Wednesday, December 20, 2006

Bukan bercuti...

pergi ke ladang membawa golok
untuk mencari kayu api
lama sudah tidak memblog
sedor sedor dah nak raya haji...

Kelas dak pantun tu?...

Baru balik dari kawasan perbukitan..ke sini utk bertugas bukan bercuti. mujurlah ada udara segar di sini. Ada jugak health farm therapy tapi tak sempat nak tengok apa yg ada. Bila bertugas termasuk urusan di kantor yg ditinggalkan belum beres. Udara udara ini tak de maknanya. ...tapi kerja sememangnya tidak pernah beres kan?... dan sepatutnya kita tidak membiarkan bebanan tugas yg belum beres mengganggu fikiran..


* foto2 dari celah tirai kamar

Tuesday, October 31, 2006

Setelah bercuti panjang.....

Cuti lama mana pun, rasa cam sekejap je... bukan ada apa sgt pun bercuti panjang ni..bebudak je yg merasa seronok. Bila dah bercuti raya lama, tentu ramai yg rasa berat start keje balik..aku buat biasa je, sbb tak boleh ikut sgt perasaan camtu..hidup perlu diteruskan....

Pak Mat jiran sebelah rumah di kampongku, telah kembali ke rahmatullah pada hari raya pertama masa beliau berziarah ke rumah sedara rapatnya. McBudu mungkin ingat...atau kisahnya ada di sini..Puasa zaman dulu-dulu. Al Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.

klcc1

Saturday, October 21, 2006

Salam Aidilfitri

Seperti di tahun-tahun lepas, menyaksikan gelagat warga kota membelibelah tatkala lebaran menjelma adalah satu pengalaman yg menyeronokkan, lebih2 lagi di waktu dinihari .... Selepas pekena sup kambing dgn nasi lemak aku dan member2 ke Jln TAR dgn tujuan utk turut menyibuk serta mengejamkan Jln TAR yg mmg dah sesak. Mencari tempat parking amatlah susah, sepanjang bahu Jln TAR kereta di parking berderetan sampai dua lapis. Ntah camana kitorang dpt parking di lorong sempit Jln masjid india. Hiruk pikuk, ramai manusia rancak membuat last minute shopping sebelum balik kampong gamaknya..Pelbagai barangan ada,sebut aje... Member2 ada yg beli jam tangan utk bebudak, jenama Guess lagi...ada yg beli bungapi katak dsbnya. Leka juga kami di Jln TAR, Jln Masjid India, jam 2.30 pagi terasa malam yg masih muda...

Jam 3.00 pagi, kami beralih ke bangsar, di sini tiada hiruk pikuk org shopping.. kitorang sekadar nak singgah makan, malang tak ada meja yg kosong dan terpaksa beralih ke Brickfields..tapi tak sangka, di sini juga suasana begitu happening, aktiviti membelibelah rancak berjalan miskipun jam dah lewat jam 3 pagi tapi membelibelah utk event yg berbeza..Deepavali..ini mmg betul2 last minute...Dgn keadaan riuh, kitorang tawarhati utk mencari tempat makan. Dari Little Madras tu kami berangkat pulang. Singgah sahur sikit di limau nipiz...jam 4.30 pagi sampai di rumah. Letih namun seronok menyaksikan kehidupan, dan aku juga tak pulang dgn tangan kosong, ada buahtangan utk kenangan menjelang lebaran 2006.

Ole-ole Jln Masjid India

Kepada McBudu, PakYob, Azmansd, Sarahjiha, Ubai, Anggerik, Blackpurple, Fido serta rakan taulan yg pernah singgah di blog ini, aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Tatkala kita beraya, insaflah pada mereka yg tidak bernasib baik.

Sunday, October 15, 2006

Suatu petang sepotong terubuk

Dah lebih tiga minggu berpuasa. Ntah mengapa bila bulan puasa aku akan teringat lauk asam pedas ikan terubuk jualan seorang makcik tu. Padahal hari2 biasa pun makcik tu berniaga, tapi aku tak pergi. Mungkin tak berkesempatan kot. Lebihkurang 10 tahun dulu, aku diperkenalkan dgn asam pedas makcik tu oleh seorang rakan yg memiliki citarasa yg aku boleh percayai pasal bab makan memakan ni..

