Saturday, December 26, 2009

Menjenguk kembali

Termangu sekejap tadi, kerana terlupa kata laluan ke sini. Telah lama aku tak menjenguk ke blog ini.. masih seperti dulu. Kalau boleh aku mahu membuang sikap lama. Sikap tidak suka menjenguk kembali tempat-tempat di mana terpahat dan terukirnya beberapa kenangan dalam hidup.. Bak kata org dulu2, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Tidak menjenguk bukan bermakna aku telah lupa paloh hinai, charok puting, temangan, arau, jalan harimau..hatta kampung halamanku sendiri... tapi semua ini terjadi sukar untuk diungkapkan.

Sunday, September 13, 2009

Ada kala...

mee rebus tersohor di teluk ensen...


roti john ini utk dptkannya kena booking seawal 11.00pagi ..itupun melalui group booking :)
**Ramadhan dah tiga minggu berlalu, dan seharusnya dilalui dgn penuh keinsafan. Namun ada kala kita terkenang2 sesuatu kita suka.

Thursday, June 18, 2009

Sunday, June 14, 2009

Bukan Milikku

Sabtu, 13 Jun 2009; Balik dari Sg Buloh, singgah sebentar melihat pameran pokok-pokok bonsai di hari terakhirnya. Kreatif dan menarik...walaupun tak jumpa siapa tuannya..tapi aku salute dan ucapkan syabas atas daya usaha mereka.
water jasmine
water jasmine

Di antara yg mencuri perhatianku.... pokok asam jawa dan pokok mulberry.
Asam Jawa

Mulberry
buah2 mulberry

Dulu semasa di tempat kerja lama, banyak terdapat pokok mulberry ni...pernah juga aku memetik buahnya yg masak ranum. Kalau dibuat jus, mmg sedap...lebih enak dari jus roselle atau jus asam jawa.. Masa tu tak terlintas di fikiran yg pokok ni boleh dibonsaikan..
Tadi aku jenguk tempat kerja lama, pokok2 tu dah tiada kerana memberi laluan kepada projek pokok lain..


Wednesday, June 10, 2009

Wednesday, May 27, 2009

Alunan Pesona Akustika

Satu hujung minggu, di kala malam bulan tak mengambang...
merawat minda, menghilang penat di pantai
tatkala berhembusnya angin malam, bergemersiklah alunan pesona akustika...


Wednesday, May 20, 2009

Update: Serabai...

Baru jenguk koleksi corduroy mcbudu. Untuk tidak menghampakan pakyob..ini aje yg dapat aku koleksikan...bukan nak tiru pierce brosnan, aron aziz ...tapi sekadar nak kurangkan serabai esp. waktu pagi. Mmg ok pakai turbo ni.. Nyaman!
UPDATE 21 Mei 2009

Utk tidak menghampakan Mcbudu, inilah koleksi of my frags ...ada yg penuh ada yg dah kering...kdg2 pakai, kdg2 tidak...haha..pakyob paham le tu..
RL Silver, Polo Blue, Loccitane, AMen,Black Code, Platinum Ego, Tuscany, TerreDHermes, ADGio
(My top 5 ranking: Platinum Egoiste, Black Code, Polo Blue, ADGio, Hermes)
Minyak But-but, Minyak Kapak, Gamat Gold, Minyak Herba

Korang punya camana pulak .....boleh buat car boot sales ?

Saturday, May 02, 2009

Waktu sengkang

Aku mmg suka ambil gambar tapi bukan gambar sendiri...cuma apa yg ada di sekeliling. Objek-objek adalah tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar, kerana agak mudah, tidak bergerak. Kecuali sekali-sekala ditiup angin sepoi sepoi bahasa agak mengganggu fokus, walaupun guna point and shoot compact camera. Entah bila aku akan memiliki yg canggih.
Keratan asal Epipremnum aureum 'marble queen' ini diambil dari meja seorang staf di Pejabat Tanah Teluk Intan sewaktu aku berkhidmat di sana tahun 1987...


