Saturday, April 18, 2009

Damai Dalam Hijau

Seperti dijanjikan di entri terdahulu...inilah yg sempat utk diabadikan di blog ini bbrp my so-called bonsai dan adenium. Dlm pelbagai jenis tanaman yg boleh dibuat bonsai, aku lebih suka wrightia religiosa atau water jasmine atau melati jasmin atau shue mui. Ntah mengapa bila melihat dahan, ranting dan daun-daunnya yg hijau....akan datang suatu perasaan teruja yg damai. Ia juga satu tumbuhan yg mudah dimain (dibentuk2) yg agak lasak ...
wrightia religiosa dalam jar je...12 tahun, tgh salin daun.

ficus spp..ara ginseng..

antara koleksi hijauku dlm kesuntukan waktu

tunggul wrightia dalam probation...

tot ...bougainvillae ini dah 15 tahun, grafting..atas lain bawah lain.....

wrightia berganti daun...

ambil dari pee..buat transformasi sikit..

Adenium
Ada yg panggil desert rose, ada yg panggil kemboja jepang....dan aku teruja melihat tanaman ini bila ke rumah seorang rakan satu ketika dulu. Aku tertarik krn setiap pokok ini punya personaliti tersendiri dgn bonggol-bonggol yg berbeza antara satu sama lain.

Ada isteri jiran aku kata, ini pokok ong...dia kata kalu pokok ini berbunga suaminya akan dapat payment, kontrak besar, sekarang pokoknya tak berbunga dan suaminya sengkek...(mana nak berbunga kalu letak di tempat teduh....) Ong atau tidak, ia bukan motif aku...
adenium seedlings - benih dapat dari seorang apek di taiwan. Bbrp seedlings mati akibat terlebih air..

adenium yg dah buat grafting..dahan lain bunga lain..sentiasa berbunga..hehe..
( tuannya dpt payment (gaji) setiap bulan..)

Hobi ini sesuai utk org pencen. Utk aku, hanya bbrp minit sehari dapat diluangkan. Agak sukar utk memberi komitmen yg tinggi, sbb pergi dan balik kerja dalam suasana yg gelap.

Thursday, April 02, 2009

Harga masa

Memang malang kalau kita selalu leka alpa dan terlena. Setiap saat akan berlalu kosong tanpa meninggalkan sebarang ingatan apatah lagi sejarah. Alangkah baiknya jika dulu kita membuat sesuatu agar ada tanda kita begitu menghargai masa. Masa itu emas..tapi masa tak dijual di kedai emas...hahaha..

Masa tak boleh dijual beli, tapi kalau kita ke pusat-pusat bonsai, jika kita tanya kenapa mahal sangat harga-harga bonsai di situ, jgn gelak atau terkasima kalu apek atau ahsoh bonsai tu berkata "kita olang jual 'masa' maaa ! " haha...
Well, cerita pasal bonsai ni....(mmg aku suka). Nntah kenapa dulu walaupun aku minat tapi tak pernah serius utk main bonsai ni.. .mungkin dulu pada aku it's a rich man's hobby. But lately, minat itu kembali bersemarak, mungkin faktor usia kot... Atau mungkin juga sbb tak dpt memiliki kereta mewah, kediaman mewah ....memadailah dapat cuba membela tanaman berimej mewah ni .
antara bonsai yg murah di nursery....murah2 pun, ratus gak..:)

Yg pasti aku takkan berabih duit membeli yg ready-made.. itu bukan aku, kalu ke pusat bonsai aku sekadar beli material je...atau congkel tips dari apek ahsoh ttg bonsai ni. Tak lupa juga dgn ilmu-ilmu asas.. yg aku sangat gembira, bersyukur dan terharu yg aku pernah belajar ini semua...plant physiology, plant pathology, crop husbandry, agricultural science etc. Walaupun tak score macam mcbudu dan member yg lain..aku tak sia-siakan apa yg aku tau..
one of my so-called bonsai plants...yg dlm proses botak


next: more of my poor bonsai collections plus adenium seedlings