Tuesday, March 28, 2006

Bila Langit Berwarna Jingga

Hari ni aku balik kerja agak awal 5.30 ptg,..singgah ambik seluar dan baju yg ditempah kat kedai apek tu..apek tu mmg tukang jahit yg experienced. Percaya atau tidak...aku sebenarnya bukanlah org yg minat bab menempah baju/seluar kat kedai kecuali baju melayu..Masa dulu-dulu persepsi aku, mrk yg suka menempah seluar ni aku kategorikan sbg belia..he he..ataupun skang dipanggil skima kot.. Tapi disebabkan kain-kain tu dah aku terbeli di Bandung, terpaksa le try test tempah kali ni. Kain seluar tu jenis wool. Apek kedai tu kain jenis wool kat sini mahal..tak kurang dr seratus harganya. Kat kedai dia pun ada. Aku beli kat seberang tu kurang lebih satu pertiga murah.

Bila sampai di rumah, hujan pun turun tatkala langit berwarna jingga..he he. . Aku pun try test seluar tempah belia tu...Percaya atau tidak...bila aku try seluar yg ditempah tu..aku rasa itulah seluar yg paling selesa aku pernah try... Tak pasti sbb kain ke, sbb tempah ke, sbb tukang jahit ke..aku rasa mungkin gabungan antara ketiga-tiga faktor ni.

Saturday, March 25, 2006

Makan nachos di Chilis

Hari cuti ni aku dipelawa makan oleh keluarga ziyad bersama baba (mr. clarias) dan mamanya (timoh amoh). Tapi kali ni ke Restoran Chilis..dah lama aku tak makan di sini. Kali ni pun timoh amoh belanja sbb dpt elaun, elok ler tu... Terima kasih bebanyak , mmg murah rezeki korang..kalau ada rezeki lagi jgn lupa meraikannya ye..he he.
Ziyad : Besor nya burger diorang makan...sama besor dgn aku..

Mushroom ?? burger... lupa nama.... sedap tapi tak larat nak habihkan.....

Fajita nachos combo...yg ni habih..

Gambo lama: bersama HRM geng di Chilis ( circa 2003)... Clarias & Timoh Amoh di meja lain masa tu..

Saturday, March 18, 2006

Kisah Buah-buahan

Masa aku singgah kat gerai buah2an kat Serdang tu, sorang nyonya tu perkenalkan aku sejenis buah-buahan. Buah duriancempedak...katanya...he he. Walaupun aku tau aku cuba dikelentong nyonya tu, tapi teruja juga aku nak try test beli satu biji...kecik aje ..harga RM5. Kecik tapi aromanya semerbak kereta dibuatnya..aromanya? ..harum spt bau cempedak dan tempoyak...he he. Balik rumah aku snap le gambo..utk saper2 nak tengok, nak percaya dan tak mau percaya.

Dah habih baru teringat ambik gambo isi...isi pun ada lima ketul je !

Dari segi rasa mmg le sedap...manis dan berkrim. Ni kena tanya mrk yg ariff ttg kewujudan buah ni...kalau cempedak dgn nangka tu biasa le, sebab dari family, genus yang sama. Harap2 budakbudu boleh verify kejadian ni...he he

Teringat kisah dari sorang rakan dari seberang, konon di tempatnya tengah dibuat kajian nak kacuk pokok durian dgn pokok getah...nampak serius dia berceriter... Tak berani pulak aku nak gelak..he he. Saper yg ada dusun pokok ni..untung le, lebih2 harga getah dah tinggi skang... sambil menoreh boleh le kutip durian gugur..silap aribulan tengah menoreh ditimpa durian..jadi tragedi pulak ye. Mendongeng pulak aku hari ni...he he

Thursday, March 16, 2006

Cekcibor


cekcibor
Originally uploaded by mto@flickr.

