Saturday, July 29, 2006

Hari-hari yg mendung

Lebih sepekan (bahasa lama) aku tak memblog disbbkan suasana yg agak kurang memberangsangkan dan satu demi satu pula peristiwa menampar ruang rasa. Baik tempatan maupun dari kejauhan, termasuk le ceriter2 dari palestine ke lubnan..... sempurnalah kekejaman sebuah bangsa yg sombong dan hina.

Atau ceriter yg masih belum reda dari KL ke Kuala Lipis. Tadi semasa aku di kedai runcit cina dekat rumah tu, aku terdengar seseorang menyebut pelat nama ct, ..disebutnya "siti nurhalija", "kula lepeh" bila aku toleh rupanya seorang lelaki cina tua dgn seorang nyonya sdg berborak ..aku tak paham apa biji butir perbualan mrk yg pasti pasal ct sbb di depan mrk ada sebuah akhbar tabloid dgn gambar ct dan dato' k...,..mmm....rupanya ct ni jadi perbualan kaum lain jugak, tak kira usia termasuk le apek dan nyonya tu....

Pagi Selasa 25 July , aku dikejutkan dgn pemergian seorang karyawan seni allahyarham Hani Mohsin seorang yg berhemah tinggi dan berperwatakan klasik. Dia mengingatkan aku kpd bbrp rakan kampongku yg berpewatakan spt beliau. AlFatihah.

Di minggu yg mendung ni aku terpaksa mengikuti latihan
selama 3 hari di sebuah hotel di pinggir kota.

Pergola tempat berehat santai antara kursus.

Tiang-tiang yang besar ini mengingatkan aku babak Samson yg
menolak tiang besar dlm filem Samson and Delilah.

Sebenarnya kursus mmg bagus, samada dpt diaplikasikan selepas balik, itu soal kedua. Yg aku ingat semasa kursus tu " The illiterate of the 21st century will not be the individual who cannot read or write but the one who cannot Learn, Unlearn and Relearn"---Alvin Toffler

Classroom training ni kekdg boring dan memengantukkan..bila boring, penceramah tu bertekateki pulak,..hehe..dan sdg member2 lain berhempas pulas mencari jawapan aku menjadi peserta yg berjaya menjawab teka teki di bawah (setelah membuat congakan yg tepat.)
" I'm the beginning of the end. I can never be seen in a day, though I occur twice in a week . You can also meet me twice in a decade but you can only see me once in a year .....What am I ? "


Tuesday, July 18, 2006

Biarlah rahsia

Hari Isnin 17 Julai, masa jam 12.30 lebih masa aku nak fotokopi sekeping dokumen terserempak dgn sorang kakak tu tgh membuat fotokopi...pehtu aku tanya le ' banyak lagi ke kak?' tiba2 dgn excited dia menjawab, " isk..tak sabo ni nak dengar ct buat pengumuman hari ni" ..hehehe....lain ditanya lain dijawab...mcm tak sabo nak dengar peristyiharan pemegang mohor2 besar, atau nak mengikuti pembentangan belanjawan negara pulak...
Berita putus tunang atau berita perkahwinan artis tiada kaitan dan tidak membawa sebarang makna dlm penentuan tahap kualiti seseorang artis. Takde maknanya. Cuma sekadar asam garam rempah dunia insan bergelar artis. Aku no komen pasal mawi putus tunang, sbb aku tak tau tang mana auranya... Berlainan dgn ct, tak dinafikan satu-satunya artis yg aku terasa dekat (lebih2 lagi Budakbudu yg sekampong dgn ct) dan pencapaian ct adalah yg terbaik berbanding artis2 lain....

Mungkin ramai yg menunggu sesuatu yg surprise dlm pengumuman ct...tapi rupanya tidaklah serahsia mana. Citer ct dan dato' k dah lama bergantayangan di media massa. Ada juga diehard fans (kipas susah mati) yg mengharapkan ct memilih seseorang yg tak jauh jarak usia..tapi seperti kata ct, apalah ada pada usia..tak kira usia muda atau tua..kalau ditakdirkan nak meninggal esok, yg muda pun akan meninggal. Ya, jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Tuhan...

Ada peminat yg kecewa, ada insan yg terkilan..dan ramai nak tau apa yg sgt istimewa pilihannya itu... Tapi bagiku sebenarnya ct tak perlu menyediakan sebab dan alasan utk semua itu ..itu adalah pilihan hatinya dan sekali lagi biarlah ia menjadi rahsia. Semoga pilihan ct tepat dan berbahagialah hingga ke anak cucu.

Sunday, July 16, 2006

Bau-bau bacang

putik anggur

Betapa cepat masa berlalu, rupanya sudah seminggu aku tidak memblog...tapi masih juga aku menjengah blog-blog member utk melahu ataupun mendengar lagu..hehe..Hari ini aku ke gombak spt minggu lalu, dan aku bawakan bersama rumput carpet (zoysia spp.) utk mini airterjun pee dan abahnya.. Masa nak keluar rumah aku tgk ada pulak putik2 anggur, cantik tapi masam kecut..mmg sour grapes ...
kehijauan masih ada...
di masa silam aku pernah mandi di sini..


mini airterjun/kolam ikan pee dlm pembikinan...

