Friday, September 30, 2005

Of budakbudu and the good ole days

Finally my rodong Budakbudu learns to blog..I've known him for ages since the day I set foot to terrace house hostel in Arau. In the second year we separated to different houses though his house was just next door to mine and one of his housemates is pakia (dato' shazali ramli of NTV7). Then, in the third year when we moved in to the new Jati hostel, Budakbudu once again became my roommate. Budakbudu is intelligent, fast learner and creative kind. With these qualities, I dont see he encounters much problems in this blogging world.
What's Budu? Well.... it's neither an aeroplane nor a food appetizer... It's a place located in Benta, Kuala Lipis Pahang. I've been there for the first time in early 80s together with several others, including the late Ben (al Fatihah). I enjoyed the short moment I spent in Budu.... Budu is a place of tranquility and of great ambience..so green so refreshing. I've been there for the second time with Veeranjoo somewhere in 1984 to attend budakbudu's sister's wedding, we travelled all the way from Paloh Hinai to Budu and I can still remember how we almost plunged into a ravine on Bentong-Raub road when Veeranjoo suddenly lost his control over the steering wheel.

Budakbudu...he made me listen to Dire Straits, Goodman Brothers, and smelled Piere Cardin's perfume (huge bottle, just like world cup trophy).. Though I'm of different taste in terms of musics etc but I can still tolerate the sound of Dire Straits and the smell of Piere Cardin or the smoke of Peter Stuyvesant. Same goes to him I bet. A dear buddy who influenced me a lot in music is another Pahangite, Mat Noor (actor Ahmad Mahmud's photocopy...), He taught me to play guitar, but I was a slow learner for that. He too introduced me to Kumpulan Harmoni, The Queen, Voodoo Orchestra, Roy&Fran etc. Mat Noor reminds me of Paco Rabanne Pour Homme..I purchased this fragrance quite a few times. It's still around in the market, quite hard to find and now become a classic.

Budakbudu, I'm not sure when I last saw him but definitely more than a decade. Same goes to the other buddies ie. Mat Nor, Hanif, Veeranjoo, Lix, Paul, Sabki, Wan Sulong, Faris, Mat Diah etc..Whom I have no slightest idea of their whereabouts..except Budakbudu in Shah Alam and Sabki who's now lecturing in UiTM Sabah. Faris I heard married an American and settled down in the States. Hanif last visited my kampong's house almost 20 years ago. I last heard of Mat Nor since 1986 when we chatted thru phone during my tenure at Teluk Intan's Land & District Office. Here again, I regret for not able attending any of my buddies weddings..but I do still remember one of the best wedding invitation cards I'd ever got was from Budakbudu...It was dark red in color with gold writings..look so royal. What a great taste he got...
Mmmm..it's fun uhh.. remembering the good ole days.