He he ..bila tiap kali aku ternampak menatang ni, teringat masa zaman aku cenonet dulu. Suka bebenor nangkap cekcibor...org tua larang pun buat taktau..sampai diorang ckp nanti demam kalau suka nangkap cekcibor ni.. bahasa daerah aku, kawan banjor aku sebut patung-patung (bahasa baku gak). Bila dah tak duduk kg aku terlupa pulak nak sebut..cekcibor, catcibor ke? bhs mat saleh sebut dragonfly..lalat naga ke naga terbang?
dragonfly ni sedara dgn damselfly yg saiz bodynya yg lebih kecik. Damselfly yg cun dan namanya jugak menarik ialah Libellula lydia..konon species lydia kandau, lydia de vega muda-muda dulu.

Monday, March 13, 2006

Mencari PGL

Tak berpeluang menonton wayang PGL maupun Teater Muzikal PGL...lantas 10-12 Mac 2006 aku ke tempat asal-usul sang puteri tu...seperti kedatangan kali pertama dulu, aku juga panjat sikit gunung ni. Sempat juga menempuhi kolam nenek kebayan, tapi aku panjat lagi dan berhenti di kolam tempat puteri tu mandi je..

Dok tau gapo dio...
Melastoma malabathricum
Lantana camara
resort's pool
Kalu sesapa yg berkenan, sediakanlah tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata anak dara dan sebuah jambatan emas dari kampung kalian ke Gunung Ledang tu...

Thursday, March 09, 2006

Los en Faun

Lebihkurang dua minggu, member yg hilang kereta tu dah jumpa balik keretanya.. Kira nasib baik le sbb polis ronda jumpa kereta tersadai kat tepi jalan. Kalau tersadai dlm hutan susah org nak jumpa..Susah payah buat report polis , insuran etc. Kebetulan ada member lain ajak dia jumpa bomoh dua tiga hari lepas insiden hilang tu..pada aku mungkin itu kebetulan dah rezeki dia. Setelah jumpa kereta tu tak ada rosak apa sgt pun cuma handle pintu aje yg problem sikit. Tapi mungkin dia akan ambik kereta lain, sbb kalau dah kena camtu nak pakai pun tak syok..

Wednesday, March 08, 2006

Yg Terbiar


orchid
Originally uploaded by mto@flickr.

Bukan bunga...orkid laa..
Tak dijaga namun masih mampu
tersenyum dan tersengih...
ngeh, ngeh...

