Saturday, December 29, 2007

Antara yg selesa dan yg enak..

Untuk melepaskan kelelahan atau stress akibat kerja yg tak pernah sudah...dan free pulak di hari cuti, aku suka gak ke shopping mall, jalan2 sambil melihat gelagat2 manusia.

Sewaktu di section Gents (underwear), ada sorang pelanggan ni. Tgk gaya cam spesis pelancung bangladesh/pakistan je. Dia bising pada seorang jurujual, apasal sependa Calvin Klein yg dia nak tu mahal, RM40 (after 50% discount). Dia cuba mintak discount lagi. Dia kata kat United States cuma USD7 (lebihkurang RM24). Rasanya jurujual tu bengang dgn kerenah pelanggan tu, nak pakai barang jenama tapi mau harga murah. Mungkin sbb malas nak melayan panjang, jurujual CK tu pun syorkan le jenama2 lain yg lebih murah. Pelanggan bangla tu pulak meninggi suara " I wear Calvin Klein's!". Citt... aku malas nak ikuti apa yg berlaku seterusnya selepas aku dapat barang yg aku nak beli.

Masa keluar dari tempat tu, aku dan member tergelak gak le mengenangkan pe'el bangla tu.. Member aku pulak buat lawak, "kalo kat US murah, pi la beli sana...ni aku tgk beg2 plastik yg dipegang anaknya tak pun nampak barang2 berjenama, cam murah je. " Aku pun cakap kat member aku...."Biasa le tu, spesis berlagak, perut buncit pun nak pakai Calvin Klein. Siap cakap "I wear Calvin Klein's !".... Ntah2 pakai crocodile koyak je...." hehe.
Levi's
Jalan punya jalan aku ternampak begitu ramai orang kat satu outlet fastfood tu.. Ye, ramai sungguh....sampai berbelit2 orang queue. Tempat duduk pulak semua penuh. Baru aku teringat ini lah donat Indo (JCo) yg hangat diperkatakan (oleh penggemar donat) dah ada outlet di KL. Diorang kata enak, hinggakan sebelum ini ada org yg memesan donat tu melalui kawan2 yg pulang dari Indonesia. Aku biasa makan dunkin'sdonut...itu pun dah sedap.

Isu tiru2 dan ciplak mmg agak hangat di forum2 indo, termasuk le isu lagu rasa sayang, pulau2, rendang, batik, sebutan 'indon' dan mcm2 lagi. Yg kelakarnya ada ahli forum indo yg kecoh pasal donat ini juga kononnya ditiru oleh syarikat m'sia (BigApple). Tapi sekarang donat Indo ni (JCo) dan donat M'sia (BigApple) dua2 ada oulet di Pavillion KL, tapi di lain-lain floor.

Nak merasa punya pasal, aku pun try queue...siap mintak tolong member utk gilir. Kalo nak segera (bawah 10 minit) boleh.. tapi kena beli 1 dozen campur 1 drink dgn kos RM31..tak boleh pilih2. Yg bagusnya warga emas dan wanita mengandung di ekspresskan. Masa member berbaris tu, aku pi lepak kat luar mall utk mencemarkan udara dgn rokok..



















Lebih dari setengah jam, akhirnya berjaya memesan take away 1 dozen RM19.60. Mmg enak lazat, lembut dan gebu. Kalu tak queue panjang, boleh beli... Donat BigApple di floor lain, dan outlet tu pulak under renovation. Kalu tak, boleh rasa dua-dua..

Tuesday, December 25, 2007

Dalam seminggu


20 Dis 2007: Aidiladha kali ini, balik ke Teluk Intan bukan bertujuan untuk sambutan hari raya. Pulang kali ini kerana semalam mendapat berita ibu saudaraku (Nek) koma di hospital, akibat tekanan darah tinggi. Malangnya dlm perjalanan pagi itu, kami mendapat berita beliau telah pergi mengadap Illahi. Tika sampai, kami sempat ke tanah perkuburan sewaktu talqin dibacakan setelah jenazahnya dikebumikan.