Sebelum balik aku kutip buah bacang yang banyak di bawah pokok..masa kutip tu, risau jugak kalau ditimpa buah bacang. Kata orang biar ditimpa buah durian, jgn ditimpa bacang..sbb org kata boleh jadi arwah dibuatnya kalo ditimpa buah bacang, mungkin kerana buah ni lebih solid berbanding durian....Camanapun, baik durian maupun bacang dua-dua aku tak mau kena timpa...
Mangifera foetida sepupu sepapat Mangifera indica

Bacang, buah yg exotic, baunya semerbak dan ia tidak enak dimakan begitu saja...mesti dibuat sambal belacan, baru dapat rasa kesedapannya, amat membuka selera bagi kebanyakan orang...bagi org bandar mcm Pak Yob mungkin tak kenal buah ini......
Teringat aku, kalau seseorang ada pertalian jauh dgn seseorang ia digelar bau-bau bacang...buah bacang ni buruk kulitnya, tapi 'dont judge a book by its cover'......

Sunday, July 09, 2006

Bila tak jadi balik kampong

Pagi Sabtu 8 July 2006, aku tak jadi balik kampong.. last minute diorang batal pulak. Jadi dlm perjalanan ke gombak, aku melencong ke tgh KL, singgah sekejap di Times Square.

Aku tgk ramai org di Debenhams,..dan aku aci redah tengok. Aku perhati banyak shelves dah kosong..barang dah tinggal sikit.... rupanya ada stock clearance, dah hari ke 8. Sbb apa clearance aku tak tau sbb tak sempat nak tanya... bila tgk org sibuk membeli aku pun terbeli bbrp items yg 70-80% discount..

items yg dibeli...biarlah rahsia

Lepas aku singgah di tempat tu, aku terus ke gombak..sampai di gombak aku nampak ada kelainan..ada airterjun mini hasil kerja abang ipar aku, pee dan kawannya. Kreatif jugak dorang..tak byk modal, batu-batu ambik kat sungai depan rumah. Kos pasir dan simen sikit je. cuma rumput carpet je takde utk letak keliling kolam mini tu...kat rumah aku ada tapi dah tak berjaga....

Hari ini Ahad, 9 July, sampai di rumah, aku buat clearance semak2 di depan rumah, sempat juga aku trim dan kasi baja rumput yg dah tinggal nyawa2 ikan tu supaya minggu depan boleh bawa ke gombak. Berpeluh-peluh jugak......jgn cepat mengantuk dah le..ingat malam ni nak tengok final World Cup...rugi tak tengok weh.....

Tuesday, July 04, 2006

Dari Luar Jendela - 4th of July

Satu-satunya pokok mangga di depan rumah kini kembali ada buah, ada putik dan ada bunga. Aku tak tau stage apa sebenarnya sekarang..sbb ketiga-tiganya ada. Aku rasa mungkin berpunca dari kerajinanku yg terlampau menabur baja 2-3 bulan dulu....itu pun baja yg diberi percuma sebanyak 2 kg oleh seorang rakan semasa aku melawatnya di serdang setelah lama aku tak jumpa dia. Sekadar baja biasa je..NPK 12:12:17+2TE keluaran Behn Meyer (dari Jerman). Aku mmg dah tau lama yg baja ni agak berkesan berbanding keluaran saingan2nya. Harganya pun lebih dari yg lain..

buah-buah yg disorok

putik-putik...

sambil berbuah sambil berbunga..

Aku mmg sukakan pokok mangga..dan blog ini dulu tercipta tatkala aku ketiadaan idea utk menamakannya...sebaik terpandang ke luar tingkap dan terpandang pokok mangga ni...maka terciptalah Mangifera Spa. Hehehe... itulah ilham dari luar jendela...

Sempena itu juga, lagu yang kedengaran ketika ini pun berjudul 'Di Luar Jendela' ....yg dihantar khas oleh seseorang kenalan cyber yg begitu excited mengintroduce lagu ini kpdku suatu ketika dulu, yg katanya begitu lunak dan agak menyentuh sanubarinya ...mmm..apa khabar gerangannya sekarang?..

p/s: Apakah Italy dpt menumpaskan Jerman pagi ini? Tungguuuu....
Update: Italy menewaskan Jerman 2-0 dlm masa tambahan.....

Saturday, July 01, 2006

Pagi Julai

There I was on a July morning, looking for love
With the strength of a new day dawning and the beautiful sun
At the sound of the verses bird singing I was leaving for home
With the storm and the night behind me and a road of my own

With the day came the resolution I'll be looking for you

I was looking for love in the strangest places

There wasn't a stone that I left unturned

I must have tried more than a thousand faces

but not one was aware of the fire that burned

In my heart, in my mind, in my soul
There I was on a July morning - I was looking for love
With the strength of a new day dawning and the beautiful sun

At the sound of the verses bird singing I was leaving for home

With the storm and the night behind me and a road of my own

With the day
came the resolution I'll be looking for you

Nota kaki: Julai spt bulan-bulan lain juga...tak de beda...
salah satu yg aku ingat.. july intake...
sekarang dah masuk 1 Julai 2006, game antara
Germany vs Argentina tak habih2 lagi masih 1-1.
Aku harap Argentina akan melangkah jauh.....
dont cry for me argentina.....
Update: Argentina lost 2-4 in penalty shoot-outs...
mmm..team yg aku sokong asyik tumpo je...