Saturday, December 29, 2007

Antara yg selesa dan yg enak..

Untuk melepaskan kelelahan atau stress akibat kerja yg tak pernah sudah...dan free pulak di hari cuti, aku suka gak ke shopping mall, jalan2 sambil melihat gelagat2 manusia.

Sewaktu di section Gents (underwear), ada sorang pelanggan ni. Tgk gaya cam spesis pelancung bangladesh/pakistan je. Dia bising pada seorang jurujual, apasal sependa Calvin Klein yg dia nak tu mahal, RM40 (after 50% discount). Dia cuba mintak discount lagi. Dia kata kat United States cuma USD7 (lebihkurang RM24). Rasanya jurujual tu bengang dgn kerenah pelanggan tu, nak pakai barang jenama tapi mau harga murah. Mungkin sbb malas nak melayan panjang, jurujual CK tu pun syorkan le jenama2 lain yg lebih murah. Pelanggan bangla tu pulak meninggi suara " I wear Calvin Klein's!". Citt... aku malas nak ikuti apa yg berlaku seterusnya selepas aku dapat barang yg aku nak beli.

Masa keluar dari tempat tu, aku dan member tergelak gak le mengenangkan pe'el bangla tu.. Member aku pulak buat lawak, "kalo kat US murah, pi la beli sana...ni aku tgk beg2 plastik yg dipegang anaknya tak pun nampak barang2 berjenama, cam murah je. " Aku pun cakap kat member aku...."Biasa le tu, spesis berlagak, perut buncit pun nak pakai Calvin Klein. Siap cakap "I wear Calvin Klein's !".... Ntah2 pakai crocodile koyak je...." hehe.
Levi's
Jalan punya jalan aku ternampak begitu ramai orang kat satu outlet fastfood tu.. Ye, ramai sungguh....sampai berbelit2 orang queue. Tempat duduk pulak semua penuh. Baru aku teringat ini lah donat Indo (JCo) yg hangat diperkatakan (oleh penggemar donat) dah ada outlet di KL. Diorang kata enak, hinggakan sebelum ini ada org yg memesan donat tu melalui kawan2 yg pulang dari Indonesia. Aku biasa makan dunkin'sdonut...itu pun dah sedap.

Isu tiru2 dan ciplak mmg agak hangat di forum2 indo, termasuk le isu lagu rasa sayang, pulau2, rendang, batik, sebutan 'indon' dan mcm2 lagi. Yg kelakarnya ada ahli forum indo yg kecoh pasal donat ini juga kononnya ditiru oleh syarikat m'sia (BigApple). Tapi sekarang donat Indo ni (JCo) dan donat M'sia (BigApple) dua2 ada oulet di Pavillion KL, tapi di lain-lain floor.

Nak merasa punya pasal, aku pun try queue...siap mintak tolong member utk gilir. Kalo nak segera (bawah 10 minit) boleh.. tapi kena beli 1 dozen campur 1 drink dgn kos RM31..tak boleh pilih2. Yg bagusnya warga emas dan wanita mengandung di ekspresskan. Masa member berbaris tu, aku pi lepak kat luar mall utk mencemarkan udara dgn rokok..



















Lebih dari setengah jam, akhirnya berjaya memesan take away 1 dozen RM19.60. Mmg enak lazat, lembut dan gebu. Kalu tak queue panjang, boleh beli... Donat BigApple di floor lain, dan outlet tu pulak under renovation. Kalu tak, boleh rasa dua-dua..

Tuesday, December 25, 2007

Dalam seminggu


20 Dis 2007: Aidiladha kali ini, balik ke Teluk Intan bukan bertujuan untuk sambutan hari raya. Pulang kali ini kerana semalam mendapat berita ibu saudaraku (Nek) koma di hospital, akibat tekanan darah tinggi. Malangnya dlm perjalanan pagi itu, kami mendapat berita beliau telah pergi mengadap Illahi. Tika sampai, kami sempat ke tanah perkuburan sewaktu talqin dibacakan setelah jenazahnya dikebumikan.

Semasa kecil aku selalu bercuti di rumahnya. Aku rapat dgn sepupu2ku. Mmg seronok mandi sungai yg airnya begitu sejuk, makan durian, rambutan dan langsat. Berbeza dari kampongku yg ada parit tali air dan hanya banyak buah mempelam (buah2an lain kadang2 je).
Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Alfatihah.

22 Dis 2007: Tempat kerja buat majlis korban dan sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan. Jadi petugas, cuti terpaksa dikorbankan. Letih, tapi puas dan menyeronokkan.

23 Dis 2007: Ke Gombak. Makan-makan.

24 Dis 2007: Sepatutnya bercuti, tapi bertugas sbb ada urusan perlu dibuat. Di sebelah malam, melahu di KL dengan seorang rakan melihat kesibukan atau sekadar menyibuk di pusat beli belah yg agak baru, Pavillion. Jenguk sekejap je,..masuk satu, dua outlet je, melebihi tahap menarik aku. Ada ketikanya aku rasa spt melawat muzium ie...sekadar tengok je, nak pegang pun dak mahu. Teruja gak dgn clearance barangan calvin klein...mmg murah, seluar dalamnya cuma rm40 sehelai. Aku tak beli sbb byk lagi yg lebih murah di luar sana.