Semasa kecil aku selalu bercuti di rumahnya. Aku rapat dgn sepupu2ku. Mmg seronok mandi sungai yg airnya begitu sejuk, makan durian, rambutan dan langsat. Berbeza dari kampongku yg ada parit tali air dan hanya banyak buah mempelam (buah2an lain kadang2 je).
Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Alfatihah.

22 Dis 2007: Tempat kerja buat majlis korban dan sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan. Jadi petugas, cuti terpaksa dikorbankan. Letih, tapi puas dan menyeronokkan.

23 Dis 2007: Ke Gombak. Makan-makan.

24 Dis 2007: Sepatutnya bercuti, tapi bertugas sbb ada urusan perlu dibuat. Di sebelah malam, melahu di KL dengan seorang rakan melihat kesibukan atau sekadar menyibuk di pusat beli belah yg agak baru, Pavillion. Jenguk sekejap je,..masuk satu, dua outlet je, melebihi tahap menarik aku. Ada ketikanya aku rasa spt melawat muzium ie...sekadar tengok je, nak pegang pun dak mahu. Teruja gak dgn clearance barangan calvin klein...mmg murah, seluar dalamnya cuma rm40 sehelai. Aku tak beli sbb byk lagi yg lebih murah di luar sana.

Masa balik, tak pasal2 terperangkap dlm crowd sbb christmas celebration..diorang main spray2 snow, hinggakan kereta aku disembur2...

25 Dis 2007: Cuti. Membuat apa yg patut... tapi tak sempat basuh kereta yg kena sembur snow malam tadi...kena tunggu hujan agaknya.



Saturday, December 08, 2007

Tandamata

Setiap kali aku kemana-mana, satu dua barang aku beli utk kenangan di tempat itu. Tak kiralah ori atau pun aspal (asli tapi palsu - istilah indo).

Di Saigon tempohari, bila aku tgk ada bbrp ahli rombongan cik kiah beli kapal...aku pun cuba jenguk2 kedai jual menatang ni. Sebenarnya aku tak brp minat dgn kapal2 klasik, haihong atau tongkang tu..aku lebih teruja dgn kapal layar (yatch). So, aku sambar le satu yatch yg saiz sedang2. Price asal USD20, aku bargain2 akhirnya dapat 12USD. Murah tu...nyesal pulak tak beli yg saiz lebih gadang.

beli yg replika je...kalo dah kaya nanti baru beli yg real.

made in vietnam

Masa balik singgah kat duty free shop, aku tersambar pulak satu haruman yg mmg aku minat...
tak kisah le murah atau mahal, janji hati suka..

Bila terpandang dan terbau benda2 yg aku beli tu, aku akan teringat Saigon...satu tempat yg mulanya aku kurang minat nak pergi, tapi ok la...boleh pergi lagi.

Thursday, December 06, 2007

Saigon

Aku lebih senang dgn nama Saigon dari Ho Chi Minh. Jarak Hanoi ke Saigon lebihkurang 1800km, jauh tu.. Kalau ikut jalanraya mengambil masa lebih 40 jam. Baik Hanoi maupun Saigon, bagi aku lebihkurang je...sama-sama banyak motosikal. Ada 3.5 juta motorsikal di Saigon yg punya penduduk seramai 9 juta.. Saigon di selatan, cuaca tidak sejuk spt waktu aku berada di Hanoi.
masjid....muslim champa.
night bazaar
replika chu chi tunnel - paduan kecekalan dan kreativiti

War Remnants Museum - yg menyentuh
mesej dari dr. martin luther king

dalam penjara

Sgt menyentuh... anak-anak cacat yg lahir kesan dari Agent Orange

Tuesday, December 04, 2007

Melahu-lahu di Kota Hanoi (29-30 Nov 07)

Buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi ini, udara lembut dingin (18 darjah celcius) menyapa ketibaanku. Ntah camana boleh tergerak aku dtg ke sini, kalo ikutkan sebelum ni mmg aku kureng berminat bila member2 pelawa melancung ke vietnam.....tapi kata org tak kenal maka tak cinta...dak gitu? Penerbangan dgn Air Asia dari KLIA mengambil masa 3 jam setengah utk sampai ke kota Hanoi sebuah kota besar di utara vietnam. Kali ni aku tak travel bersendirian dgn travel partner aku, ..this time around aku terpaksa get used dgn suasana Rombongan Cik Kiah . Mmg haru biru, letih, kelamkabut, kelakar pun ye...

airport hanoi

Nak cari tempat makan halal agak payah di sini. Kitorang makan malam di sebuah restauran kepunyaan seorang rakyat Malaysia, yg kini bermastautin sudah berpuluh tahun di Hanoi. Makanannya pun dah agak lari tune dari yg biasa kita makan. Ada sup tu manis dan rasa semacam je...yek..Yg lain cam ayam kampong goreng tu masih normal....Di restauran tu sempat jugak terjumpa beberapa ktangan petronas serta korporat Malaysia yg berkerja di sini.... Diorang nampak happy tgk org malaysia berkunjung ke sini..

sebuah restoran halal di celah deretan kedai

cafe di depan hotel

Berjalan2 dlm cuaca yg dingin ni agak mengasyikkan, susah nak berpeluh. Tapi yg tak tahannya, asyik nak terkencin je. Mula le masuk kedai2 pastu berlakon mcm nak beli, siap tanya barang tu barang ni, tapi last2 tanya toilet ada tak? ...sadis sungguh..

pagi dingin di pinggir jalan

Makcik penjual tebu yg makan tebunya sendiri....kejam kan?

trafik kat sini agak mengelirukan...left-hand drive lagi..

di mana2 byk motor..mat rempit tak de..

dari dalam bas

rombongan cik kiah

satu2nya momento dari Hanoi utk diri sendiri ...4 USD.
(Aku tak guna Vietnam Dong sbb aku cepat keliru bila jadi jutawan ni..)

Next: Melahu-lahu di kota Saigon



Monday, November 26, 2007

Muak

Bila hari cuti terpaksa berkerja, waktu untuk diri sendiri, untuk bersama keluarga kini terasa begitu mahal harganya. Bosan, hanya Dia yg tahu....Miskipun lokasinya di hotel lima bintang atau sepuluh bintang, ia tidak berjaya menggembirakan aku. Dlm bosan dan muak tu, dan ada pulak waktu terluang, sempat le ke sauna, steambath, jacuzi, berenang... utk hilangkan bosan dan stress... ya lah kalo dah free..

menarik, mesra, ada komersil value....tidak memuakkan.

Tuesday, November 20, 2007

Kembali

Ntah la, sejak dua menjak ni rasa berat nak memblog. Mungkin tak de cerita menarik. Cuaca yg lembab sejak kebelakangan ni pun membuatkan aku lembab nak memblog. Aku pun sehari dua ni rasa sakit tengkuk, kepala sebelah kiri sengal-sengal pulak..mungkin silap tidur..kalo ikut petua org tua-tua, pukul2 bantal tu. Bila kepala sengal2 ni, nak berfikir pun rasa susah. Mungkin kesan stress kot...

Lagu raya yg berkumandang ni saja diperdengarkan untuk raya haji yg akan datang....part aidilfitri tu kena tukar dgn aidiladha .....

Sunday, October 07, 2007

Sunday, September 30, 2007

Budu

Entri kali ni bukan pasal mcbudu, krn cerita mcbudu dah pernah tersiar dulu. kali ni berkaitan budu... sejenis makanan pantai timor yg ku kenal. Walaupun aku berasal dari pantai barat, aku suka makan budu ni sekali sekala. Aku tak tau budu jenama apa yg paling sedap, yg biasa cap ketereh. Ada org cakap Budu Raja, tapi susah nak dapat yg hak ni. Budu ni kena makan dgn cili-cili api, perah limau nipis....pastu makan dgn ikan bakar serta ulam-ulaman spt jantung pisang dan pucuk ubi celur, peria pahit dsbnya...boleh campur tempoyak juga...:)

Untuk keterangan lanjut : Khasiat Budu

Saturday, September 29, 2007

Percaturan

Dlm sesuatu perjuangan, jgn mudah putus asa, berfikirlah dgn strategi yg terancang hingga ke akhirnya.