Saturday, April 18, 2009

Damai Dalam Hijau

Seperti dijanjikan di entri terdahulu...inilah yg sempat utk diabadikan di blog ini bbrp my so-called bonsai dan adenium. Dlm pelbagai jenis tanaman yg boleh dibuat bonsai, aku lebih suka wrightia religiosa atau water jasmine atau melati jasmin atau shue mui. Ntah mengapa bila melihat dahan, ranting dan daun-daunnya yg hijau....akan datang suatu perasaan teruja yg damai. Ia juga satu tumbuhan yg mudah dimain (dibentuk2) yg agak lasak ...
wrightia religiosa dalam jar je...12 tahun, tgh salin daun.

ficus spp..ara ginseng..

antara koleksi hijauku dlm kesuntukan waktu

tunggul wrightia dalam probation...

tot ...bougainvillae ini dah 15 tahun, grafting..atas lain bawah lain.....

wrightia berganti daun...

ambil dari pee..buat transformasi sikit..

Adenium
Ada yg panggil desert rose, ada yg panggil kemboja jepang....dan aku teruja melihat tanaman ini bila ke rumah seorang rakan satu ketika dulu. Aku tertarik krn setiap pokok ini punya personaliti tersendiri dgn bonggol-bonggol yg berbeza antara satu sama lain.

Ada isteri jiran aku kata, ini pokok ong...dia kata kalu pokok ini berbunga suaminya akan dapat payment, kontrak besar, sekarang pokoknya tak berbunga dan suaminya sengkek...(mana nak berbunga kalu letak di tempat teduh....) Ong atau tidak, ia bukan motif aku...
adenium seedlings - benih dapat dari seorang apek di taiwan. Bbrp seedlings mati akibat terlebih air..

adenium yg dah buat grafting..dahan lain bunga lain..sentiasa berbunga..hehe..
( tuannya dpt payment (gaji) setiap bulan..)

Hobi ini sesuai utk org pencen. Utk aku, hanya bbrp minit sehari dapat diluangkan. Agak sukar utk memberi komitmen yg tinggi, sbb pergi dan balik kerja dalam suasana yg gelap.

Thursday, April 02, 2009

Harga masa

Memang malang kalau kita selalu leka alpa dan terlena. Setiap saat akan berlalu kosong tanpa meninggalkan sebarang ingatan apatah lagi sejarah. Alangkah baiknya jika dulu kita membuat sesuatu agar ada tanda kita begitu menghargai masa. Masa itu emas..tapi masa tak dijual di kedai emas...hahaha..

Masa tak boleh dijual beli, tapi kalau kita ke pusat-pusat bonsai, jika kita tanya kenapa mahal sangat harga-harga bonsai di situ, jgn gelak atau terkasima kalu apek atau ahsoh bonsai tu berkata "kita olang jual 'masa' maaa ! " haha...
Well, cerita pasal bonsai ni....(mmg aku suka). Nntah kenapa dulu walaupun aku minat tapi tak pernah serius utk main bonsai ni.. .mungkin dulu pada aku it's a rich man's hobby. But lately, minat itu kembali bersemarak, mungkin faktor usia kot... Atau mungkin juga sbb tak dpt memiliki kereta mewah, kediaman mewah ....memadailah dapat cuba membela tanaman berimej mewah ni .
antara bonsai yg murah di nursery....murah2 pun, ratus gak..:)

Yg pasti aku takkan berabih duit membeli yg ready-made.. itu bukan aku, kalu ke pusat bonsai aku sekadar beli material je...atau congkel tips dari apek ahsoh ttg bonsai ni. Tak lupa juga dgn ilmu-ilmu asas.. yg aku sangat gembira, bersyukur dan terharu yg aku pernah belajar ini semua...plant physiology, plant pathology, crop husbandry, agricultural science etc. Walaupun tak score macam mcbudu dan member yg lain..aku tak sia-siakan apa yg aku tau..
one of my so-called bonsai plants...yg dlm proses botak


next: more of my poor bonsai collections plus adenium seedlings


Tuesday, February 17, 2009

She's Gone, Arau & Halligang

Zaman silam di Arau dulu, aku kdg-kdg suka dengar radio FM siam.Yg bestnya FM siam ni, ada slot lagu-lagu rock yg top dari Scorpions, Rainbow, Led Zeppelin, Queen etc. Masa tu di radio rtm rasanya tak tubik lagu-lagu tu..mungkin penerbit2 radio kita tak rock kot. So, aku memang suka layan FM siam tu. Rasanya mcbudu pun pernah dengar, kan? Selalunya aku lepak di bilik Zul...junior tapi senior 2 tahun dari segi umur. Zul penggemar music rock yg tegar. Aku byk mengenali lagu-lagu rock pun dari Zul...dan citarasa musicnya boleh ngam dgn aku. McBudu tak brp dengar lagu genre tu..dan dia lebih rapat dgn James Ludin, yg menjadikan biliknya studio music yg canggih..hehe..

