Thursday, December 04, 2008

Kisah Motor

Petang semalam merupakan waktu yg getir dan aku rasa kecewa berbaur sedih dengan apa yg berlaku. Dua staf terbabit dgn kemalangan jalanraya sewaktu pulang kerja. Mereka adalah org2 harapan aku, dan mereka adalah anak muda yg baik. Bila aku dapat berita mereka terlibat kemalangan dan kedua-duanya masih terlantar..seorang di tengah jalan dan seorang di tepi jalan dengan motor masing-masing yg tercampak dan berkecai..aku jadi tak menentu. Bergegas aku ke lokasi kejadian. Dalam perjalanan, byk sms dan calls dtg bertalu..tolong mintakkan lori dan sbgnya..Hujan pula renyai-renyai..Mereka telah dibawa ke hospital oleh ambulan sebelum sempat aku sampai.

Setelah uruskan motor-motor mereka yg separa berkecai, aku bergegas ke hospital. Aku tgk ramai org2 pejabat dan ahli keluarga mrk berada di sana. Ketika itu seorang drpnya sedang dijahit oleh doktor dan dimaklumkan bahunya patah, dgn keadaannya yg separa sedar dan mata yg hampir terpejam, aku tgk darah masih mengalir dari leher yg cedera... aku jadi begitu risau....seorang lagi keluar dari bilik xray, sebelah kaki dan satu tangannya patah..Lama juga kitorang berada menunggu doktor menyelesaikan tugas. Bila kedua-duanya selesai dibawa ke wad..aku pulang ke rumah dengan fikiran berserabut dan keadaan yg berserabai, mohon tiada perkara yg lebih buruk berlaku ke atas mereka.

Sampai di rumah, aku dapat sms dari seorang anak buahku pula yg bagitau seorang anak buahku Syafiq jatuh motor di Johor... oohh, aku jadi bingung sekejap dgn kejadian demi kejadian ini.. Aku terus bertanya khabar dgn abangku. Syafiq jatuh motor kerana ke kedai membeli tepong...pahanya cedera dan akan dibedah.

Siang tadi aku melawat kedua-dua staf, dan mereka kini telah sedar. Luka-luka telah dijahit sepenuhnya dan seorang lagi telah dibedah kaki. Begitu juga syafiq di Johor, telah selamat dibedah dan keadaan kini lebih baik dari semalam.

Sewaktu aku menerima berita2 sebegini, aku membayangkan kenakalan mat2 motor berlumba di jalanraya. Tapi ada kala, sebenarnya kenderaan-kenderaan besar lain yg tidak pernah bertimbangrasa kepada penunggang motor. Kenderaan yg lebih besar seperti kereta/van suka menghimpit atau keluar simpang tanpa memberi laluan kepada penunggang motor... Apakah di mata mereka nilai penunggang motor begitu kerdil ?

Aku pernah jatuh motor sebanyak 3 kali sepanjang hayat...
Kali Pertama: Terbabas ke dalam semak semasa praktikal di Kuala Hau Kelantan bersama Azizi. Belajar bawa motor dgn Azizi.
Kali Kedua: Terlanggar anjing yg tiba-tiba melintas (semasa berkerja di Caruk Puting). Aku tertiarap di atas jalan. Lutut dan tapak-tapak tangan tersagat ke jalan..Kaki anjing pula tersepit pada rim tayar. Sambil menahan sakit aku memaki tuanpunya anjing yg tak pandai jaga anjing dan menyuruhnya melepaskan anjingnya yg sedang meraung-raung tersepit di tayar motor tu. Kesian, anjing tu cacat dan tempang selepas itu...
Kali Ketiga: Semasa berkerja di tempat sekarang, jatuh sewaktu pulang kerja dalam hujan renyai...akibat berbelah bagi nak berhenti berteduh atau tidak...akhirnya aku jatuh menggelungsur di jalan kerana keadaan selekoh yg berpasir. Org kata, jatuh bodoh sendiri2. Tapi itulah jatuh paling sakit...luka di tangan dan kaki...Kawan bawa ke klinik naik kereta..Malamnya sakit berbisa-bisa..bandage seminggu.. Kerana aku tidak pergi kpd jurupulih atau tukang urut, sampai sekarang masih terasa sedikit kesannya.