Fischer vs Taimanov (endgame)1971

Friday, September 28, 2007

Puasa dan Kerja

Puasa bisa bikin kita lebih produktif dan kerja lebih menyeronokkan. Masa utk minum pagi, makan tghari tak perlu. Bagi perokok tak pergi merokok yg mengambil masa bbrp minit. Tapi ada juga org menjadikan puasa sbg alasan tidak dpt menghasilkan kerja berkualiti, baik pegawai maupun juruketik.


Tuesday, September 11, 2007

Kualiti

Kualiti sememangnya wajar dihargai, supaya ia terus bersemarak dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan seseorang individu.
10 Sep 2007
pakyob dan makyob...

Kepada pakyob dan makyob, bukan sesuatu yg biasa boleh dpt anugerah serentak, hari ini dlm sejarah gak tu.... atau dlm kata2 lain...tak ada tempias ke? Moga kalian berdua terus cemerlang, gemilang dan terbilang (pinjam dari pak lah) dlm kerjaya dan kehidupan. SYABAS & TAHNIAH utk pakyob dan makyob........ ( isk...kering tekak plak..)

Friday, August 24, 2007

Satu pertanyaan seribu persoalan

Dunia....

gimanakah seribu tahun lagi?

Sunday, August 05, 2007

Cepatnya masa berlalu

Masih bernafas lagi blog ini..seperti baru semalam aku berehat memblog. Rupanya dah lama dah..

Dua minggu sudah aku juga balik ke kampong halaman kerana ada kenduri kawin sedara. Dah bertahun aku tak balik. Maklumlah emak aku pun dah tinggal bersama kakakku di Gombak. Terpinga-pinga aku di bumi tempat aku bermain masa kecik dulukala. Asing. Cuma beberapa kawan lama akrab aku dapat berborak, bertanya khabar dlm kesempatan yg singkat. Yg lain aku tak kenal...mungkin mereka dah byk berubah atau aku yg dah terlupa, atau juga org2 luar yg mendatang..
Kampongku tak seperti dulu dan aku terasa spt di kampong org lain....kenduri kawin pun dah guna katering..begitu hambarnya...Di kampongku kini byk rumah ditinggal sepi tak berpenghuni setelah org-org tua kembali ke alam baqa dan anak-anak mengharungi kehidupan di kota-kota..tinggallah rumah-rumah yg suatu ketika dulu sangat meriah, termasuk juga rumah tempat aku dibesarkan.
dari jendela rumahku..... rumah tinggal arwah pakmat

Saturday, April 21, 2007

Pengajaran

Mulanya aku sekadar nak komen sepatah dua je kat blog Mcbudu tapi sebab dah teremo tulis panjang lebar aku terpaksa balik rumah sendiri..

Mulanya bila si Yin dijumpa, aku tumpang gembira. Lalu aku terharu dgn kebaikan pasangan myanmar tu. Tapi bila pelbagai pihak mula berteori dan berspekulasi ttg motif couple myanmar ni, perasaan terharu aku mula goyah. Aku sebenarnya sgt berharap yg mereka ini benar-benar innocent, ataupun mmg benar yg mrk ini butahurup, tak tau berita semasa dsbnya.

Sebenarnya aku sgt anti pada ibubapa yg tidak ambil berat kpd pergerakan anaknya..Kasihsayang tidak hanya dipapar dgn kata-kata bila anak itu lenyap dr mata...ia harus ditunjukkan sepanjang masa dgn memantaunya.,esp kalau dah tau budak tu hyperactive...