Di radio FM siam masa tu aku selalu dengar satu lagu jiwang yg begitu menyayat hati tapi kelakar pulak. Aku tak tau tajuknya dan siapa penyanyinya..namun ia selalu berkumandang. Radio siam tu pulak main lagu-lagu je, tanpa DJ menghebahkan bijik butir lagu ...aku tanya Zul tapi malangnya Zul pun tak tau tajuk lagu tu..yg dia tau itu suara ozzy osborne...nak check satu-satu lagu dia ni, tak jadi study pulak aku .... Sbb gaya dan pembawakan group ini agak heavy pada aku..So, aku tak beli le kaset-kaset mrk.. Bebaru ni aku terklik satu mp3 di internet ni.....Rupanya itu le lagu yg aku selalu dengar dulu... dan lagu itu bertajuk She's Gone - Black Sabbath (vocalist ozzy osborne)dirakamkan dalam tahun 1976..

one of the most depressing songs I've ever heard.....

Dlm era ini..sesuatu yg jadi misteri di zaman silam, kini berada di hujung jari....

Halligang yg dah lama tak jumpa pun boleh jumpa ....haha..
Arau...circa 1981-82

Tuesday, January 06, 2009

Bai dan bawang-bawangnya

Hari minggu baru ni aku jalan-jalan di pasar malam dekat rumah..mak aii ramai sungguh muka-muka asing. Kalu nak tgk ramainya, silalah ke pasar malam berdekatan. Mrk ni especially mamat bangla suka bebenor berkerumun di gerai-gerai sayur. Herbivores kot diorang ni....Penjual-penjual sayur memanggil mereka dengan panggilan "bai". Menariknya sejak kewujudan mereka di bumi M'sia ni ada bbrp jenis sayuran yg sebelum ni aku tak pernah tengok kini ada. Aku pernah tanya kat penjual sayur, sayur2 tu sayur apa..depa kata sayur bangla...aku tak sempat nak ambil gambar sbb diaorang kerumun. Lain kali aku nak try beli sayur-sayur pelik tu...

Satu ketika dulu rumah sewa aku berdekatan dgn rumah sorang mamat bangla yg ditempatkan oleh taukenya.. Sbb mamat ni jenis ok, aku selalu gi borak-borak ...dia pulak suka citer pasal kampong halamannya, keluarga, filem-filem hindustan (ingatkan org kita je yg tgk hindustan)....Ada satu masa tu aku jenguk ke rumahnya, dia tgh masak makanannya..dah siap masak beria-ia dia suruh aku rasa makanan yg begitu dipujinya enak...utk tidak menghampakannya, aku pun cuba rasa...ok la..tapi bila dia suruh tambah lagi..aku kata dah cukup..hehe...

Pernah satu ketika ada satu mamat bangla naik basikal dekat rumah sewa tu...berhenti..dan tgk-tgk aku pulak...pastu dia tanya "bangla?"....aku pun menggeleng kepala...hahaha.....

bai di pasar malam

Bai-bai ni esp yg baru sampai... kalu berjalan selalunya dlm barisan...pehtu sorang pikul guni bawang, sorang pikul guni kentang, sorang bawak sayur2..hehe main guni-guni...Sorang member aku pernah tengok rumah group bai ni...dia kata kat tempat tidur diorang pun ada guni bawang besar, kentang,..haha..begitu tak dapat dipisahkan.

Ckp pasal kentang, tadi aku pekena kentang grill ....senang je. Potong kentang mcm wedges KFC tu, rebus sekejap (dlm microwave), pehtu sapu butter sikit..dan grill.

grilled potatoes

Pehtu sprinkle sikit garam , peppercorn...makan dgn steak ke, burger ke..(grill jugak)...boleh makan dgn sos lada hitam, mayonaise etc..
Siap utk dimakan