Aku boleh bayangkan tempat-tempat aku jatuh tu. Betullah orang kata, tempat jatuh lagi dikenang...
Foto 6 tahun lepas (kepunyaan exhousemate- Rizal)..tak byk species ni.


Wednesday, December 03, 2008

Makan

Bila makan di rumah, aku makan sesimple yg boleh. Tak seperti makan di majlis kenduri kahwin anak boss sabtu lepas. Di majlis itu, aku hairan kenapa Amir yg sdg khusyuk tunduk makan di sebelah aku mendengus dan merengus serta menggeleng2kan kepala ..Aku tanya "kenapa kamu Amir?". Amir menjawab ringkas ...Sedap!" sambil meneruskan makan. Selepas selesai makan aku minta dia huraikan tentang perkataan 'sedap' tu. Dia kata makan di majlis kenduri selalunya mengecewakan, tapi tidak di majlis ini. Ya, aku admit...mmg sedap, ada ayam goreng berempah ala ghulam rasul, rendang daging, gulai kambing dan lain2. No wonder aku makan second round pd waktu petang (boss sendiri suruh). Bila balik dibekalkan pulak berkat (tapau) tapi tak selengkap di majlis...

Cerita pasal majlis tu, aku dapat jumpa Mak Esah big apple fuji ..how I missed a motherly boss like her. CikPutri, Cik Su, En.Bakar (exbosses and boss of PakYob, boss tumpang aku gak) pun ada..cuma Pak Yob aje yg aku tak nampak.

Ada bbrp orang kata pelamin majlis kahwin tu cantik...tapi aku kalu ke mana2 majlis kahwin tak pandai nak judge benda pelamin ni.

Yg aku ambil tahu adalah makanannya..
jamuan hampir habis di penghujung majlis...

bukan kenduri...ini sendiri punya ini malam

Sunday, November 23, 2008

Midnite melahu

21 Nov 2008: Kebetulan esoknya hari rehat. aku join member2 lama tempat kerja ke tgh KL. Jalan-jalan, borak isu semasa, pekena sup di jalan doraisamy sambil dihiburkan pemuzik jalanan, 'buskers'... Member semeja yg kurang minat muzik pun boleh terkagum dan dgn relahati bangun menyumbang ke dalam topi mamat2 buskers tu. Mmg impressive.. tapi agak berusia dan personaliti pulak biasa je..tu agaknya recording company tak mau ambik...Terlupa pulak aku nak snap foto. Peminta sedekah pun ramai di sini.

KLCC

KL Tower yg bertukar2 warna

Dari jln doraisamy aku ke bintang walk. Miski jam melewati 1.00 pagi, keadaan di sini juga agak happening. Di samping warga KL, ramai pelancung timur tengah. Kedai makan arab, morocco, turkey dan yg sewaktu masih sibuk. Peniaga-peniaga kecil pun masih rancak berniaga. Pelbagai ragam spt penjual ubat, aksi jalanan, magic, memeriahkan suasana. Kalau kaki lenguh berjalan, refleksologi dan urut tepi jalan banyak di sini.

street show....the gold man ...konon ada midas touch.....hehe..

pekena teh tarik

teh tarik berbelang...sedap ...

sambil minum ada band yg memberi hiburan percuma ( dah termasuk dlm harga teh tarik..)



Bye my love, my babe is leavin' me
Now, only tear drops are all that I could see.
Ooh, ooh
Got a one way ticket to the blues



Gambar2 dirakam melalui cameraphone... kira ok.....tapi kualiti video sgt bertaraf amatur....

Tuesday, November 18, 2008

Makan mudah & murah

Pasal makan memakan ni, aku bolehlah dikategorikan sbg jenis yg tak memilih jugak. Kalo nak diikutkan aku mmg suka makanan yg mudah. Contohnya, makanan berasaskan telor, baik telor rebus maupun telor goreng. Tak jadi masalah......heheh..
Sejak dua menjak ni aku agak keberatan nak makan di luar, sementelah lagi tahap keberatan badan aku yg kian bertambah membuatkan aku lebih berhati-hati kerana makanan di luar ni byk sgt bahan-bahan subversif yg boleh memudaratkan. Harganya pula kdg-kdg di luar jangkaan....dan yg aku tak suka, selalu ia tak mencapai tahap piawaian citarasa aku, sekadar boleh makan untuk hidup saja.