Thursday, September 29, 2005

Take me home to the place I belong




Menyusuri jalan kenangan Tiger Lane, di sini aku pernah bermain, di sini juga aku pernah jatuh.. membesar selama 5 tahun dari seorang anak kampung menjadi anak modern...ada waktu belajar, waktu bermain, waktu mentelaah (prep), dan semestinya ada waktu tidur.
Di tahun pertama kerapkali selepas minum petang, aku menghabiskan masa dgn tidur petang sampai bengkak mata..sedangkan rakan-rakan lain sibuk di gelanggang, di padang..Di tahun kedua aku mula berjinak dgn bolatampar dan rupanya aku cepat mendapat skill hingga aku terpilih mewakili sekolah...bukan pemain simpanan, pemain tonggak plak tu.. Kenangan manis menjadi Johan Bolatampar Bawah 14 tahun seluruh Negeri. Pastu jadi Johan Bawah-17, naib johan entah berapa kali U-18, U-20, Open....Tak sangka aku boleh hebat cam tu. hasil bimbingan dari jurulatih yang dedikasi Mr. Chong Swee Ching (mendiang) yg juga mengajar subjek sains paduan (Integrated Science) masa menengah rendah. Dlm SRP aku dpt A1 dlm subjek tu.
Batch aku merupakan batch pertama menggunakan bahasa melayu sbg bhs penghantar sedangkan senior-seniorku dlm bahasa kolonial. Tetap dalam ingatan, di sini di malam minggu aku dipertontonkan dengan wayang...movie pertama yg aku tonton di sini" Guess who came after dinner", pastu byk le seperti Love Story, Exorcist, Kramer vs Kramer, Sinbad, Samson Delilah dan beratus lagi dan ini tidak termasuk movie2 yang aku tonton di panggung Grand, Cathay di bandar Ipoh spt Grease, Bobby....etc. Di sini aku bukan dalam golongan high profile ....kawan-kawan aku adalah member-member volleyball dan juga beberapa kerat yg rapat spt mat cool, izad, khairul. Masa form One aku dok di Blok J ... budak form one tak boleh campur senior-senior....pastu tahun-tahun berikutnya aku duduk White House campur senior...kena buli basuh baju dsbnya. Tapi aku tak basuh pun, celup-celup ajer..
Masa form one cikgu aku Ms Pearly Ong, ibu kepada Canny Ong yang kematiannya agak tragik jadi berita besar dalam media tanahair. Ms Pearly Ong seorang yg baik, aku dapat A1 dlm matematik yg diajarnya masa SRP. Tapi sayang, masa form 4 aku lupa diri..seolah berfantasia bulan madu. Aku jadi seorang yg leka dan kurang beri tumpuan pd study. Yg satu dorm dgn aku mat cool, izad, bambang..di samping bbrp junior...Yg aku tak boleh lupa ..mat cool pernah mengejutkan aku jam 3 pagi utk ajak aku study tapi aku pulak naik berang dan tak sengaja tertampo dier. Kesian aku..kalo aku rajin ikut dier study, mungkin aku juga senang2 dapat gi oversea cam dier yg pergi Canada. Izad yg katilnya bertentangan dengan aku ke Illinois, kini pegwai penting di bank negara. Bambang yg sebelah katil kanan ku jadi lecturer kat upm, ntah2 dah naik prof ke... Aku tak ler frust sbb takdapat pergi oversea, sbb sendiri yg malas. Lagipun kalo duit byk bila-bila masa boleh pergi, cuma susah sikit ler kalo nak dok selama 5 tahun. Lain le kalo makan ditanggung..
Tiger Lane..aka Jalan Harimau...
suatu waktu dulu aku sering menyusurimu,
di pagi-pagi minggu selepas dormitory inspection
untuk sekadar makan nasi lemak lauk sotong Wak yg enak bangat
sambil menikmati irama Hotel California, Ready For Love dari Juke Box di kedai wak .
Tiger Lane, kini kau telah bertukar nama,
dan aku pun merasa kian asing .....uhh...asing lagi.

Lama sudah tidak ke sini

Kali terakhir aku pulang ke daerah ini pada awal tahun dulu.. sudah byk yg berubah. Kini keghairahan utk balik kampong tak seperti sewaktu aku kecik-kecik berusia belasan tahun masa bersekolah asrama dulu-dulu tu..mungkin kerana kini agak byk yg kian menjadi asing kepada aku.

Wednesday, September 28, 2005

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan
ho ho ho ho... ho ho ho ho...

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ho.....

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang
ho ho ho ho... ho ho ho ho...


Bila puisi disebut lagu..aku teringat yg aku juga punya minat kepada lagu-lagu yg agak puitis...yg terpilih saja. Antara yg memberi impak yg agak kuat yg membuat aku minat pada lagu-lagu puisi ini adalah Abdul Ghafar Abdullah. Dengan suara jernih beliau yg selamba, lagu-lagu yg dialunkan begitu mengesankan. Aku mula kenal dengan Ebiet sekitar awal 80an bila rakan sepraktikal aku Faris Ahmad Ghazi membawa kaset-kaset lagu Ebiet G Ade ini ke Kota Bahgia Segamat Johor. Hampir 2 bulan aku mendengar lagu-lagu Ebiet sampai aku boleh mengingati bait-bait puisi yg beliau ungkapkan dalam lagu-lagunya. Mulai itu aku rajin membeli kaset-kaset Ebiet G. Ade. Tak tau sudah berapa kali, asyik lenyap aje dari pandangan aku. Tapi yg masih kusimpan sampai kini sebuah kaset kompilasi original yg bermutu tinggi yg aku beli di sebuah kedai muzik di kota Medan lebih sedekad lalu. Mungkin itu kedai kaset canggih pertama aku masuk masa tu kerana di situ disediakan kemudahan pradengar bermutu tinggi. Tapi sayang, kaset itu kini menjadi sejarah yg masih wujud..camana tu..sebab aku dah tak ada cassette player dah tukar CD player (3 kali dah tukar).

Kini agak susah aku mencari CD Ebiet G Ade di pasaran. Dah puas aku jenguk-jenguk kat kedai..masih tak tak dapat..Tak tau kenapa...tapi yg pasti di Medan Sumatra setelah bencana tsunami yg menimpa. Habis kedai muzik diserbu utk mendapatkan CD/kaset Ebiet. Lagu-lagu Ebiet banyak diminati masyarakat pasca gempa dan tsunami yg melanda sumatra. Mungkin lagu-lagu beliau memiliki syair-syair yg sangat dalam utk mengingatkan orang tentang kebesaran Ilahi.