Saturday, March 04, 2006

Bandoeng Parijs van Java II

Percutian ke Bandung baru-baru ini sebenarnya berjaya membawa aku jauh dari keserabutan kerja biarpun untuk seketika. Bercuti di tempat orang sekurang2nya dapat melapangkan fikiran serta meredakan sebentar stress dan tension dek bebanan kerja. Bercuti membolehkan kita meluangkan masa untuk diri yg selama ini kita kdg2 terlupa yg kita juga perlu berehat untuk menyegar mau pun memulih minda. Di waktu itu kita dapat menjadi diri kita seadanya sambil berpeluang menyaksikan panorama di luar sana yg bisa membuat kita kembali berpijak di bumi yg nyata.
Orang kata melancung itu sesuatu yg membazir. Tidak samasekali bagiku!... Tanyalah pada mereka yg kerap bercuti melancung, jawaban mereka sama seperti aku. Ia memberikan satu keseronokan yang sukar diungkapkan...Berada di tempat asing membuka mata dan fikiran kita, cumanya, destinasi percutian tertakluk kepada isi kantung...bagiku jika diikutkan, mahu aku jelajah setiap ceruk dan sudut di mukabumi ini namun itu satu perkara mustahil untuk direalisasikan.
Apa yang kita cari bila berpergian ke tempat orang? Bagiku, aku tidak pernah meletakkan harapan yg tinggi pada tempat yg akan ku lawati, apatah lagi jika ianya kali yg pertama. Tak kira di dalam maupun di negeri luar, semasa berada di tempat orang aku suka melihat lanskap mukabuminya, sejarah, arsitektur dan susunatur kotanya, gaya hidup penghuninya, kreativiti masyarakatnya, makanan, tempat tourist, tempat belanja dsbnya.
Meskipun dlm tempoh yg singkat, di Bandung aku :-
***cuba bertutur seboleh mungkin dlm bahasa tempatan..hinggakan ada yg bertanya samada aku berasal dari Ujung Padang, di mana tu ye? he he.... tips aku, cubalah bertutur dan bergaya cam org tempatan..bak kata org..when in Rome, do as the Romans do..
***melihat ramai anak-anak muda bermain gitar sambil bernyanyi dan datang kepada kita dgn harapan kita menghulurkan seberapa yg ikhlas
***perhati orang-orang Bandung lepak di tempat makan pada waktu malam tanpa meja..duduk di atas stool dan memegang pinggan atau gelas..agak kekok bila aku cuba, tapi it was fun bila melihat puluhan orang lain berbuat demikian.
***melihat peminta sedekah datang kpd kita sambil bernyanyi bengawan solo dsbnya
***pengangkutan dgn Angkot, Taksi dan Beca. Aku syorkan naik teksi syarikat bluebird atau gemah repah..selesa. Teksinya byk guna Vios.
***dikerumuni oleh penjaja2 cenderamata seramai lebih 10 orang yg merayu mohon dibeli jualannya sampai aku bisa pusing..
***melihat tanah-tanah di Lembang berwarna hitam, dimaklumkan tanah-tanah itulah dibungkus dan dijual sampai ke Jakarta kerana ia subur (larva gunung berapi)
***kuda menjadi media pengangkutan di Lembang, di Bandung pun ada sekor dua..
***banyak sungguh buah alpukat, mungkin musim dia gamaknya
***banyak org jual sate kelinci .. baru tau kelinci itu apa.
***tak de teh tarik, jgn le dok mintak. Diorang minum teh pun tak campur susu..itu pelik bagi mereka, ..tapi air kelapa dicampur susu, air durian belanda pun bercampur susu.
***ramai orang di kaki lima masjid, ada yg borak dgn kawan2, ada yg yg membaca, ada yg baring, ada yg makan minum dan ramai penjaja makanan spt mee, bakso dsbnya di pinggir kaki lima tersebut.
***bila time makan, aku cuba makan petai goreng..mmm..enak..he he
*** ada ikan mas goreng,..tak sanggup aku makan kalau betul itu ikan mas
***bila berurusan di kedai-kedai, kdg-kdg otak jadi blank sbb pegang duit ratus ribu, juta-juta ni..so, hati-hati jgn jadi jutawan yg senang ditipu.
*** Bandung sebuah kota yg sibuk, macet serta merupakan salah satu destinasi utama di rantau ini utk membelibelah tekstil, barangan factory outlets..
Berada sekejap di Bandung, aku hanya berkesempatan melihat sedikit saja isinya..tidak sempat melawat Gedung Sate, muzium, safari maupun ke mall2 spt Bandung Super Mall, Kebon Kelapa dsbnya.
Tak tau bila aku akan berkunjung lagi...apa-apa pun kena tengok masa yg sesuai dan kantung mesti ada isi dulu baru boleh direncanakan..