Minggu lalu aku cuba nak beli, tapi hampa..sbb dah licin walaupun masa tu baru jam 5.30 ptg..Maka petang tadi, jam 4.30 ptg aku pun bergegas ke kedai makan makcik tu..Bila aku sampai, tak ada org ...tapi pulak, ada dato' S sedang membeli laukpauk di kedai makcik tu..mmm..aku agak kurang selesa bila bertembung dgn org2 yg disegani ni..tapi demi terubuk terpaksa le aku buat muka sadin dan menghulurkan salam... Selepas dia beredar, muncul pulak...exboss aku Puan P dgn anaknya..mmm....dah nasib aku hari ni bertembung dgn org2 yg disegani. Camanapun aku bertanya-tanya khabar kpdnya ....katanya dia tak masak di rumah, masak di kedai je...hehe (makcik kedai tu tumpang gelak..). Lepas aku dapat seketul terubuk dan sedikit sambal tempe suun, aku pun cepat-cepat mintak izin jalan dulu...sopan gak aku ni, (walaupun segan tapi mesra...) Aku percaya dgn istilah 'mereka yg disegani' ..nak buat camana.

Walaupun byk dijual di pasar ramadhan tapi tak sama. Serupa juga dgn patin tempoyak, aku hanya suka patin tempoyak di satu kedai makan di Temerloh. Begitu juga dgn terubuk asam pedas makcik tu... mmg ada kelass..kat hotel pun tak jumpa spt tu..(aku harap makcik tu tak terbaca blog ini, nanti dia naikkan harga lagi, hehe..)

terubuk dan tempe suun

Mangifera indica

Belanja buka puasa hari ini:-
Terubuk asam pedas + suun tempe = RM 11.00
Nasi: free (sendiri punya..)
Minuman: Mango Delight (free sbb buat sendiri..sbb pokok sendiri)

Wednesday, October 11, 2006

Hidup sederhana

bicycle

Bila lalu depan kedai basikal terasa nak beli satu basikal utk exercise, dan join bbrp member2 yg dah addicted menunggang basikal ni. Pak Yob pernah ajak main golf, tapi tak mengapa lah, biar dulu...sbb golf mengingatkan aku kerja menebas rumput, atau menajak di sawah. Tak kira le org kata golfing ni satu theraphy yg baik utk fizikal dan mental, ia satu aktiviti yg aku kurang teruja utk ceburi, lagipun susah nak cari masa. Menunggang basikal ni rasanya lebih baik, lebih mengasyikkan dari jogging yg buat badan terhentak-hentak..tapi sbb dah lama tak berbasikal, tentu rasa gayat...
Namun bila jerubu yg kononnya disbbkan el nino yg melanda sekarang, aktiviti sebegini akan lebih memudaratkan kesihatan...jadi, terpaksa kansel idea. Camanapun baik golf, jogging atau berbasikal, mencari masa tu yg susah. Lagi satu, kalau jogging atau berbasikal, silap haribulan berlumba dgn anjing pulak...
Basikal mengingatkan aku pada lagu 'bicycle race'.. atau mengingatkan aku utk hidup bersederhana..Basikal juga membuat kita terimbau pada cebisan memori pahit, manis dan masam dlm hidup.

Saturday, October 07, 2006

Antara pangkat, darjat dan alpukat

Patutkah seseorang itu bercita-cita tinggi..patutkah kita mengejar pangkat dan darjat? atau memadai hidup ala kadar, sederhana berbasikal tua? Kalau aku tidak bercita-cita tinggi, apakah aku seorang pessimis, seorang pemalas atau seseorang yg telah letih? Bagaimanapun sebagai pemakan gaji yg saban bulan menerima payslip yg dull dan monotonous..ada waktunya jiwa bergelojak. Namun sepantas kilat aku tepis itu semua sbg godaan duniawi, dan mmg aku bukan seorang pencari pelangi...walaupun mungkin nanti ada yg kata ini syndrome sourgrapes, mmm....tak benar tu. Kena tanya Pak Yob yg mahir ttg sourgrapes ni, hehe...
JUS ALPUKAT
Jus Alpukat..mudah, enak dan nyaman

