Saturday, December 26, 2009

Menjenguk kembali

Termangu sekejap tadi, kerana terlupa kata laluan ke sini. Telah lama aku tak menjenguk ke blog ini.. masih seperti dulu. Kalau boleh aku mahu membuang sikap lama. Sikap tidak suka menjenguk kembali tempat-tempat di mana terpahat dan terukirnya beberapa kenangan dalam hidup.. Bak kata org dulu2, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Tidak menjenguk bukan bermakna aku telah lupa paloh hinai, charok puting, temangan, arau, jalan harimau..hatta kampung halamanku sendiri... tapi semua ini terjadi sukar untuk diungkapkan.


Sunday, September 13, 2009

Ada kala...

mee rebus tersohor di teluk ensen...

roti john ini utk dptkannya kena booking seawal 11.00pagi ..itupun melalui group booking :)

**Ramadhan dah tiga minggu berlalu, dan seharusnya dilalui dgn penuh keinsafan. Namun ada kala kita terkenang2 sesuatu kita suka.

Thursday, June 18, 2009

Ayah/Bapa/ Abah/ Baba



Sunday, June 14, 2009

Bukan Milikku

Sabtu, 13 Jun 2009; Balik dari Sg Buloh, singgah sebentar melihat pameran pokok-pokok bonsai di hari terakhirnya. Kreatif dan menarik...walaupun tak jumpa siapa tuannya..tapi aku salute dan ucapkan syabas atas daya usaha mereka.
water jasmine
water jasmine

Di antara yg mencuri perhatianku.... pokok asam jawa dan pokok mulberry.
Asam Jawa

Mulberry
buah2 mulberry

Dulu semasa di tempat kerja lama, banyak terdapat pokok mulberry ni...pernah juga aku memetik buahnya yg masak ranum. Kalau dibuat jus, mmg sedap...lebih enak dari jus roselle atau jus asam jawa.. Masa tu tak terlintas di fikiran yg pokok ni boleh dibonsaikan..
Tadi aku jenguk tempat kerja lama, pokok2 tu dah tiada kerana memberi laluan kepada projek pokok lain..


Wednesday, June 10, 2009

semalam di selatan