Tuesday, September 27, 2005

Keasingan Dalam Luka






di sini aku berdiri
menjadi seorang asing yang memerhati
pada pondok sheriff yang usang
pada bar-bar dengan moonshine nya
pada sebuah kehidupan

gemersik irama western cuba kuhayati
namun jiwa kita tidak serupa
lalu aku bertanya pada diri
mengapa ia di sini..

dan kulihat pony itu juga berdiam diri
apakah dia juga asing dalam luka?

Monday, September 26, 2005

Ini bukan percutian

I was here on 23-25 Sep 2005...quite a nice place. Unfortunately it's all about work...not a cuti.

Thursday, September 22, 2005

Bila boleh Cuti


Bila tengok gambar atas tu, teringat masa aku ke sabah dulu..gambar ni aku snap masa di UMS...magnificient view. Jika toleh ke belakang, dapat tengok gng kinabalu ....
Lama dah aku tak bercuti...tak tau bila.

Sunday, September 18, 2005

Dari Kaki Tangga ke Anjung Utama

Ok ke kalau buat filem, buku ke.. tajuk "Dari Kaki Tangga ke Anjung Utama". Buku ni aku nak dedikasikan kat sorang member aku Harith al Faruqi (berasal dari daerah Faruq tu). Bukan aper siang tadi, member aku Harith tu telah bertugas dengan cemerlang di istiadat konvokesyen sama-sama dengan aku. Walaupun dia salah sorang jawatankuasa makan tapi dia telah menunjukkan sikap tanggungjawab memandu seorang VIP yg tercari-cari tempat untuk bersolat. Lalu Harith pun turun tangga naik tangga membantu VIP tersebut untuk ke tempat bersolat. Disangkanya tempat bersolat tu tak de sejadah, maka Harith pun turun tangga mendapatkan sejadah walopun di bilik tu sebenarnya dah ader sejadah.. tapi camanapun adalah suatu tindakan murni dan berpahala besar kalo membantu seorang yg mencari-cari tempat bersolat ni.. Itulah.. mungkin hari ini kita terkejar-kejar utk membantu orang sampai turun tangga naik tangga, mana tau esok kita pulak di anjung utama....

Aku juga jugak kagum dgn VIP seorang ni yg sememangnya begitu prominent dlm dunia ICT kat Malaysia ni, Tg Datuk Dr. Azman Shariifadeen, seorang yg smart intelligent and very pleasant. Bila aku melihat beliau tercari-cari tempat bersolat tu, terlintas di mindaku .. seorang seperti beliau miskipun dalam keadaan suntuk dan terhimpit beliau tetap berkejar mencari ruang dan peluang untuk menjalankan kewajipannya. Ini semua membuat aku tersentak, kenapa tidak aku.. kenapa tahap sensitiviti aku tak sepertinya ? Lantas ia bermain difikiranku, bagi orang sepertinya terdapat satu keindahan yg tak terhingga di situ... dan kita semestinya juga tidak melepaskan ruang dan peluang tersebut begitu saja.....insyallah.

Friday, September 16, 2005

Plantar fasciitis ??

I guess I have the symptons of Plantar faciitis. I started to notice it since May during the inter department games held at my workplace where I represented my team in volleyball. I hadn't played or involved myself in any sport activities since 2004 inter dept games and never did any kinda exercises eversince. It's quite a pain on my left foot beneath the heel.

Tips
Using an ice pack or ice bath on the area for about 15 minutes may relieve pain and inflammation after exercise and work. Massaging the foot in the area of the arch and heel before getting out of bed may help. Stretching is also important. To reduce pain and help prevent future episodes of discomfort, stretch the calves on a regular basis. Stand with your hands against a wall. With one foot forward and one back, press against the wall, shifting weight over the front foot, while straightening the back leg. Keep the heel of the back foot on the floor and feel the stretch in the heel, Achilles tendon and calf. Then, switch legs.
Strengthening... To strengthen muscles, do towel curls and marble pick ups. Place a towel on a smooth surface, place the foot on the towel, and pull the towel toward the body by curling up the toes. Or, put a few marbles on the floor near a cup. Keep the heel on the floor and use the toes to pick up the marbles and drop them in the cup.
Another exercise is toe taps. Keep the heel on the floor and lift all of the toes off the floor. Tap only the big toe to the floor while keeping the outside four toes in the air. Next, keep the big toe in the air and tap the other four toes to the floor.