Masa balik, tak pasal2 terperangkap dlm crowd sbb christmas celebration..diorang main spray2 snow, hinggakan kereta aku disembur2...

25 Dis 2007: Cuti. Membuat apa yg patut... tapi tak sempat basuh kereta yg kena sembur snow malam tadi...kena tunggu hujan agaknya.



Saturday, December 08, 2007

Tandamata

Setiap kali aku kemana-mana, satu dua barang aku beli utk kenangan di tempat itu. Tak kiralah ori atau pun aspal (asli tapi palsu - istilah indo).

Di Saigon tempohari, bila aku tgk ada bbrp ahli rombongan cik kiah beli kapal...aku pun cuba jenguk2 kedai jual menatang ni. Sebenarnya aku tak brp minat dgn kapal2 klasik, haihong atau tongkang tu..aku lebih teruja dgn kapal layar (yatch). So, aku sambar le satu yatch yg saiz sedang2. Price asal USD20, aku bargain2 akhirnya dapat 12USD. Murah tu...nyesal pulak tak beli yg saiz lebih gadang.

beli yg replika je...kalo dah kaya nanti baru beli yg real.

made in vietnam

Masa balik singgah kat duty free shop, aku tersambar pulak satu haruman yg mmg aku minat...
tak kisah le murah atau mahal, janji hati suka..

Bila terpandang dan terbau benda2 yg aku beli tu, aku akan teringat Saigon...satu tempat yg mulanya aku kurang minat nak pergi, tapi ok la...boleh pergi lagi.

Thursday, December 06, 2007

Saigon

Aku lebih senang dgn nama Saigon dari Ho Chi Minh. Jarak Hanoi ke Saigon lebihkurang 1800km, jauh tu.. Kalau ikut jalanraya mengambil masa lebih 40 jam. Baik Hanoi maupun Saigon, bagi aku lebihkurang je...sama-sama banyak motosikal. Ada 3.5 juta motorsikal di Saigon yg punya penduduk seramai 9 juta.. Saigon di selatan, cuaca tidak sejuk spt waktu aku berada di Hanoi.
masjid....muslim champa.
night bazaar
replika chu chi tunnel - paduan kecekalan dan kreativiti

War Remnants Museum - yg menyentuh
mesej dari dr. martin luther king

dalam penjara

Sgt menyentuh... anak-anak cacat yg lahir kesan dari Agent Orange

Tuesday, December 04, 2007

Melahu-lahu di Kota Hanoi (29-30 Nov 07)

Buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi ini, udara lembut dingin (18 darjah celcius) menyapa ketibaanku. Ntah camana boleh tergerak aku dtg ke sini, kalo ikutkan sebelum ni mmg aku kureng berminat bila member2 pelawa melancung ke vietnam.....tapi kata org tak kenal maka tak cinta...dak gitu? Penerbangan dgn Air Asia dari KLIA mengambil masa 3 jam setengah utk sampai ke kota Hanoi sebuah kota besar di utara vietnam. Kali ni aku tak travel bersendirian dgn travel partner aku, ..this time around aku terpaksa get used dgn suasana Rombongan Cik Kiah . Mmg haru biru, letih, kelamkabut, kelakar pun ye...

airport hanoi

Nak cari tempat makan halal agak payah di sini. Kitorang makan malam di sebuah restauran kepunyaan seorang rakyat Malaysia, yg kini bermastautin sudah berpuluh tahun di Hanoi. Makanannya pun dah agak lari tune dari yg biasa kita makan. Ada sup tu manis dan rasa semacam je...yek..Yg lain cam ayam kampong goreng tu masih normal....Di restauran tu sempat jugak terjumpa beberapa ktangan petronas serta korporat Malaysia yg berkerja di sini.... Diorang nampak happy tgk org malaysia berkunjung ke sini..

sebuah restoran halal di celah deretan kedai

cafe di depan hotel

Berjalan2 dlm cuaca yg dingin ni agak mengasyikkan, susah nak berpeluh. Tapi yg tak tahannya, asyik nak terkencin je. Mula le masuk kedai2 pastu berlakon mcm nak beli, siap tanya barang tu barang ni, tapi last2 tanya toilet ada tak? ...sadis sungguh..

pagi dingin di pinggir jalan

Makcik penjual tebu yg makan tebunya sendiri....kejam kan?

trafik kat sini agak mengelirukan...left-hand drive lagi..

di mana2 byk motor..mat rempit tak de..

dari dalam bas

rombongan cik kiah

satu2nya momento dari Hanoi utk diri sendiri ...4 USD.
(Aku tak guna Vietnam Dong sbb aku cepat keliru bila jadi jutawan ni..)

Next: Melahu-lahu di kota Saigon