Wednesday, January 23, 2008

Anak kucing lagi....hehe

Walopun hari ni public holiday..Thaipusam, aku bangun awal jugak sbb ada kerja sikit perlu dibuat kat ofis. Tapi tak le awal sangat, jam 8.30 pagi. Nak keluar awal, boleh singgah minum kedai mamak pekena teh tarik dan roti banjir cukup la..

Waktu aku nak melangkah keluar, aku tengok melalui sliding door ada 2 ekor anak kucing bergolek atas alas kaki. Rupanya eldivo....yang aku lepaskan hampir tiga minggu lepas. Aku tgk 2 ekor tgh sedap tidor kat alas kaki betul2 depan pintu, dan seekor lagi tgh main manakala ibunya yg garang cam nyonya mansor tu tgh dok lepak bawah kereta. Mmmm..problem ni. Aku tgk sekarang tinggal 3....mungkin seekor dah dibaham kucing jantan atau anjing. Sebelum ni pun aku rasa nyesal gak sbb lepaskan kesemua 4 ekor tu..Kali ni tak byk fikir aku terus cekup sekor dan bawa masuk kandang...ibunya tak sedar kot. Kalu dia pandai mengira, dia tau le seekor anaknya dah kena catnap..

Aku pun heran camana depa ni boleh datang ke rumah aku dan selamba je tido depan pintu....padahal ada berpuluh-puluh lagi rumah kat taman perumahan ni, yg tuan rumahnya lebih loaded dan lebih berbudi pekerti dari aku.... Memang selepas aku lepaskan eldivo ni pada 3 Januari 2008 lepas, ada juga aku cuba meninjau kat belakang rumah, kat lorong2..tak jumpa setabok pun. Sampai ada satu Ah Soh tu tgh masak kat dapornya panik semacam bila nampak aku melintas belakang rumah dia. Sampai laki dia tanya aku, cari apa? Aku kata anak kucing...hehe...kalu dia banyak tanya aku cakap le anak kucing Exotic Shorthair harga RM10,000....

Lepas aku cekup yg sekor tu, yg dua ekor lagi menyelinap masuk dalam engine compartment kereta aku yg sempit-sempit tu..Nak tarik dgn tangan tak dapat...Nasib baik aku tau guna senjata yg mustajab,..hos paip air je..so, aku halatujukan hos paip air kat depa yg menyorok2 tu..terus terjun lari mcm lipas kudung dgn siibu sekali masuk longkang bawah kolong...

kena catnap...

gambar kecil: setelah 20 hari (yg mana satu?)

Yg kena cekup ni garang semacam. Bulunya pulak lebat panjang,...kalu jual, mau cecah RM1K ni...hehe....Yg aku tau ibunya berbulu pendek (spesis kampung menggadai nasib di bandar), bapaknya mesti yg bulu panjang hidung kemek...bila terpandang aku je, terus lari, macam takut je., sah-sah tak mau bertanggungjawab. Lahirlah budak tu, tak ada surat beranak (non-pedigree)..
Aku tak tau betina ke jantang...Disebabkan kena cekup pd hari Thaipusam, kalu betina bolehlah dinamakan Amanda Pakiam Lea Variammah, kalu jantang...Gucci Felix de Ramasamy....Classic dan exotic kan?...:))

Wednesday, January 02, 2008

Anak-anak Kucing Jalanan

Semasa hujan lebat petang semalam, aku terdengar bunyi anak-anak kucing dari arah belakang rumahku. Bila aku jenguk melalui tingkap aku tengok ada anak-anak kucing sedang merangkak-rangkak lemah dalam longkang. Tak sampai hati membiarkan mereka lemas dalam hujan yg lebat tu. Mau tak mau walopun aku turut lenjun, aku pungut sekor demi sekor, lalu aku lap dan aku letakkan atas tuala2 buruk.

el divo posing
Aku tau ini mesti anak2 betina jalang yg suka merayau2, anak2 ditinggalkan. Dulu pernah ada 4 ekor anak, tapi semuanya telah mati...ada yg mati lemas dalam hujan, ada yg kena langgar, ada yg kena baham dgn kucing jantan dan anjing. Ibunya sendiri pun susah nak caya. Mmg kat luar tu banyak dugaan...

Kali ini aku cuba cari ibunya yg liar dan garang giler tu..walopun aku rasa tak mungkin aku boleh dekatnya, silap2 aku disergah. Anak2 yg dulu pun sgt liar sbb ikut tingkahlaku ibunya. Yg ini masa kuyup nampak ok, tapi dah kering mula tunjuk taring...
Nak aku lepaskan budak2 ini, aku tak yakin riwayat mereka bertahan lama. Nak bela, kena ada komitmen... dan petang ini pun hujan lebat lagi.....
Update: 3 Jan 2008 - Anak-anak kucing ini aku letakkan di luar rumah setelah ibunya meroyan, mengiau-iau sampai memanjat tingkap. Lepas aku letakkan di luar terus digonggongnya dan disorok tak tau di mana.
**** Walaupun perkara ini sekadar picisan buat sesetengah orang, aku sebenarnya tertanya-tanya....sama ada wajar aku melepaskan anak-anak kucing itu kembali kepada ibunya. Jika aku pelihara, akan berdosakah aku memisahkan mereka dari ibunya? Tak mungkin aku memelihara siibu sekali disebabkan ibunya mmg garang.

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Datang 2008

Tak ke mana2 malam sambutan tahun baru ni, sekadar pekena teh tarik dgn mayudin dan halim, pekena juga juga lempeng, roti arab, dan nasi ambeng (sempena ambang 2008)...Sewaktu balik, terkandas di tengah jalan ketika jam menghampiri detik 12 tgh malam. Byk keter bersusun di pinggir jalan dekat kompleks shopping arah ke rumah... di tgh jalan keter2 tak bergerak, walopun boleh bergerak tapi saja diorang tak mau gerak sbb nak tengok pertunjukan bungapi, sabar ja lah.... walopun tak sehebat pertunjukan bungapi di KLCC, Dataran Merdeka atau New York, ia tetap meriah...
Begitu riuh deejay Hilmi the Gimmick dgn countdownnya...Aku cuma tgk dari dlm kereta, dan bila tiba detik 12 malam, bunyi dentuman2 dan percikan2 bungapi bersemarak tinggi. Percikan2 api tu seakan jatuh mcm nak menimpa aku yg tgh terkandas, saspen gak...
gambar amatur.. .
Tahun 2007 telah pergi, tahun yg aku rasa paling singkat dan kini pergi tak kembali lagi. Selamat tinggal dan terimakasih 2007 akan segalanya. Selamat datang 2008, semoga membawa kabar2 yg gumbira buat kita semua.