Suatu ketika dahulu sewaktu melahu di kota Bandung, aku ternampak byk signage tertulis Jus Alpukat baik di restoran, cafe maupun warung. Apa itu alpukat? spesis Algojo kah ia?.....Kalau tgk promosinya cam bagus banget.... Disbbkan aku yg agak adventurous, dan kebetulan tgh haus pd satu ketika tu, aku pun singgah di satu warung jalanan. Org kata makanan di warung tepi jalan lebih enak dan murah...Mungkin betul, yg penting bagiku warung tu 'berkelubung', agak bersih dan terlindung dari anasir-anasir yg tak sepatutnya. Aku tanya embak empunya warung, apa itu alpukat..lalu ditunjukkannya buah avocado....Lerr. Lalu bermula le episod memesan Jus Alpukat, manakala kawan aku yg agak kurang adventurous pulak memesan Es campur..hehe. Itulah pertama kali aku menikmati avocado dlm rasa yg begitu enak dan nyaman. Sebelum ini aku pernah makan buah ini bila sorang kawan bawak balik dari kampongnya di Lenggong. Masa tu cara makannya, buah dibelah dua, tabur gula, scoop dgn sudu dan ngapp.....sedap jugak, seperti makan mentega dgn gula, hehe... tak heran le, nickname lain bagi avocado ialah 'buah mentega'.

Buah ni kalau yg local sebiji RM3.00, kalau jenis import yg lebih kecil dan berjerutu tu harganya RM4.00 sebiji..Lebih mahal dari buah durian. Kebetulan bulan puasa ni aku dapat dua biji, dan aku teringat Jus Alpukat yg aku minum di Bandung. Setelah google search akhirnya dapat jugak aku...Cara-cara Membuat Jus Alpukat
Mmm....enak dan nyaman, tapi hati2 dgn calories, lemak dan kolestrolnya...tak boleh selalu, nanti alpukat akan jadi sang algojo pulak.

Tuesday, October 03, 2006

Cuaca yg berjerubu

Sekarang cuaca berjerubu...selsema, mata pedih, batuk dan sakit tekak amat tidak menyelesakan. Tapi seingat aku, sakit tekak aku ni berpunca dari makan nenas. Nenas Josapine namanya..mmg sedap dan manis medu kalau makan waktu berbuka tapi kalau makan banyak terimalah akibatnya. Makan nenas, jerubu jugak yg dapat nama...

KL Tower

Friday, September 29, 2006

Antara keborosan dan kepuasan

rangup dan enak aja..

Popeye...

Ada atau tidak perkataan 'keborosan'? Apa-apa aje le.... Bila bulan puasa org suka berbelanja..biasa le. Namun bagi aku, bulan puasa kali ini aku serbaserbi ala kadar. Walaupun dah puasa hari ke 6, baru sekali aku ke pasar Ramadhan..Skang aku kurang selesa, bukan aper, ramai sgt orang.... baik beli kat makcik2 meniaga tepi kwsn rumah aku tu...aman. Kat pasar Ramadhan tu, mcm2 ada..semua nampak menyelerakan, bak kata seorang rakan..hatta selipar jepun pun kalau dipotong dan digoreng tepung pun org akan beli...ceh !

Sorang 5 cucuk je ye!!..

Sate

Bulan puasa mengingatkan aku jgn boros. Tapi 'old habits die hard' , secara tidak sedar aku kdg2 boros jgak. Boros kalau bertempat tak pe, tapi boros ntah ape-ape..Aku selalu teringat kata-kata org tuaku yg aku ni suka beli benda-benda tak berguna ..memang le, masa dulu2 aku gemar beli mcm2 spt kaset2, buku2 cerita, majalah gila2, ujang etc. Pastu dibiar bersepah2. Skang ni aku dah tak beli benda2 camtu...tapi aku selalu beli cd, dvd..tak kira le pasar malam ke ori ke...tapi byk yg belum tengok pun...sampailah citer2 tu dah tayang kat TV. Dulu aku rajin jugak beli fragrances..atau bahasa peraknya minyak wangi... Yg ni mak aku tak marah, dia suka, sampaikan dia pulak minta tolong aku belikan utk dia. Lalu aku pun beli le yg jenis bermacam2 nama tu..spt seribu satu malam, etc yg lebihkurang minyak atar tu. Aku minat frags ni semua pengaruh dari budakbudu, matnor masa zaman dulu2. Skang aku pulak yg lebih2... dah beli mahal2 tapi jarang pakai ...mcm membazir le jugak....tapi bila aku pakai tak berbau pulak ...hehe

rongi..(wangi..)