Wednesday, March 01, 2006

Bandoeng Parijs Van Java

Tanggal 24 Feb 2006 aku ke Bandung ....Bandoeng Parijs Van Java (Paris of Java) dgn cuti rehat yg aku pohon sejak sebulan lalu. Sebelum berangkat aku tidak mengharapkan suatu yg istimewa dari Bandung.
Ini kali pertama aku ke Bandung yg jua dijoloki sebagai Kota Kembang..kembang maksudnya bunga. Diorang kata suatu masa dulu kota ini banyak bunga-bungaan sbb dulu cuacanya agak dingin. Tapi biasalah bila hutan-hutan ditebang, penempatan byk dibangunkan dan kota bertambah pesat, padat dan polutted, keadaan kini biasa aje ..tak heran kalu Cameron Highland nanti pun akan jadi cam ni.. Yg aku nampak Bandung sebuah kota tua, ia digelar Paris van Java kerana kewujudan bbrp bangunan art deco, taman-taman, villa etc sejak diasaskan oleh Belanda pada 1810. Ada deretan pokok-pokok besar di bbrp jalan di Bandung yg begitu menarik perhatianku, tak sempat nak berfoto sbb dlm kereta. Bandung ...macet (traffic jam), kenderaan bertali arus. Nak lintas jalan punya le susah, bisa bingung dibuatnya... Bandung juga digelar Kota Pelajar selain Djokjakarta sbb byk U di sini.
Penginapan: Di hari pertama aku menginap di Hotel Mutiara, tapi sbb lokasi agak jauh dari kompleks atau bazar kami pun mencari hotel lain. Saja-saja tanya kalau ada bilik di Preanger atau Savoy Homan tapi penuh. Elok le..sbb ratenya tinggi dan agak membazir kalau nginap di hotel sebegitu sbb kita datang bukan nak duduk di bilik. Savoy Homan tu hotel tua, Charlie Chaplin pernah menginap di situ sampai 3 kali. Utk mendekatkan kami dgn kawasan Alun-alun kami pun berpindah ke Hotel Naripan yg keadaan hotelnya juga baik.
Makanan: Meskipun majoriti penduduk Bandung adalah kaum sunda. Makanan di sini pelbagai..ada makanan sunda, makanan padang dsbnya. Makanan sunda enak..nasi atau lauk dibungkus atau dilapik dgn daun pisang..setiap hidangan ada ulam-ulaman. Itu gamaknya orang di sini rata-ratanya cantik atau sedap mata memandang. No wonder Bandung digelar Gudang Artis/Model..
Kehidupan: Di sini aku boleh melihat ada jurang antara yg kaya dan mereka yg kepayahan hidup. Sampai bermain di pikiranku, apakah mereka telah dikelaskan seperti itu. Satu pemandangan biasa di sini bila kita didatangi anak-anak muda yg bernyanyi sambil bermain gitar, ..kalau tak hulur, angkat tangan aje..mereka pun berlalu dgn sopan. Begitu ramai mereka, dan agak bagus persembahan mereka...kalau kereta dlm traffic jam atau menunggu lampu hijau, anak-anak muda ini akan datang ke tingkap kereta sambil main gitar dan bernyanyi..
Shopping: Waduh...ini le kali pertama aku ke sebuah kota yg benar-benar utk shopping. Bandung ni juga rupanya pusat tekstil utama di rantau ini..mcm2 fabrik ada di sini. Kebetulan weekend, traffic jam agak teruk, Bandung merupakan destinasi org2 Jakarta utk escape dari kota Jakarta yg hangat serta tempat utk mrk bershopping di hujung minggu. Juga Bandung sgt terkenal dgn factory outletsnya. Kalau nak cari barangan berjenama, yg ori atau ASPAL (asli tapi palsu) mmg banyak. Siapa yg bukan jenis kaki shopping pun boleh teruja dibuatnya. Tak perlu pergi ratusan tempat di Bandung ini, memadai di Pasar Baru, makcik-makcik yg kaki shopping tu boleh sawan sekejap dibuatnya...he he. Pelbagai dan jauh lebih murah dari KL. Ini diakui sendiri seorang pakcik yg kami kira seorang somebody yg kami temui, membelikan sepasang kain ela utk bininya. Sepasang kain yg dibelinya berharga RM300 di Bandung itu boleh mencecah RM1000 di KLCC...Aku salute peniaga2 di Bandung, kalau kita tak beli, layanan tetap baik dan mesra.
Pagi minggu 26 Feb kami ke kawasan gunung berapi Tangkuban Perahu..legenda si Tanggang. Yg kapalnya jadi batu tu...yg aku tak tahan kat sini ramai sgt mamat-mamat penjual cenderamata yg sentiasa mengekor sampai le kita seakan rasa terpaksa dan kesian, lantas membeli jualannya...
Bercuti 5 hari 4 malam di Bandung tidak memberi byk penghayatan kepada aku, dan aku tidak menolak kemungkinan suatu waktu nanti aku akan berkunjung lagi ke sini...