Walaupun tak sehebat jamie oliver naked chef, balik kerja petang tadi aku agak rajin dan aku pulak terkenang sejenis makanan thai yg dah lama aku respect. Bukan respect apa, cuma cara penyediaannya agak simple tapi hasilnya agak memberangsangkan jugak..maksud aku, menyelerakan. Di gerai-gerai tomyam di kajang, gombak, bangi aku tak jumpa masakan ni...mungkin diorang tak tau kewujudannya, ataupun diorang di sini berasal dari siam selatan...yg aku makan tu di siam utara.

Makanan ni aku pertama kali makan semasa di utara thailand suatu ketika dulu...Waktu tu tengahari, van yg aku sewa, singgah di suatu tempat makan pelancong...dan ketika itu aku tersangatlah lapar sbb pagi sewaktu di Chiangmai aku tak sempat nak bersarap krn terpaksa kejar van nak pergi ke chiangrai, golden triangle dan masae (myanmar border). Waktu makan tghari, van yg aku sewa tu singgah di suatu tempat makan pelancong berhampiran golden triangle. Pemandu van kata pelancong2 muslim pun makan di situ, yg pada masa tu aku tgk penuh sesak dgn pelancong-pelancong yg rata-ratanya dari barat. Ada le tiga empat kerat muka siam/melayu. Pelbagai makanan buffet dihidangkan.....tapi aku cuma ambik buah-buahan, nasi dan sejenis salad telor.

Salad ni simple, tak sampai 10 minit boleh siap.. Ingredientnya....typical siam,...ada jus limau nipis, cili api dan nampla..Namanya aku tak ingat, tapi lebihkurang... salad telor goreng siam. Kalu sesiapa yg gemar somtam, mmg sesuai sangat...

salad telor goreng siam - 18 Nov 2008

Sesetengah makanan thai mmg kena pada selera aku..dan aku masih terkenang satu lagi makanan yg aku makan di sebuah gerai muslim di patong beach phuket ..namanya aku ingat 'fried prawn with basil leaves'. Tapi yg ni aku tak tau kaedah pembuatannya ...Apa-apa pun, bak kata pepatah tua...jgn hidup utk makan tapi makanlah yg selamat untuk hidup....dak gitu?

Friday, November 14, 2008

Lapar perut....

14 Nov 2008: Balik kerja..hujan. Lapar perut le pulak......

sekali-sekala apa salahnya


Lagi pun tak pe....
green tea hok ni mungkin dpt membantu....

Wednesday, November 12, 2008

Hangat-hangat ayam percik

Dah seminggu lebih kaki aku sakit. Ngilu dan berdenyut kalau nak melangkah. Aku rasa mungkin angkara badan yg dah semakin berat tanpa kawalan ni. Sebelum puasa hari tu 70 kilo, la ni dah 75 kilo.

Kalau masa dulu, bersusah payah cari product weight gain, lysine, multivitamin dsbnya tapi habuk pun tarak. Cekeding je..Sekarang ni senang sangat pulak jadi giant..
pandangan dari ayam percik depan Giant

Sebut pasal giant...Satu hari tu berkobar-kobar nak skip makan malam ..nak try makan salad je...cuba tiru kambing..so aku pi Giant, kot ada jual salad yg dah siap pack tu. Tapi hampa...tak de pun menatang tu. Masa keluar dari Giant tu aku nampak restoran ayam percik cawangan dari Kota Baru..dulu dah pernah try. so utk kedua kalinya aku pun selamat pekena ayam percik tu...

sekarang tgh kumpul semangat balik.....jaga makan. Makan bila perlu, dan makan apa yg perlu dimakan je..

