Tuesday, October 31, 2006

Setelah bercuti panjang.....

Cuti lama mana pun, rasa cam sekejap je... bukan ada apa sgt pun bercuti panjang ni..bebudak je yg merasa seronok. Bila dah bercuti raya lama, tentu ramai yg rasa berat start keje balik..aku buat biasa je, sbb tak boleh ikut sgt perasaan camtu..hidup perlu diteruskan....

Pak Mat jiran sebelah rumah di kampongku, telah kembali ke rahmatullah pada hari raya pertama masa beliau berziarah ke rumah sedara rapatnya. McBudu mungkin ingat...atau kisahnya ada di sini..Puasa zaman dulu-dulu. Al Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.

klcc1

Saturday, October 21, 2006

Salam Aidilfitri

Seperti di tahun-tahun lepas, menyaksikan gelagat warga kota membelibelah tatkala lebaran menjelma adalah satu pengalaman yg menyeronokkan, lebih2 lagi di waktu dinihari .... Selepas pekena sup kambing dgn nasi lemak aku dan member2 ke Jln TAR dgn tujuan utk turut menyibuk serta mengejamkan Jln TAR yg mmg dah sesak. Mencari tempat parking amatlah susah, sepanjang bahu Jln TAR kereta di parking berderetan sampai dua lapis. Ntah camana kitorang dpt parking di lorong sempit Jln masjid india. Hiruk pikuk, ramai manusia rancak membuat last minute shopping sebelum balik kampong gamaknya..Pelbagai barangan ada,sebut aje... Member2 ada yg beli jam tangan utk bebudak, jenama Guess lagi...ada yg beli bungapi katak dsbnya. Leka juga kami di Jln TAR, Jln Masjid India, jam 2.30 pagi terasa malam yg masih muda...

Jam 3.00 pagi, kami beralih ke bangsar, di sini tiada hiruk pikuk org shopping.. kitorang sekadar nak singgah makan, malang tak ada meja yg kosong dan terpaksa beralih ke Brickfields..tapi tak sangka, di sini juga suasana begitu happening, aktiviti membelibelah rancak berjalan miskipun jam dah lewat jam 3 pagi tapi membelibelah utk event yg berbeza..Deepavali..ini mmg betul2 last minute...Dgn keadaan riuh, kitorang tawarhati utk mencari tempat makan. Dari Little Madras tu kami berangkat pulang. Singgah sahur sikit di limau nipiz...jam 4.30 pagi sampai di rumah. Letih namun seronok menyaksikan kehidupan, dan aku juga tak pulang dgn tangan kosong, ada buahtangan utk kenangan menjelang lebaran 2006.

Ole-ole Jln Masjid India

Kepada McBudu, PakYob, Azmansd, Sarahjiha, Ubai, Anggerik, Blackpurple, Fido serta rakan taulan yg pernah singgah di blog ini, aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Tatkala kita beraya, insaflah pada mereka yg tidak bernasib baik.

Sunday, October 15, 2006

Suatu petang sepotong terubuk

Dah lebih tiga minggu berpuasa. Ntah mengapa bila bulan puasa aku akan teringat lauk asam pedas ikan terubuk jualan seorang makcik tu. Padahal hari2 biasa pun makcik tu berniaga, tapi aku tak pergi. Mungkin tak berkesempatan kot. Lebihkurang 10 tahun dulu, aku diperkenalkan dgn asam pedas makcik tu oleh seorang rakan yg memiliki citarasa yg aku boleh percayai pasal bab makan memakan ni..

Minggu lalu aku cuba nak beli, tapi hampa..sbb dah licin walaupun masa tu baru jam 5.30 ptg..Maka petang tadi, jam 4.30 ptg aku pun bergegas ke kedai makan makcik tu..Bila aku sampai, tak ada org ...tapi pulak, ada dato' S sedang membeli laukpauk di kedai makcik tu..mmm..aku agak kurang selesa bila bertembung dgn org2 yg disegani ni..tapi demi terubuk terpaksa le aku buat muka sadin dan menghulurkan salam... Selepas dia beredar, muncul pulak...exboss aku Puan P dgn anaknya..mmm....dah nasib aku hari ni bertembung dgn org2 yg disegani. Camanapun aku bertanya-tanya khabar kpdnya ....katanya dia tak masak di rumah, masak di kedai je...hehe (makcik kedai tu tumpang gelak..). Lepas aku dapat seketul terubuk dan sedikit sambal tempe suun, aku pun cepat-cepat mintak izin jalan dulu...sopan gak aku ni, (walaupun segan tapi mesra...) Aku percaya dgn istilah 'mereka yg disegani' ..nak buat camana.