Platinum Egoiste..quite ok.. yg lelain tu setakat can do je..atau buat perabih duit esp. FCUK...

Shopping raya? ...mmm, aku tak shopping raya, benda2 lama masih elok lagi..lagipun tak elok membazir dan memboros ni...puasa sebenarnya mengajar kita byk perkara bukan setakat menahan lapar dahaga je...dak gitu? mcm tak tau plak...

Sunday, September 24, 2006

Selamat Berpuasa


Ramadhan datang lagi
untuk seribu keinsafan
buat mengenal rupa diri

Ramadhan hadir lagi
semoga kali ini paling bererti
untuk dihayati
sesama saudara sejagat ini

Ramadhan...
andai ini akhir kali
jadilah paling berseri
hadirkan sejuta rahmat
bakal menyuluh rindu ke firdausi.

Tuesday, September 12, 2006

Anti-stress

Bila ditimpa stress, tertekan... apakah perkara paling mudah yg kita inginkan? Rokok tak masuk kira... Bagi aku, entah mengapa berkunjung ke tempat lama yg satu ini begitu menyenangkan. Tapi aturcara hidup yg agak hectic dan kelamkabut agak sukar utk aku mendapat peluang berbuat demikian. Kali terakhir aku berkunjung ke sini ialah pada Sabtu (9.9.2006) iaitu selepas aku membuat sedikit kerja-kerja di kantor. Masa tu ada waktu terluang sedikit, lantas akupun melencong ke sini, menyusuri jalan-jalan kenangan ......begitu melekat di fikiran, begitu sentimental tempat ini..huh..
Dulu bila dah byk dibiak tak tau nak buat ape pokok ni (dah lupa nama...). Lalu akupun minta diorang tanam pokok ni berderetan di sepanjang jalan ni untuk mengalu-alukan pengunjung yg datang, atau mengiring mereka yg pulang.... duh !....

Bunga jambu laut yg segar ....pokok ni byk di tepi lereng

Pemakanan seimbang juga perlu diberi perhatian dalam menangani masalah stress. Kdg-kdg kita makan ikut dan je....Jalan mudah, ambil supplement tapi kena berdisiplin le. Jgn beli tapi tak makan sampai le expired menatang tu.. hehe..
Anti-stress promo pack?Agak murah tapi memberangsangkan..jadi bersemangat, tak rasa letih dan lapor... (promo nampak..hehe)


Tuesday, September 05, 2006

Kepayahan yg remeh

Malam ini mcm ada saluran paip air bocor pulak...puas aku cari di mana bocor tu tapi tak jumpa, cuma bunyi air yg berdesir saja...dan bunyinya begitu mengganggu deria pendengaranku. Aku rasa bukan dari tangki, tempat lain. Sbb malam gelap gulita, aku tutup paip utama luar rumah. Aman. Benda-benda mcm ni mmg membosankan, kalau sempat besok petang aku tgk, pastu panggil le Mat plumber yg aku kenal tu..harap minor je...dan kos pun minor..

Berserabut dgn masalah2 kerja dicampur dgn benda-benda yg remeh spt ini mmg membuat kita bosan. Tapi bila terlintas sejenak ttg manusia2 lain yg lebih payah merempuh kehidupan ...aku menjadi insaf....biarpun seketika, itu dah lebih dari ok.

kehidupan sememangnya sukar dipisahkan dari kepayahan,
maka bijaksanalah memilih laluan yg sewajarnya

Thursday, August 31, 2006

Merdeka


tugu
Originally uploaded by mto@flickr.

Apakah kita bebas sebebasnya dari belenggu sang penjajah? Apakah kita berjiwa merdeka? Apakah kita sekadar warga tanpa jiwa?

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-49.

Sunday, August 27, 2006

Karya

Baru-baru ini aku ketemu Ubai, seorang member yg jugak seorang blogger dan aku bertanya khabarnya. Sempat jugak dia bertanya ttg blogku yg tak seberapa ni..

Sejak dua menjak ni aku rasa berat nak berkarya..hehe..tak sesuai disebut berkarya...almaklumlah aku ni memang tidak pandai berkarya...merapu boleh. Tidak memblog tapi rajin juga menjenguk blog-blog member spt Pak Yob yg kian bisu tanpa kata dgn sesuatu dari taman bondanya...atau ke Semalu yg mcm malu-malu, kini hanya dapat aku menumpang dengar lagu....atau melawat Sarahjiha di negeri atas angin tu..atau melawat anggeriq atau blog-blog lain..