Thursday, October 30, 2008

Baju Melayu

Hari Raya baru ni tak sempat nak tempah baju melayu. Beraya dgn baju lama je. Petang Sabtu 24/10, aku free, tersinggah pulak kat tailor yg agak terkenal di kalangan selebriti.. Kebetulan customer tak ramai masa tu..aku pun tanya, kalau nak pakai dlm masa 5 hari boleh siap ke, sbb ada majlis kena naik stage.. Sedang aku bertanya-tanya tu ada panggilan utk dia, sekali-sekali dia mention pasal persiapan mawi dan sebagainya. baru aku tau yg dia pun involve majlis nikah mawi.. Aku tak kisah le kalau tak boleh....tapi dia kata okay no problem, boleh siap pd 29/10. Mmg tailor yg friendly dan byk beri pandangan nasihat etc. Material dan warna aku minta dia pilihkan yg sesuai..aku bab warna ni mmg fail, heheh... So, dia syorkan warna hijau, katanya cool.....(kali terakhir aku pakai baju melayu warna hijau ialah masa aku form one, mula-mula dok asrama..hahaa. Masih ada dlm simpanan..)

Tempahan aku ditandakannya urgent, dan bila nak tulis nama aku dalam buku order tu...dia pun tanya aku, " nama abang??..lupa le.." Mmm.....mcm pernah ingat nama aku... heheh..biasa ler tu, kata-kata pelaris..

Pada 28/10 dah siap, sehari lebih awal dari target date..

Yg terkini, yg hijau masa form one ...
dan yg kecik cinonet..



Thursday, October 16, 2008

Kisah Apek dan Banjir Kilat

Jam 6.00 petang semalam, setelah urusan bank, hujan punya lah lebat...terpaksa aku lepak di kaki lima bank tu. Ada seorang apek tu berborak dgn aku. Dia pakai basikal ..katanya dia pakai basikal sejak minyak naik harga dulu. Skang dia dah syok naik basikal hari2. Dgn bhs melayu yg fasih, mcm2 hal dia cerita...dari basikal nya, anaknya di hongkong, org melayu, org cina dan mcm-mcm lagi.

Hari-hari apek tu berulangalik dari rumah ke kedai perabotnya guna basikal. Basikalnya ada macam-macam katanya...ada mountain bike..ada yg boleh lipat dsbnya. Kalu dulu setiap bulan duit minyak RM400, sekarang keretanya guna minyak tak sampai RM50. Mula aku ingatkan dia ni cikgu pencen sbb kemahiran berbahasa melayunya. Menurutnya, dia dulu kerja oil & gas (BP). Pernah kerja di US, China, Vietnam dan mcm2 negara disebutnya.

Dia juga musykil kenapa di M'sia ni asyik tukar2 penggunaan bahasa penghantar utk matematik, sains etc. Dah elok-elok guna Bhs Melayu tukar Bhs Inggeris..kemudian tukar dan tukar lagi. Negara Jepun, Perancis, Jerman yg guna bhs sendiri tak mundur pun...tak dengar pulak bank-bank utamanya lingkup. Lagi dia kata, org M'sia ni tak kira apa bangsa pun dah elok adat timur...suka sgt ikut cara barat....

Katanya M'sia ni 51 tahun merdeka, aman makmur, ..skang takde kecoh2, kalu ada pun pasal hinddraf je..tu pun sikit jer. Dia pun heran naper tak ada lagi bullet train yg hubung utara selatan timur barat.. m'sia kecik je..lagi senang nak laksana...betul pun,..awat la tak da.. kalu tidak aku dok perak keje selangor tak payah beli rumah bagai..

Sdg asyik dengar borak apek tu, aku tgk berlari-lari org ke arah ke tempat parking ..rupanya masing2 nak menyelamatkan kereta....kereta aku pulak lebihkurang 100m jauh di blok belakang. Dlm hujan lebat tu, aku terus permisi dgn apek tu..Rupanya di blok belakang sana dah banjir, air dah masuk ke kedai2. Aku randuk jugak sambil teraba2 takut masuk longkang....sampai ada macha tu ckp kat aku.."baik2 boss, ada buaya..." Ceh, lawak konon..(dlm kepala terfikir gak, mungkin ke ada buaya dari sg. langat sesat?)...Tapi part dia panggil aku 'boss' tu, aku tak brp suka..kim salam le..
First time terperangkap dlm banjir kilat...jln raya mcm sungai dgn air mengalir deras..kereta terpaksa panjat bahu jalan. Satu petang yg mencemaskan..selamat sampai rumah 8.30mlm. Moral of the story: Jgn singgah di pekan kalau hujan lebat..