Bila teringat si yin ni nak melintas jalan...teringat kisah aku masa nak pekena teh tarik, sup kambing jam 11 mlm di dpn kompleks wilayah suatu ketika dulu. Aku pernah pekik kpd sepasang lakibini yg melepaskan anak kecil (berusia 2-3 tahun gamaknya) di atas bahu jalan. Yang si bapa menuju ke pintu drebar, yang si bini masih berlenggang di belakang sambil makan kudap-kudap dgn mata pandang kat aku dan kenkawan (apa ke he nye?..hensem sgt ke kitorang?) Tiba-tiba si anak kecil tu turun meluru ke atas jalanraya yg masa tu kereta-kereta berdesup-desup..(malam minggu kereta byk dan laju2). Secara tak sedar aku terus pekik...HOiiiiii. Nasib baik si bapa dapat menyambar budak tu..kalau tidak..tak tau nak kata apa. Bengang sungguh aku kat couple yg 'bingai' tu...

Berbalik kepada kisah Yin ni, pada aku ada hikmah dan pengajarannya. Pertama utk menyedarkan rakyat malaysia supaya memberi perhatian kpd anak-anak. Kalau budak kecik pun kita biar lepas bebas tak ambik peduli, bayangkan kalau budak tu dah remaja dewasa.. tak mustahil kah mereka ni jadi mat lepak yg bergantayangan di depan kompleks sogo, kompleks pertama tu? kalau tidak pun menjadi mat rempit, mat pit, bohjan dan sewaktu dgnnya. Kedua utk menginsafkan....utk kita mengenal diri dan bumi ini adalah pinjaman, kehidupan ini adalah sementara, tak kira malaysia kah kita, myanmar kah mereka....hanya amal yg menentukannya.

Wednesday, April 18, 2007

Kira ok

Aku ni susah nak minat lagu bebudak AF..tapi yg ni kira ok walaupun baru first time dengar... videoclipnya menarik dan agak touching, mengisahkan seorang gadis yg masih hidup dan pasangannya yg telah kembali menghadap Ilahi.



Kalu tambah usaha lagi, budak Kaer ni boleh pergi jauh, walaupun kurang aura tapi nampak ada kelas sikit.

Sunday, March 18, 2007

Bonjour

Bonjour.....bukan banjor. Hujung minggu ni aku perasan berada di Paris. OK la, kalau jalan2 nak makan roti, atau nak tengok puak2 Napoleon Bonaparte yg perasan.
awek2 kurun ke 16 ....
nampak cam seram pulak..
dari tirai kamar
pagi yg hening

petunia..hos pembiakan virus cili
pohon conifer byk di tepi jalan....... au revoir


Monday, March 12, 2007

Come what may

I cant remember how many times I 've been congratulated in life. The first ever 'congratulation' I got was from my late 'opahcik' when I was 12 yrs old. She uttered the word Tahniah to me when I got the offer to study in one of the prestigious residential schools in the country. This opahcik was org bandar, uptodate and quite a classy granny though..... I'm sorry for her, I wasnt up to the standard since I didnt end up with flying colors, instead having to cope with all kinds of miseries these days.

The most recent congratulation I got was from Pakyob while on our way to the mosque last Friday prayer .. It was a 'congratulation in advance' actually, for something I never dream of, a promotion...haha. Promotion?..mmm...Not sure whether I'm under or over qualified ..coz my application submitted thru my superior weeks ago for recommendations, left untouched and the closing date is due soon. I'm not sure i'll be called for the borak-borak session.

Unlike pak yob, I still havent got that socalled 'special increment' yet which I have already put my hope down the drain for that..
when there are sacrifices, there are lot of things left unkempt..

neglected...once eden now jungle...

Well, eventhough all my efforts and sacrifices have not been appreciated, I always remind myself not to be disapointed, frustrated, downhearted, whatsoever. Imanuel Kannt a german philosopher once said : 'the drama of this life is not complete, there must be a second scene to it, for we see the tyrant and his victims without seeing justice being executed. We see the conqueror and the subjugated, without the latter finding any revenge. Therefore there must be another world, where justice will be carried out.'

So, if I were to choose between having status in society with plentiful money and having a happy, radiant smiling self., I would choose the latter. For what is great wealth if it begets misery? What is high position if it comes with constant gloominess. It's always lonely at the top actually...kinda sour grape huh.