Mmg ada masa kita rasa berat nak memblog, ada masa bertalu-talu pulak memblog...hehe

Gambar sekadar hiasan: Karya akhir (billboard dekat rumah)

Sunday, August 20, 2006

Berita gembira dan sabar

What would u do when u reach home exhausted around 10.30pm, u found a stranger's car parked right infront of your gate blocking your way?.....would u kick that bloody damn car's a&$?
Mmmm...It's been ages since I last spoke English... do I sound stupid ? Hehehe...biasa le ...di mana-mana kita boleh jumpa org yg tak mampu berfikir dan menyusahkan org lain..

Lagi satu..selalukah org datang kepada kita membawa berita gembira?? Pernahkah org datang kpd kita bagi duit?? Hehehe..... datang mintak duit ade le.. Petang tadi, aku didatangi seseorang yg aku kenal (tapi tak rapat) mengadu tentang permasalahannya. Mukadimahnya agak panjang tapi akhirnya biasalah bottom linenya..$$RM...agar tidak menghampakannya aku seluk le wallet dlm poket seluar...tapi wallet tu susah pulak nak keluar..sampai member tu kata, "tebai agaknya tu"...ceh.. bukan wallet tebai tapi poket sempit. Aku capai le beberapa ringgit yg aku mampu hulurkan,..untuk sebuah episod kehidupan.

Beberapa hari lepas jiran aku pulak nampak seekor musang makan mangga aku yg dah masak, kebetulan buah2 tu mencecah tanah, ...patut le aku nampak bersepah biji dan kulitnya..ada jugak musang di kawasan perumahan ni. Kesian, begitu pesat pembangunan utk manusia, musang kini hilang habitatnya. Jadi aku anggap buah2 tu rezeki musang, kira sedekah le...
Pagi tadi sebelum keluar rumah, tergerak aku nak petik bbrp biji mangga matang yg terjulur ke luar pagar..tapi aku tak petik. Bila aku sampai rumah petang...buah-buah tu dah lesap...yg ni 'musang' kepala hitam. Sbb buah2 tu tinggi tapi boleh dicapai manusia. Malas aku nak jaga..itu hari ada dahan patah sampai tergolek banyak buah-buah yg belum masak...aku tak makan sbb masam kecut...lalu aku bagi makcik-makcik depan rumah buat colek...

Thursday, August 17, 2006

merdekanya seorang pelajar






Sekitar hari-hari merdeka bagi mereka yg bernama pelajar..................

Sunday, August 06, 2006

Practice makes perfect

Mencuba bbrp teknik image manipulation mmg mengasyikkan... nampak senang tapi kdg-kdg susah dan membuntukan jugak. Hasilnya juga kdg2 tak spt yg diharapkan. Lebih-lebih bagi aku yg suka hentam kromo je....
Out Of Bounds ...remeh sikit

Grey Background...simple tapi menarik
Fading campur Glossy......biasa

Imej di atas adalah hasil selepas sekali dua aku cuba, walaupun tak spt yg diharapkan tapi not bad for aku yg tak ada ajaran formal, jgn ajaran sesat dah le.. Utk dapatkan hasil yg bermutu, kena practice...dan aku yakin "practice makes perfect"...bila seseorang rajin berlatih, tak kira berlatih apa, pasti sesuatu kerja menjadi lebih berkualiti.. Pak Yob tentu setuju. Dlm berlatih kita juga mengalami situasi trial and error yg kdg-kdg menemukan kita dgn idea baru. Benda-benda cam ni patut diajar di sekolah di samping lukisan konvensional untuk menjana kreativiti budak2 yg biasanya memiliki minda yg lebih cepat menangkap dan menyerap..

Saturday, July 29, 2006

Hari-hari yg mendung

Lebih sepekan (bahasa lama) aku tak memblog disbbkan suasana yg agak kurang memberangsangkan dan satu demi satu pula peristiwa menampar ruang rasa. Baik tempatan maupun dari kejauhan, termasuk le ceriter2 dari palestine ke lubnan..... sempurnalah kekejaman sebuah bangsa yg sombong dan hina.