Banjir Kilat

Tuesday, October 07, 2008

Hutan simpan tropika

Sempat juga pada hari ke 5 aidilfitri hari tu aku membuat operasi penyelenggaraan hutan simpan depan rumah. Waktu tu org lain masih sibuk beraya ke sana-sini. Tak kira la land clearing ke, spring cleaning ke, semua perlu daya motivasi yg tinggi. Dengan bantuan kaum kerabat yg dtg, berjaya le juga operasi tu.. kalu buat sendiri mmg semput dibuatnya.

Semput tu sememangnya semput..dan kualiti udara pun semakin teruk di kawasan ni, projek menarah bukit la, bahana jerubu la...habuk biasa le...Kalu dok kat kampong tepi sungai perak ok kot.....Nak cari air sterilizer, tak tau berkesan ke tidak..
Gambar Hiasan: Kawasan Merokok (smoking garden) di PICC

Friday, October 03, 2008

Ampun Maaf di Aidilfitri

Tahun ini tak balik kampong, aku beraya di Gombak. Sudah byk tahun aku meninggalkan suasana beraya di kampong di Perak. Agak menyedihkan terutama bila dapat SMS dari Din yg bertanya 'tak nak jumpa kawan-kawan lama ke? Din berkerja di pejabat tanah teluk intan..katanya kawan-kawan lama ramai juga balik....Tak tau nak jawab apa, cuma dari jauh kupohonkan ampun maaf...tak dapat kita bersama, meraikan Aidilfitri yg mulia..(spt kata lagu arwah Sudirman..).

Bagi aku, yg touchingnya beraya di Gombak, di setiap pagi Aidilfitri...selepas mengenakan baju raya, ada sesi bermaafan atas semua salah silaf, halalkan makan minum segala kpd yg tua. Tahun ini pula sesi bermaafan berlangsung selepas sembahyang raya. Seperti biasa suasana agak mengharukan bagi yg berkenaan...Menitiskan airmata tu perkara biasa ..tapi aku cuma control sebak je..

BangCik (adik) memohon ampun maaf drp Kak Yong..
(sesi agak lama sbb ada penjelasan dari kedua belah pihak..hehe)

Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yg berkunjung di blog ini. Teristimewa buat McBudu, Pak Yob, Sarahjiha dll.. Buat McBudu sekeluarga kalu ke pekan Teluk Intan, selamat pekena mastan ghani..jgn balik Bidor asyik nak tidor...dan kepada PakYob sekeluarga dan Sarahjiha sekeluarga kalau balik menghala ke utara nun, jgn terlajak ke siam pulak.
Maaf Zahir Batin.

Wednesday, September 24, 2008

Lesap dalam kecuaian

Hingga ke hari ini aku masih tercari-cari di mana aku letak CD case yg penuh dgn CD lagu favourite aku...ori pulak tu....versi pasar malam aku letak dlm satu case lain...Pelik aku. Mungkinkah mamat-mamat kerala carwash yg basuh keter aku sebelum puasa hari tu...Masa tu 4 orang basuh keter aku ..cam keter VIP je, puas hati, yg best RM7 je. Kat tempat tu ada 7 carwash..dan aku pilih tempat tu sbb selalu keter Merc dan sewaktu berlanggan di situ.

Masa diorang mengerjakan keter aku, aku pulak pi minum kedai mamak. Kalu macha-macha tu ambik aku terpaksa respect ler kat diorang sbb memilik taste yg sama dgn aku .....Seorang kawan aku pernah hilang spek hitam Rayban....dia perasan bbrp hari selepas hantar keter kat carwash.. Tapi malang gak sbb spek tu ada 'power'.

Atau mungkinkah aku yg terlupa.. letak kat mana masa aku bawa kuar masuk rumah. Tu yg aku masih mencari dgn rasa yg pelik ni.....

Camana pun hari ini pulak aku terjumpa sebuah buku yg aku sangka dah lesap sejak tahun 2004 lagi...puas aku mencari-carinya, ..buku ni aku beli bulan jun 2004, RM49.95...mahal gak tu..

tajuk buku ni cam perli jer..

