Thursday, August 31, 2006

Merdeka


tugu
Originally uploaded by mto@flickr.

Apakah kita bebas sebebasnya dari belenggu sang penjajah? Apakah kita berjiwa merdeka? Apakah kita sekadar warga tanpa jiwa?

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-49.

Sunday, August 27, 2006

Karya

Baru-baru ini aku ketemu Ubai, seorang member yg jugak seorang blogger dan aku bertanya khabarnya. Sempat jugak dia bertanya ttg blogku yg tak seberapa ni..

Sejak dua menjak ni aku rasa berat nak berkarya..hehe..tak sesuai disebut berkarya...almaklumlah aku ni memang tidak pandai berkarya...merapu boleh. Tidak memblog tapi rajin juga menjenguk blog-blog member spt Pak Yob yg kian bisu tanpa kata dgn sesuatu dari taman bondanya...atau ke Semalu yg mcm malu-malu, kini hanya dapat aku menumpang dengar lagu....atau melawat Sarahjiha di negeri atas angin tu..atau melawat anggeriq atau blog-blog lain..

Mmg ada masa kita rasa berat nak memblog, ada masa bertalu-talu pulak memblog...hehe

Gambar sekadar hiasan: Karya akhir (billboard dekat rumah)

Sunday, August 20, 2006

Berita gembira dan sabar

What would u do when u reach home exhausted around 10.30pm, u found a stranger's car parked right infront of your gate blocking your way?.....would u kick that bloody damn car's a&$?
Mmmm...It's been ages since I last spoke English... do I sound stupid ? Hehehe...biasa le ...di mana-mana kita boleh jumpa org yg tak mampu berfikir dan menyusahkan org lain..

Lagi satu..selalukah org datang kepada kita membawa berita gembira?? Pernahkah org datang kpd kita bagi duit?? Hehehe..... datang mintak duit ade le.. Petang tadi, aku didatangi seseorang yg aku kenal (tapi tak rapat) mengadu tentang permasalahannya. Mukadimahnya agak panjang tapi akhirnya biasalah bottom linenya..$$RM...agar tidak menghampakannya aku seluk le wallet dlm poket seluar...tapi wallet tu susah pulak nak keluar..sampai member tu kata, "tebai agaknya tu"...ceh.. bukan wallet tebai tapi poket sempit. Aku capai le beberapa ringgit yg aku mampu hulurkan,..untuk sebuah episod kehidupan.

Beberapa hari lepas jiran aku pulak nampak seekor musang makan mangga aku yg dah masak, kebetulan buah2 tu mencecah tanah, ...patut le aku nampak bersepah biji dan kulitnya..ada jugak musang di kawasan perumahan ni. Kesian, begitu pesat pembangunan utk manusia, musang kini hilang habitatnya. Jadi aku anggap buah2 tu rezeki musang, kira sedekah le...
Pagi tadi sebelum keluar rumah, tergerak aku nak petik bbrp biji mangga matang yg terjulur ke luar pagar..tapi aku tak petik. Bila aku sampai rumah petang...buah-buah tu dah lesap...yg ni 'musang' kepala hitam. Sbb buah2 tu tinggi tapi boleh dicapai manusia. Malas aku nak jaga..itu hari ada dahan patah sampai tergolek banyak buah-buah yg belum masak...aku tak makan sbb masam kecut...lalu aku bagi makcik-makcik depan rumah buat colek...

Thursday, August 17, 2006

merdekanya seorang pelajar






Sekitar hari-hari merdeka bagi mereka yg bernama pelajar..................

Sunday, August 06, 2006

Practice makes perfect

Mencuba bbrp teknik image manipulation mmg mengasyikkan... nampak senang tapi kdg-kdg susah dan membuntukan jugak. Hasilnya juga kdg2 tak spt yg diharapkan. Lebih-lebih bagi aku yg suka hentam kromo je....
Out Of Bounds ...remeh sikit

Grey Background...simple tapi menarik
Fading campur Glossy......biasa

Imej di atas adalah hasil selepas sekali dua aku cuba, walaupun tak spt yg diharapkan tapi not bad for aku yg tak ada ajaran formal, jgn ajaran sesat dah le.. Utk dapatkan hasil yg bermutu, kena practice...dan aku yakin "practice makes perfect"...bila seseorang rajin berlatih, tak kira berlatih apa, pasti sesuatu kerja menjadi lebih berkualiti.. Pak Yob tentu setuju. Dlm berlatih kita juga mengalami situasi trial and error yg kdg-kdg menemukan kita dgn idea baru. Benda-benda cam ni patut diajar di sekolah di samping lukisan konvensional untuk menjana kreativiti budak2 yg biasanya memiliki minda yg lebih cepat menangkap dan menyerap..