Walaupun byk dijual di pasar ramadhan tapi tak sama. Serupa juga dgn patin tempoyak, aku hanya suka patin tempoyak di satu kedai makan di Temerloh. Begitu juga dgn terubuk asam pedas makcik tu... mmg ada kelass..kat hotel pun tak jumpa spt tu..(aku harap makcik tu tak terbaca blog ini, nanti dia naikkan harga lagi, hehe..)

terubuk dan tempe suun

Mangifera indica

Belanja buka puasa hari ini:-
Terubuk asam pedas + suun tempe = RM 11.00
Nasi: free (sendiri punya..)
Minuman: Mango Delight (free sbb buat sendiri..sbb pokok sendiri)

Wednesday, October 11, 2006

Hidup sederhana

bicycle

Bila lalu depan kedai basikal terasa nak beli satu basikal utk exercise, dan join bbrp member2 yg dah addicted menunggang basikal ni. Pak Yob pernah ajak main golf, tapi tak mengapa lah, biar dulu...sbb golf mengingatkan aku kerja menebas rumput, atau menajak di sawah. Tak kira le org kata golfing ni satu theraphy yg baik utk fizikal dan mental, ia satu aktiviti yg aku kurang teruja utk ceburi, lagipun susah nak cari masa. Menunggang basikal ni rasanya lebih baik, lebih mengasyikkan dari jogging yg buat badan terhentak-hentak..tapi sbb dah lama tak berbasikal, tentu rasa gayat...
Namun bila jerubu yg kononnya disbbkan el nino yg melanda sekarang, aktiviti sebegini akan lebih memudaratkan kesihatan...jadi, terpaksa kansel idea. Camanapun baik golf, jogging atau berbasikal, mencari masa tu yg susah. Lagi satu, kalau jogging atau berbasikal, silap haribulan berlumba dgn anjing pulak...
Basikal mengingatkan aku pada lagu 'bicycle race'.. atau mengingatkan aku utk hidup bersederhana..Basikal juga membuat kita terimbau pada cebisan memori pahit, manis dan masam dlm hidup.

Saturday, October 07, 2006

Antara pangkat, darjat dan alpukat

Patutkah seseorang itu bercita-cita tinggi..patutkah kita mengejar pangkat dan darjat? atau memadai hidup ala kadar, sederhana berbasikal tua? Kalau aku tidak bercita-cita tinggi, apakah aku seorang pessimis, seorang pemalas atau seseorang yg telah letih? Bagaimanapun sebagai pemakan gaji yg saban bulan menerima payslip yg dull dan monotonous..ada waktunya jiwa bergelojak. Namun sepantas kilat aku tepis itu semua sbg godaan duniawi, dan mmg aku bukan seorang pencari pelangi...walaupun mungkin nanti ada yg kata ini syndrome sourgrapes, mmm....tak benar tu. Kena tanya Pak Yob yg mahir ttg sourgrapes ni, hehe...
JUS ALPUKAT
Jus Alpukat..mudah, enak dan nyaman

Suatu ketika dahulu sewaktu melahu di kota Bandung, aku ternampak byk signage tertulis Jus Alpukat baik di restoran, cafe maupun warung. Apa itu alpukat? spesis Algojo kah ia?.....Kalau tgk promosinya cam bagus banget.... Disbbkan aku yg agak adventurous, dan kebetulan tgh haus pd satu ketika tu, aku pun singgah di satu warung jalanan. Org kata makanan di warung tepi jalan lebih enak dan murah...Mungkin betul, yg penting bagiku warung tu 'berkelubung', agak bersih dan terlindung dari anasir-anasir yg tak sepatutnya. Aku tanya embak empunya warung, apa itu alpukat..lalu ditunjukkannya buah avocado....Lerr. Lalu bermula le episod memesan Jus Alpukat, manakala kawan aku yg agak kurang adventurous pulak memesan Es campur..hehe. Itulah pertama kali aku menikmati avocado dlm rasa yg begitu enak dan nyaman. Sebelum ini aku pernah makan buah ini bila sorang kawan bawak balik dari kampongnya di Lenggong. Masa tu cara makannya, buah dibelah dua, tabur gula, scoop dgn sudu dan ngapp.....sedap jugak, seperti makan mentega dgn gula, hehe... tak heran le, nickname lain bagi avocado ialah 'buah mentega'.

Buah ni kalau yg local sebiji RM3.00, kalau jenis import yg lebih kecil dan berjerutu tu harganya RM4.00 sebiji..Lebih mahal dari buah durian. Kebetulan bulan puasa ni aku dapat dua biji, dan aku teringat Jus Alpukat yg aku minum di Bandung. Setelah google search akhirnya dapat jugak aku...Cara-cara Membuat Jus Alpukat
Mmm....enak dan nyaman, tapi hati2 dgn calories, lemak dan kolestrolnya...tak boleh selalu, nanti alpukat akan jadi sang algojo pulak.

Tuesday, October 03, 2006

Cuaca yg berjerubu

Sekarang cuaca berjerubu...selsema, mata pedih, batuk dan sakit tekak amat tidak menyelesakan. Tapi seingat aku, sakit tekak aku ni berpunca dari makan nenas. Nenas Josapine namanya..mmg sedap dan manis medu kalau makan waktu berbuka tapi kalau makan banyak terimalah akibatnya. Makan nenas, jerubu jugak yg dapat nama...

KL Tower