For whatever negative outcomes coming my way plus work piles up...I would avoid the feeling of being depressed or overly stressed. I have to repel boredom by doing more works. Come more works please and I will smile to the world and be kind to others eventhough they're inconsiderate, heartless, ruthless whatever.
Yeah, be kind to others so that comfort comes to your heart.

To me, life has to go on and I must accept it as it is. I must contemplate and thankful for everything I have. When I feel down, I would tell myself to look at those less fortunate ppl around. To me and my less fortunate friends, there's nothing to be sad of, coz this is not the only life. But, are we well prepared for the next life?

Nota kaki: Once in awhile I would post in english as my command in the language is getting hancus and hancusss if it's seldom used....in other words I'm getting dumber and dumber...mmm.. nak wat camno...

Thursday, March 08, 2007

Le Blasson

syikin...a short-haired, slim, quite an attractive humanbeing. I met her once and I was really impressed with her warmth plus clever conversation she shared with me... from certain angles she's a lil funny..and looks cute too. With her as company I wouldnt mind having expensive supper at Le Blasson.

azarina...though I've talked to her a couple of times, I never met this konon baguss person,. but to sum up..I would never wish to meet this very unprofessional human being...she's already ugly in my head....with her around I would surely feel like throwing up..and Le Blasson's certainly not in my list.

Monday, March 05, 2007

Buat seorang guru

Miskipun pemerkosa cum pembunuh dijatuhkan hukuman sampai mati, tiada apa yg dapat mengembalikan anaknya ke dunia ini...tiada apa yang menggembirakan,...there's nothing to celebrate actually..spt katanya.
Lama tak mendengar beritanya, cuma setahun dua kebelakangan ini wajahnya terpampang di media massa, lantas membangkitkan detik-detik nostalgis di zaman lampauku. Simpati tidak terhingga buat seorang guru yg telah mendidikku dengan penuh dedikasi, komitmen, kebaikan dan kelembutannya,...

Dia cikgu Matematik ku dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3...Aku masih ingat, semasa aku sdg asyik melihat keputusan exam SRP ku di papan kenyataan sekolah....aku dikejutkan oleh satu suara betul2 dari belakangku.."Hey congratulations.. you got it! ". Bila aku toleh rupanya dia. Beliau sgt gembira masa tu krn ramai anakmuridnya mendapat A1 dlm subjeknya termasuklah aku...Bila ting 4 dan 5 beliau tak mengajarku lagi..dan masa SPM aku tak dapat A1 lagi dlm matematik, cuma cukup makan shj.
Beliau seorang guru yang sangat baik, lemahlembut dan berperawakan menarik. Kini aku sgt bersimpati dgnnya.
My deepest condolence to Mrs Pearly Ong.... semoga beliau tabah menghadapi kehidupan ini.

edited on : 11 March 2007

Wednesday, February 21, 2007

Mutiara yg hilang

sepanjang jalan ke pulau pinang...hatiku terjun ke air ...

Masa orang balik kampong beraya Cina, aku ikut rombongan ke utara sbb ada rakan kerja (anak mami) walimatul urus di pulau pinang. dah lama berkurun aku tak menyertai ekpedisi berombongan ni. Ntah camana aku boleh tersetuju utk join rombongan ni sekali, sampaikan bbrp org agak heran termasuk le pengantin. Dan dah lama gak aku tak menjejak kaki ke Pulau Mutiara ni...kali terakhir mungkin lebih sedekad lalu, masa transit sewaktu ke Medan dulu.
bukit bendera di tempat kami...

kreatif gak macha ni...

tambangnya murah, mengasyikkan..

pdg kota yg dah berubah wajah..laksa sedap tu pun dah pindah ..

Dua hari di pulau pinang sempat jugak aku naik Bukit Bendera, makan nasi kandaq, makan laksa...tapi aku tak jumpa laksa yg sedap dulu tu..yg sampai aku boleh makan bertambah. Kali ni jamah sikit je, tak habis...enaknya kurengg ... Nasi kandaq pun aku tak tau kat mana yg sedaq.....ntah le, pulau pinang dah membuat aku kurang teruja.