Thursday, September 15, 2005

Aku, Upacara dan Istiadat

Sebenarnya aku suka terlibat dalam sesuatu upacara atau istiadat, tapi bila banyak hal dan multi perkara perlu disiapkan dalam jangkawaktu yg begitu mengekang, aku hilang punca, jadi tak keruan. Bak kata orang..tutup atas bawah terdedah, tutup bawah atas terdedah...

Aku, road tax dan insuran



Bulan ni insuran+ roadtax akau tamat tempoh. Ntah mengapa macam-macam pulak aku beli bulan ini. Terpaksa ler aku fork out camana pun, korek-korek mana yang boleh. Ccard? i try to avoid ccard..it's just another burden.

Kdg-kdg kita tak sedar tindaktanduk kita rupanya ada yg mempunyai elemen pembaziran. For instance, why should I replace the Getz stock HU..afterall the new HU is no better than the old one. It's only a low end of a branded product. Am I a branded kinda person? Uhh..dont think so..

On the other side, some people say, life is too short.

Tuesday, September 13, 2005

Aku dan Cuti

Terkilan aku sebab tak dapat join diorang ke Pulau Perhentian minggu lepas. Aku tau pun last minute..kalo ikutkan aku boleh ambil cuti tergempar tapi tak elok le sbb ada mcm2 hal kat opis ..meeting dan kerja2 yg belum selesai. Sedih jugak dengar cerita menarik dari diorang dgn air laut jernih dgn pelbagai ikan-ikan. Pastu bakar ikan fresh..... aku boleh bayangkan keseronokannya bila teringat kenangan semasa di Pulau Sibu sedekad yg lalu (1995). Time tu camping dan aku masa tu cuma pembantu aje dari segi menyediakan prasarana, member lain ada yg jadi technician termasuk le tarik karan dari rumah pakcik kat pulau tu..tukang2 masak mmg handal..simple tapi sedap. Makan ketam, ikan yg fresh2...bila balik aku bawak beg pakaian aku penuh dgn kulit Kima (kerang gergasi) yg berat mcm batu aku bawa balik. Seronok...bila berada di pulau teringat Panggilan Pulau... Itu baru Pulau Sibu...Perhentian tentu lebih tarikannya.
Nostalgia : Ini lah meja-meja dengan lampu-lampu gasolin.. tempat ku melepak di Pulau Sibu...

Nostalgia-nostalgia jugak...bila le aku dapat cuti ni. Baki cuti ada 71 hari .....

Friday, September 09, 2005

heard on the radio

I heard this story on the radio while on my way to work not a very long time ago..

An always busy father was so angry when he saw his young little girlplaying a gold-coloured wrapping paper in the living room. He scolded thelittle girl " you stupid girl...dont you know that paper is used for wrapping gifts ?!! The girl shocked and said, " I'm sorry dad". Then came the next day, it was the dad's birthday..and the girl walked to her father and handed him a gift.To the father's surprise the gift was wrapped with the gold-coloured wrapping paper.He realized that was the wrapping paper the girl was playing. He smiled as he realized the girl wasn't playing with the gold-colored paperbut wrapping a gift for his birthday.
But when he unwrapped the gift, he was surprised since there was nothing inside.He got angry with the girl and threw the gift into the litter bin."Stupid, when are you going to be clever?" he said to the girl.Suddenly the girl replied " I blew kisses into it dad ".The father then quiet as he never expected those words came out from the girl's mouth.He had a little regret for what he had said to the girl. On the next day when the girl was playing her small bicycle on the road infront of their house, a fast moving car knocked her down.She died on the way to the hospital.The father almost lost his mind for losing his bright little girl. Till the last day of his life, he kept an empty gift with gold-colouredwrapping by his bed.

KOTA SINGA FROM THE EYES OF MY HANDPHONE


foto ni aku ambil masa ke singapura tempoh hari....kira ok la ..walaupun tak se clear gambar dari digital camera aku yang dah rosak tu. belum puas aku pakai dah rosak, 4 tahun je..tak perlu repair kalau harga yg baru skang pun dah murah. heran jugak aku sejak tahun-tahun kebelakangan ni harga barang-barang elektronik nampak cam murah je..itu hari tu aku beli TV..murah.. flat screen, cun, kalu sekali pandang cam plasma Tv je..namanyer Konka. Nak tengok gambar?

WHY MANGIFERA?



Why mangifera? not garcinia, ..not oryza,..neither camellia... I'll tell you later. ..hehehe