Tuesday, May 30, 2006

Tidak sedingin dulu....

Hujung minggu 26-28 Mei: Aku di tanah tinggi cameron atas urusan kerja. Musim sekolah mula bercuti..tapi aku bukan bercuti. Walaupun aku dimaklumkan di masa yg sama budakbudu berada di Teluk Intan, sempat le dia makan mee Mastan Ghani..hehe. Aku dah lupa berapa kali aku berkunjung ke CH, camanapun ini merupakan julung kalinya aku memandu ke sini, itupun ada jalan alternatif melalui Simpang Pulai. Turut bersama aku mr.clarias, timoh amoh dan ziyad...Perjalanan melalui Simpang Pulai mengasyikkan tidak seperti jalan Tapah yg sempit, bengkang-bengkok dgn selekoh2 tajam yg selalu membikin pemandu2 amateur terkujat-kujat bila bertembung dgn lori-lori sayur. Kdg2 terpaksa pula membuntuti lori tahi ayam. (Tahi ayam merupakan satu input pertanian utama di sini. Aku masih ingat masa dulu pekan Ringlet berbau tahi ayam...la ni tak tau..sbb tak singgah situ...hehe)
CH terletak dalam kawasan plateau yg agak mossy, jadi perlu berhati-hati baik berjalan atau memandu kerana ada sesetengah bahagian jalan licin kerana berlumut esp musim hujan...Debab kawan aku pun pernah memberitahu ada part di jalan Tapah tu yg berlumut dan boleh membahayakan jika kita mengamalkan pemanduan tak berhemah.. Foto ini diambil dari Jim Thomson's terrace coffee house..ia betul-betul menghadap kawasan rumah Jim Thompson. Jim Thompson merupakan individu yg telah menghidupkan kembali dan memperkenalkan kain sutera Thai seantero dunia. Beliau hilang semasa bercuti di sini pada tahun 1967 .. Beliau dikatakan hilang sewaktu berjalan-jalan di hutan berdekatan rumahnya..dan ia kini menjadi sebuah misteri, ada yg kata beliau telah mati dibunuh, ada yg kata beliau sesat, ada yg kata dibaham harimau...tiada clue.. Tumbuhan ini sering kelihatan di sini...baru aku tau, rupanya kudup bunga inilah yang dijual sebagai sayur. Sayur Kimcham..(?) yang sangat enak digoreng tepong atau digoreng begitu saja. Aku dah rasa dah...Burung dari syurga? Aku pernah mengambil tanaman ini semasa berkunjung ke rumah Debab di Kampung Raja beberapa tahun dulu apabila aku kagum melihat begitu banyak tanaman ini disekitar rumahnya..sayang sudah bertahun2 ditanam, Bird of Paradise yg aku tanam tu masih tak berbunga.. aku dah agak dah, tapi dulu saja gatai nak try test.. Menarik juga berjalan-jalan di pasar malam pekan Brinchang...elok sangat kalau sesiapa yg ingin membeli sayur-sayuran, bunga2, strawberry dan hasil pertanian lain. Suatu ketika dulu aku pernah ke rumah Debab bersama Nusi, Busu dan Nuar. Kitorang ke pasar malam dan beli ikan-ikan terubuk besar utk dibakar buat makan malam.... sedap sungguh bila makan dalam cuaca sejuk tu. Masa tu aku skip mandi malam sbb mcm mandi ais pulak. Kini Cameron Highlands dah tak sesejuk berbanding tempoh dulu.. Cuaca sekarang lebih kurang cuaca Chiang mai ....mungkin chiang mai sejuk lagi..
Di CH, tak susah utk mencari tempat menginap...boleh pilih ikut citarasa dan juga kantung. Tanah tinggi cameron satu tempat yg menarik utk escape dari kesibukan dan kehidupan kelamkabut. Ia juga satu lokasi percutian yg ideal utk keluarga. Cameron Highlands sinonim dgn sayur-sayurannya, teh, strawberry dan bunga-bungaan. Ia masih dingin jika dibandingkan dgn KL yg panas. Bagi penggemar teh, kita boleh menikmati teh tarik di tea and scones, atau BOH tea house. Bagi penggemar strawberry, boleh merasa strawberry shake yg enak...di raju's strawberry. Mmg enak, manis medu..tak caya tanya mr. clarias...