Atau ceriter yg masih belum reda dari KL ke Kuala Lipis. Tadi semasa aku di kedai runcit cina dekat rumah tu, aku terdengar seseorang menyebut pelat nama ct, ..disebutnya "siti nurhalija", "kula lepeh" bila aku toleh rupanya seorang lelaki cina tua dgn seorang nyonya sdg berborak ..aku tak paham apa biji butir perbualan mrk yg pasti pasal ct sbb di depan mrk ada sebuah akhbar tabloid dgn gambar ct dan dato' k...,..mmm....rupanya ct ni jadi perbualan kaum lain jugak, tak kira usia termasuk le apek dan nyonya tu....

Pagi Selasa 25 July , aku dikejutkan dgn pemergian seorang karyawan seni allahyarham Hani Mohsin seorang yg berhemah tinggi dan berperwatakan klasik. Dia mengingatkan aku kpd bbrp rakan kampongku yg berpewatakan spt beliau. AlFatihah.

Di minggu yg mendung ni aku terpaksa mengikuti latihan
selama 3 hari di sebuah hotel di pinggir kota.

Pergola tempat berehat santai antara kursus.

Tiang-tiang yang besar ini mengingatkan aku babak Samson yg
menolak tiang besar dlm filem Samson and Delilah.

Sebenarnya kursus mmg bagus, samada dpt diaplikasikan selepas balik, itu soal kedua. Yg aku ingat semasa kursus tu " The illiterate of the 21st century will not be the individual who cannot read or write but the one who cannot Learn, Unlearn and Relearn"---Alvin Toffler

Classroom training ni kekdg boring dan memengantukkan..bila boring, penceramah tu bertekateki pulak,..hehe..dan sdg member2 lain berhempas pulas mencari jawapan aku menjadi peserta yg berjaya menjawab teka teki di bawah (setelah membuat congakan yg tepat.)
" I'm the beginning of the end. I can never be seen in a day, though I occur twice in a week . You can also meet me twice in a decade but you can only see me once in a year .....What am I ? "


Tuesday, July 18, 2006

Biarlah rahsia

Hari Isnin 17 Julai, masa jam 12.30 lebih masa aku nak fotokopi sekeping dokumen terserempak dgn sorang kakak tu tgh membuat fotokopi...pehtu aku tanya le ' banyak lagi ke kak?' tiba2 dgn excited dia menjawab, " isk..tak sabo ni nak dengar ct buat pengumuman hari ni" ..hehehe....lain ditanya lain dijawab...mcm tak sabo nak dengar peristyiharan pemegang mohor2 besar, atau nak mengikuti pembentangan belanjawan negara pulak...
Berita putus tunang atau berita perkahwinan artis tiada kaitan dan tidak membawa sebarang makna dlm penentuan tahap kualiti seseorang artis. Takde maknanya. Cuma sekadar asam garam rempah dunia insan bergelar artis. Aku no komen pasal mawi putus tunang, sbb aku tak tau tang mana auranya... Berlainan dgn ct, tak dinafikan satu-satunya artis yg aku terasa dekat (lebih2 lagi Budakbudu yg sekampong dgn ct) dan pencapaian ct adalah yg terbaik berbanding artis2 lain....

Mungkin ramai yg menunggu sesuatu yg surprise dlm pengumuman ct...tapi rupanya tidaklah serahsia mana. Citer ct dan dato' k dah lama bergantayangan di media massa. Ada juga diehard fans (kipas susah mati) yg mengharapkan ct memilih seseorang yg tak jauh jarak usia..tapi seperti kata ct, apalah ada pada usia..tak kira usia muda atau tua..kalau ditakdirkan nak meninggal esok, yg muda pun akan meninggal. Ya, jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Tuhan...

Ada peminat yg kecewa, ada insan yg terkilan..dan ramai nak tau apa yg sgt istimewa pilihannya itu... Tapi bagiku sebenarnya ct tak perlu menyediakan sebab dan alasan utk semua itu ..itu adalah pilihan hatinya dan sekali lagi biarlah ia menjadi rahsia. Semoga pilihan ct tepat dan berbahagialah hingga ke anak cucu.

Sunday, July 16, 2006

Bau-bau bacang

putik anggur

Betapa cepat masa berlalu, rupanya sudah seminggu aku tidak memblog...tapi masih juga aku menjengah blog-blog member utk melahu ataupun mendengar lagu..hehe..Hari ini aku ke gombak spt minggu lalu, dan aku bawakan bersama rumput carpet (zoysia spp.) utk mini airterjun pee dan abahnya.. Masa nak keluar rumah aku tgk ada pulak putik2 anggur, cantik tapi masam kecut..mmg sour grapes ...
kehijauan masih ada...
di masa silam aku pernah mandi di sini..


mini airterjun/kolam ikan pee dlm pembikinan...