Tapi satu lagi benda sampai la aku tak jumpa....drill yg aku guna kalo nak mendrill dinding...ntah mana gerangannya...Nak wat camno..

Friday, September 12, 2008

Salam Ramadhan

Sedar-sedar dah nak dekat separuh perjalanan Ramadhan ini... Ramadhan, bulan yg indah bagiku....terkenang masa dulu-dulu. Aku telah berpuasa di kampong, di Tiger Lane, Ranee Estate (Arau), Jabor Valley, Bangsar, Desa Seroja, Sri Intan dan byk lagi tempat yg aku dah lupa...semuanya meninggalkan kenangan...

Kini puasa datang lagi, aku teringat rakan-rakan yg telah pergi...spt arwah Latifah, gadis di kampongku yg berhijrah ke kota metropolitan telah lama pergi.. Arwah Ben, walupun aku tak se rugged beliau tapi dia masih menganggap aku sebagai kawan yg baik. Arwah juga pernah menjengukku semasa aku di Desa Seroja..selepas itu aku tak ketemunya lagi..sehinggalah bbrp tahun selepas itu aku dimaklumkan oleh McBudu yg beliau telah kembali mengadap Yang Maha Esa.

Betapa kini aku terkenang mereka yg telah pergi. Al-Fatihah.

Friday, July 04, 2008

It's messy all over

Around me everything seems not in order these days...

and I found this on the net.....

A boy approached a girl and asked her what he can offer her. Since they are very near a mee stall so they decided to have mee instead. Before reaching the stall, the boy asked the girl. Do you want Mee Soup, Mee Bandung, Mee campur Rojak or just me.
On hearing this, the girl left the boy and scooted away. But since this boy is hungry, he proceeded to the stall. And when asked what mee he wants - he said sodo mee.


If there's a stall selling that kind of mee..the stall must be creative and innovative enough... But I dont think ppl dare enough to place an order..





Tuesday, July 01, 2008

Masih bernafas

Dengan pelbagai kemelut yg kini membelenggu kehidupan...aku harap semua masih mampu bernafas dan yang penting, masih waras..

Saturday, May 24, 2008

Waktu yg berlalu

Genting (16-18 Mei 2008)

Lama sudah tidak ketemu. Byk perkara yg berlaku, berbagai isu datang melanda. Apo nak dikato kerana langkah kian perlahan dan masa pula begitu cepat berjalan.....hahaa...

Saturday, April 26, 2008

Santai

Foto-foto ini diabadikan sewaktu petang ketika ada sedikit waktu terluang selepas kerja...bekerja pada hari cuti minggu lepas....(bak kata mcbudu, "padan muke.." ).

macammmm santai.....hehe.

Thursday, April 17, 2008

Melancung

Aku sebenarnya menyenangi suasana pekan kecil.....damai dgn penghuni-penghuninya yg nampak santai dan mesra. Takde la nampak muka-muka kalut yg terkejar bergegas..mcm tak sabar nak ke tandas. Ada pasar malam, ada pekan sehari dan sebagainya. Pagi minggu pula ada wayang morning show atau matinee (checkmatinee ?).

Kajang sewaktu aku menjejakkan kaki dulu, punya ciri-ciri yg hampir begitu...hingga ada yg mengatakan ia hampir jadi sebuah pekan mati....berjalan kaki dari rumah ke pekan pun tak meletihkan, kdg-kdg berjoging pagi...pekena nasi lemak atau roti bakar roti stim di kedai kopi kopitiam masa tu....waktu malam makan di gerai-gerai tomyam atau mee bandung muar, mee jawa atau kalu dah boring pekena sate...

Tapi kini semua itu sudah lesap dan lenyap....kajang kini sangat berbeza...tidak menarik seperti dulu...agak asing dgn muka-muka yg asing. Biarpun ia kini sudah ada starbuck dan seangkatan dengannya... aku lebih selesa dgn kajang, sebuah pekan kecil yg dulu....

La ni dah ada sebuah daerah yg agak cantik...tak jauh. Bak kata kawan aku, tak payah pi jauh-jauh kat belakang rumah je boleh melancung....

byk lagi pemandangan yg tak sempat dirakam...