Kalau balik dari Cameron Highlands..ole-ole selalunya teh, strawberry, sayur-sayuran, buah-buahan, limau dsbnya...Aku beli sikit ole-ole sbb kesian jugak pd cik-cik kak kat ofis tu yg selalunya akan bertanya camana di sana dan soalan2 sebagainya. Jadi aku sediakan bbrp pek teh dan strawberry kering utk mereka....dan aku juga terbeli satu tea infuser. Bukannya nak guna pun, cuma seakan ada rasa sentimental pulak bila tgk infuser tu..krn di infuser porselin tu ada tertera perkataan Camellia sinensis..itulah antara nama-nama botanical terawal yg aku hafal semasa part 1 di Perlis dulu...
Tapi sayang seribu kali sayang, infuser tu aku dpt guna sekali je..(betul tekaan mr. clarias, aku mungkin guna sekali je..).....sbb ntah camana ia boleh tergelincir dari tangan aku, lantas berderai dan bersepailah ia di lantai....huhu..... yg tinggal kini cuma sarungnya yg bertulis Camellia sinensis tu dan kotaknya....dan terpaksa aku abadikan gambarnya sebelum ia juga lenyap dr pandangan mata... sebelum segalanya menjadi Camellia sudah tiada.....

Wednesday, May 24, 2006

Bila kerja tak semenggah..

Hari ini aku agak upset, terkilan, keciwa dan akhirnya tertanya pada diri sendiri..apakah aku seorang perfectionist, atau dalam bahasa modennya disebut banyak songel?? Rasanya tak jugak..yg pasti, bila tidak berpuashati dengan hasil kerja orang lain..ia ibarat satu perjalanan tanpa destinasi yg meletihkan, membosankan, memenyampahkan, dan memendungukan.... Aku juga terfikir apakah mereka jenis yg tidak mementingkan kualiti, tidak fokus...buat kerja alakadar, sambil lewa dgn hasilkerja yg tak seperti kita harapkan. Kdg-kdg aku rasa mereka jenis yg take things for granted, buat kerja tak semenggah..walaupun dah bbrp kali diberitahu.., tak paham-paham jugak. Kalau kita tak tegur sapa nak tegur,...Selalunya aku akan berfikiran positif, mereka mungkin ada masalah-masalah peribadi yg mengganggu minda utk berfungsi dgn betul. Camanapun aku akui, aku juga kdg-kdg seperti itu, dua kali lima...tapi tak le teruk sangat.

Tuesday, May 16, 2006

Merapi meletus lagi

Kadang-kadang kita melalui hari-hari seolah-olah dlm keadaan terpaksa. Bosan, terkilan, stress, depresi, dungu semuanya ada. Ada kala emosi2 -ve ini tertanam selama-lamanya. Ada masa ia menghimpun dan memendam, menunggu untuk spt Merapi yg meletus lagi....dgn bahang 600 degree celcius laharnya, bisa mencairkan apa yg ada di laluannya. Hmmm...apa pun jgn biarkan diri kita spt Merapi..

Sunday, May 14, 2006

Suami suri rumah?

Tadi terbeli akhbar mingguan. Tajuk mukadepan berkisar isu suami menjadi suri rumah, isteri keluar mencari rezeki..Mmm.. bukan perkara yg pelik kpd otak kepala aku. Tapi bila ia dihebohkan maka jadilah ia isu sensasi yg mengundang kenyataan dari pelbagai pihak ie. para menteri, mufti dan orang-orang biasa.
Mungkin byk faktor yg mengundang berlakunya perkara ini..justeru aku tidak mau terjun kpd kesimpulan atau memandang jengkel kpd fenomena ini. Bgmnpun aku terpaksa mengakui ada sedikit rasa simpati kpd mereka yg mengalami situasi ini, jika ia bukan kehendak mereka. Atau ada juga rasa respek kpd suami yang boleh menjalankan kerja-kerja rumah yg remeh dan renyah. Bukan mudah..... menjaga anak-anak yg mcm2 perangai. Tu belum masuk part membasuh berkilo-kilo pakaian, memasak nasi.... Tapi aku akan pasti memandang negatif kalau suami tu sememangnya seorang pemalas, lepak rumah pakai kain pelekat je..asyik tidur..anak-anak dibiar berkeliaran, basuh membasuh tak pandai, mengemas/memasak jauh sekali... Kalau ini yang berlaku ia patut dibanteras..