Sebelum balik aku kutip buah bacang yang banyak di bawah pokok..masa kutip tu, risau jugak kalau ditimpa buah bacang. Kata orang biar ditimpa buah durian, jgn ditimpa bacang..sbb org kata boleh jadi arwah dibuatnya kalo ditimpa buah bacang, mungkin kerana buah ni lebih solid berbanding durian....Camanapun, baik durian maupun bacang dua-dua aku tak mau kena timpa...
Mangifera foetida sepupu sepapat Mangifera indica

Bacang, buah yg exotic, baunya semerbak dan ia tidak enak dimakan begitu saja...mesti dibuat sambal belacan, baru dapat rasa kesedapannya, amat membuka selera bagi kebanyakan orang...bagi org bandar mcm Pak Yob mungkin tak kenal buah ini......
Teringat aku, kalau seseorang ada pertalian jauh dgn seseorang ia digelar bau-bau bacang...buah bacang ni buruk kulitnya, tapi 'dont judge a book by its cover'......

Sunday, July 09, 2006

Bila tak jadi balik kampong

Pagi Sabtu 8 July 2006, aku tak jadi balik kampong.. last minute diorang batal pulak. Jadi dlm perjalanan ke gombak, aku melencong ke tgh KL, singgah sekejap di Times Square.

Aku tgk ramai org di Debenhams,..dan aku aci redah tengok. Aku perhati banyak shelves dah kosong..barang dah tinggal sikit.... rupanya ada stock clearance, dah hari ke 8. Sbb apa clearance aku tak tau sbb tak sempat nak tanya... bila tgk org sibuk membeli aku pun terbeli bbrp items yg 70-80% discount..

items yg dibeli...biarlah rahsia

Lepas aku singgah di tempat tu, aku terus ke gombak..sampai di gombak aku nampak ada kelainan..ada airterjun mini hasil kerja abang ipar aku, pee dan kawannya. Kreatif jugak dorang..tak byk modal, batu-batu ambik kat sungai depan rumah. Kos pasir dan simen sikit je. cuma rumput carpet je takde utk letak keliling kolam mini tu...kat rumah aku ada tapi dah tak berjaga....

Hari ini Ahad, 9 July, sampai di rumah, aku buat clearance semak2 di depan rumah, sempat juga aku trim dan kasi baja rumput yg dah tinggal nyawa2 ikan tu supaya minggu depan boleh bawa ke gombak. Berpeluh-peluh jugak......jgn cepat mengantuk dah le..ingat malam ni nak tengok final World Cup...rugi tak tengok weh.....

Tuesday, July 04, 2006

Dari Luar Jendela - 4th of July

Satu-satunya pokok mangga di depan rumah kini kembali ada buah, ada putik dan ada bunga. Aku tak tau stage apa sebenarnya sekarang..sbb ketiga-tiganya ada. Aku rasa mungkin berpunca dari kerajinanku yg terlampau menabur baja 2-3 bulan dulu....itu pun baja yg diberi percuma sebanyak 2 kg oleh seorang rakan semasa aku melawatnya di serdang setelah lama aku tak jumpa dia. Sekadar baja biasa je..NPK 12:12:17+2TE keluaran Behn Meyer (dari Jerman). Aku mmg dah tau lama yg baja ni agak berkesan berbanding keluaran saingan2nya. Harganya pun lebih dari yg lain..

buah-buah yg disorok

putik-putik...

sambil berbuah sambil berbunga..

Aku mmg sukakan pokok mangga..dan blog ini dulu tercipta tatkala aku ketiadaan idea utk menamakannya...sebaik terpandang ke luar tingkap dan terpandang pokok mangga ni...maka terciptalah Mangifera Spa. Hehehe... itulah ilham dari luar jendela...

Sempena itu juga, lagu yang kedengaran ketika ini pun berjudul 'Di Luar Jendela' ....yg dihantar khas oleh seseorang kenalan cyber yg begitu excited mengintroduce lagu ini kpdku suatu ketika dulu, yg katanya begitu lunak dan agak menyentuh sanubarinya ...mmm..apa khabar gerangannya sekarang?..

p/s: Apakah Italy dpt menumpaskan Jerman pagi ini? Tungguuuu....
Update: Italy menewaskan Jerman 2-0 dlm masa tambahan.....

