Saturday, April 21, 2007

Pengajaran

Mulanya aku sekadar nak komen sepatah dua je kat blog Mcbudu tapi sebab dah teremo tulis panjang lebar aku terpaksa balik rumah sendiri..

Mulanya bila si Yin dijumpa, aku tumpang gembira. Lalu aku terharu dgn kebaikan pasangan myanmar tu. Tapi bila pelbagai pihak mula berteori dan berspekulasi ttg motif couple myanmar ni, perasaan terharu aku mula goyah. Aku sebenarnya sgt berharap yg mereka ini benar-benar innocent, ataupun mmg benar yg mrk ini butahurup, tak tau berita semasa dsbnya.

Sebenarnya aku sgt anti pada ibubapa yg tidak ambil berat kpd pergerakan anaknya..Kasihsayang tidak hanya dipapar dgn kata-kata bila anak itu lenyap dr mata...ia harus ditunjukkan sepanjang masa dgn memantaunya.,esp kalau dah tau budak tu hyperactive...

Bila teringat si yin ni nak melintas jalan...teringat kisah aku masa nak pekena teh tarik, sup kambing jam 11 mlm di dpn kompleks wilayah suatu ketika dulu. Aku pernah pekik kpd sepasang lakibini yg melepaskan anak kecil (berusia 2-3 tahun gamaknya) di atas bahu jalan. Yang si bapa menuju ke pintu drebar, yang si bini masih berlenggang di belakang sambil makan kudap-kudap dgn mata pandang kat aku dan kenkawan (apa ke he nye?..hensem sgt ke kitorang?) Tiba-tiba si anak kecil tu turun meluru ke atas jalanraya yg masa tu kereta-kereta berdesup-desup..(malam minggu kereta byk dan laju2). Secara tak sedar aku terus pekik...HOiiiiii. Nasib baik si bapa dapat menyambar budak tu..kalau tidak..tak tau nak kata apa. Bengang sungguh aku kat couple yg 'bingai' tu...

Berbalik kepada kisah Yin ni, pada aku ada hikmah dan pengajarannya. Pertama utk menyedarkan rakyat malaysia supaya memberi perhatian kpd anak-anak. Kalau budak kecik pun kita biar lepas bebas tak ambik peduli, bayangkan kalau budak tu dah remaja dewasa.. tak mustahil kah mereka ni jadi mat lepak yg bergantayangan di depan kompleks sogo, kompleks pertama tu? kalau tidak pun menjadi mat rempit, mat pit, bohjan dan sewaktu dgnnya. Kedua utk menginsafkan....utk kita mengenal diri dan bumi ini adalah pinjaman, kehidupan ini adalah sementara, tak kira malaysia kah kita, myanmar kah mereka....hanya amal yg menentukannya.

Wednesday, April 18, 2007

Kira ok

Aku ni susah nak minat lagu bebudak AF..tapi yg ni kira ok walaupun baru first time dengar... videoclipnya menarik dan agak touching, mengisahkan seorang gadis yg masih hidup dan pasangannya yg telah kembali menghadap Ilahi.



Kalu tambah usaha lagi, budak Kaer ni boleh pergi jauh, walaupun kurang aura tapi nampak ada kelas sikit.