Thursday, May 11, 2006

Panggilan dari kawan lama

Jam 10.01 mlm tadi handphone aku berdering-dering....aku sangkakan mungkin panggilan kengkawan tempat kerja atau pihak resort di Cameron Highland yg berjanji nak call aku ttg sedikit permasalahan urusan booking. Bila kujawab, pemanggil tu siap tanya apa khabar, mesra mcm dah kenal lama walaupun aku tak cam suara saper...Aku kalo orang yg aku tak boleh cam suaranya ... mmg membuatkan aku jadi bodoh sekejap. Dah le kat ofis siang tadi aku terima panggilan dari "pegawai LHDN" bersuara ala mr. bean versi melayu tanya pasal PIN no e-filing yg aku baru ambik tu..
Bila otak aku letih nak meneka-neka maka sang pemanggil menyebut namanya 'zaki'...bertambah aku blur sbb aku takde kenalan nama tu..aku tanya dari mana? dia kata dari cameron highlands...aku pun terus teringat mungkin mamat sales executive resort yg aku bengang tu..tapi namanya bukan "zaki". Mungkin sales exec tu pass kat mamat lain handle masalah tu...tapi bualan macam kenkawan je dan siap tanya aku skang buat apa etc.. aku jadi tambah bingung. Dia cakap zaki..zaki..arau..arau...aku teringatkan junior-junior kat arau pulak..bila dia sebut 'rozaki' baru otak aku stable balik...laa rozaki rupanya....hehe. Mungkin md diah yg pass phone no aku tu..
Rozaki skang keje di Cameron Highlands, keje sejak grad dulu...iskkk dah lama tuh...mungkin seronok sbb boleh bertahan lama dgn organisasinya tu.
Dia bertanya saper member-member lama yg still intouch dgn aku..saper lagi kalau tak budakbudu, md diah,...yg sekali sekala cam veranjoo, mazlina,..jurizan ada sekali email...yg lain-lain belum lagi. Rozaki suggest adakan gathering kat Cameron Highlands..aku ni mengikut je..sbb jumpa kenkawan lama mmg menyeronokkan.

Sunday, May 07, 2006

Bowling

Petang tadi aku join bowling tourney organized by persatuan ikhtisas di organisasiku.
Lama jugak aku tak membowling, skill pun dah lari..mula-mula dulu aku mmg kemaruk main bowling ni sampai tak sabar-sabar beli set bowling. Tapi sayang obsesi ini tak kekal. Kalau aku teruskan mungkin aku boleh hebat sikit..he he. Sekarang ni kalau ada game anjuran dept baru le aku tumpang sekaki..itupun bila tengok ada member-member mcm clarias, timoh amoh dan lain-lain yg aku kenal pun join, baru aku seronok nak join. Jumlah peserta petang tadi lebihkurang 30 orang..ada acara berpasangan, single lelaki dan single wanita. Aku tak harap langsung pada game aku sekarang...tapi nampaknya skill masih ada, dpt le aku merangkul tempat ke 5 dan menggendong hamper yg berisi minuman, laici tin, pelbagai aneka snek termasuk le cumi jelly yg tak pernah aku beli benda ni.... Tapi yg hebatnya pasangan clarias dan timoh amoh yg merangkul kejuaraan acara berpasangan. Tahniah dan terimakasih sebab belanja aku makan kat wanida tomyam kerana meraikan kejuaraan tersebut. Harap dikekalkan di pertandingan tahun depan.
Yg aku notice pada diriku..lepas main bowling terasa mcm ada satu kelegaan..fikiran yg berat menjadi ringan..dan kalau bangun esok paginya aku merasa fresh. Tak tau samada aku je yg rasa, tapi itu yg selalu aku rasa. Masalahnya sekarang..aku maleh sangat nak membowling cuma berharap selalu le ada pertandingan yg aku boleh turut serta. Nak pergi main saja-saja, berat sangat rasanya. Mungkin aku patut pergi berbekam kot..he he..

Thursday, May 04, 2006

Indah perlu abadi

Lagu yg berkumandang di blog ini adalah sebuah lagu yang telah dinobatkan sebagai lagu terbaik di nusantara masakini. Berlatarbelakangkan Victorian Philharmonic Orchestra, ia memperdengarkan alunan yang indah dan gemersik. Suara penyanyi yg seakan tertelan ubat gegat juga menyumbang kepada faktor pengindahan dan kegemersikan itu...justeru utk kesantaian, aku abadikan di blog ini...

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Hari ini dan kelmarin

Hari ini jauh berbeda dari kelmarin dan kalaulah masa boleh diputarkan..uuh betapa klise nya! Tapi nak buat camana ..musim-musim di paloh hinai, caruk puting..atau sekurang-kurang di puncak bukit rumah hijau semuanya terasa ingin dibeli semula jika boleh...huh..

Monday, May 01, 2006

Ujian penglihatan

Aku sampai sekarang tak pernah pass ujian penglihatan especially color vision deficency test...

Kalau ada masa, boleh test mata di sini:- UJIAN PENGLIHATAN