Saturday, July 01, 2006

Pagi Julai

There I was on a July morning, looking for love
With the strength of a new day dawning and the beautiful sun
At the sound of the verses bird singing I was leaving for home
With the storm and the night behind me and a road of my own

With the day came the resolution I'll be looking for you

I was looking for love in the strangest places

There wasn't a stone that I left unturned

I must have tried more than a thousand faces

but not one was aware of the fire that burned

In my heart, in my mind, in my soul
There I was on a July morning - I was looking for love
With the strength of a new day dawning and the beautiful sun

At the sound of the verses bird singing I was leaving for home

With the storm and the night behind me and a road of my own

With the day
came the resolution I'll be looking for you

Nota kaki: Julai spt bulan-bulan lain juga...tak de beda...
salah satu yg aku ingat.. july intake...
sekarang dah masuk 1 Julai 2006, game antara
Germany vs Argentina tak habih2 lagi masih 1-1.
Aku harap Argentina akan melangkah jauh.....
dont cry for me argentina.....
Update: Argentina lost 2-4 in penalty shoot-outs...
mmm..team yg aku sokong asyik tumpo je...

Tuesday, June 27, 2006

Lain-lain

Bila seluruh dunia demam World Cup, lain-lain program kat TV selalunya kita terlupa tengok. Itu hari aku sempat tengok AF4,. Ok jugak persembahan sorang dua peserta dan lagu yg sdg kedengaran di blog ini adalah lagu dari seorang peserta malam tu...yg sebelum ini aku tak pernah dengar...menarik bila dibawa oleh peserta ini walaupun dgn tangan menggigil2.....

p/s: Brazil sdg mendahului Ghana 2-0 (half-time).....

Sunday, June 25, 2006

Pekan Lama dan teka meneka

Pagi minggu ini aku ke gombak. Singgah sat di old town kopitiam utk bersarap. Sbb pepagi sangat, aku mudah dpt tempat duduk .....kalau mentari dah tinggi, terpaksa berQ dsbnya aku takkan singgah. Bukan makan apa sgt, aku cuma pesan 2 telur omega setengah masak, kaya butter toast. Whitecoffee nya ngetop tapi aku lebih biasa dgn kopi O. Sedang aku makan, satu family dtg duduk di meja betul2 belakang aku..tapi bila family tu beralih tempat duduk betul2 menghadap aku...rupanya puan T dgn familynya. Dia masih perasan aku serta tegur dan tanya khabar dsbnya. Segan jugak aku dgn dia yg sememangnya memiliki PR bagus. Dia dah lama meninggalkan organisasiku dan kini berkhidmat di OUM.

Pee anakbuah aku ada sewaktu aku tiba di gombak. Pee penyokong Holland dan Argentina.
Untuk World Cup 2006 ni, bab teka-meneka aku suka jugak...walaupun jarang yg tepat..so, utk suku akhir.....aku teka dan susun spt kat bawah ni. hehehe.......

Nak tau apa Nostradamus predicts........klik di sini.

p/s: ketika entri ditulis, England vs Equador.....masih 0-0.

Thursday, June 22, 2006

Jangan bersedih

Paling laris di Timur Tengah

Sesuatu yg perlu dibaca (a must-read)...di kala kita berdepan dgn pelbagai ujian di dunia mencabar ini...penuh dgn nasihat dan panduan bgmn utk membendung dan menggantikan kesusahan atau kesugulan dgn pendekatan2 pragmatik yg memanfaatkan kehidupan. Mengandungi surah-surah dari al-Qur'an , hadith-hadith nabi (s.a.w,), kata-kata para sahabat dan cerdik pandai. Ia juga memuatkan kata-kata dari pemikir-pemikir dan ahli falsafah barat dan timur yang kebetulan selari dgn kebenaran.

This book, the culmination of deep and organized thoughts say to you in short: " Be happy, at peace, and joyful; and dont' be sad"

p/s: ketika entri ini ditulis, byk pop-ups yellow card...mungkin ramai yg bermain dlm tekanan agaknya.... Italy vs Chezc, Ghana vs USA.....team2 pilihan mlm ini......Viva Italia...Viva Ghana...hehe