Tuesday, January 06, 2009

Bai dan bawang-bawangnya

Hari minggu baru ni aku jalan-jalan di pasar malam dekat rumah..mak aii ramai sungguh muka-muka asing. Kalu nak tgk ramainya, silalah ke pasar malam berdekatan. Mrk ni especially mamat bangla suka bebenor berkerumun di gerai-gerai sayur. Herbivores kot diorang ni....Penjual-penjual sayur memanggil mereka dengan panggilan "bai". Menariknya sejak kewujudan mereka di bumi M'sia ni ada bbrp jenis sayuran yg sebelum ni aku tak pernah tengok kini ada. Aku pernah tanya kat penjual sayur, sayur2 tu sayur apa..depa kata sayur bangla...aku tak sempat nak ambil gambar sbb diaorang kerumun. Lain kali aku nak try beli sayur-sayur pelik tu...

Satu ketika dulu rumah sewa aku berdekatan dgn rumah sorang mamat bangla yg ditempatkan oleh taukenya.. Sbb mamat ni jenis ok, aku selalu gi borak-borak ...dia pulak suka citer pasal kampong halamannya, keluarga, filem-filem hindustan (ingatkan org kita je yg tgk hindustan)....Ada satu masa tu aku jenguk ke rumahnya, dia tgh masak makanannya..dah siap masak beria-ia dia suruh aku rasa makanan yg begitu dipujinya enak...utk tidak menghampakannya, aku pun cuba rasa...ok la..tapi bila dia suruh tambah lagi..aku kata dah cukup..hehe...

Pernah satu ketika ada satu mamat bangla naik basikal dekat rumah sewa tu...berhenti..dan tgk-tgk aku pulak...pastu dia tanya "bangla?"....aku pun menggeleng kepala...hahaha.....

bai di pasar malam

Bai-bai ni esp yg baru sampai... kalu berjalan selalunya dlm barisan...pehtu sorang pikul guni bawang, sorang pikul guni kentang, sorang bawak sayur2..hehe main guni-guni...Sorang member aku pernah tengok rumah group bai ni...dia kata kat tempat tidur diorang pun ada guni bawang besar, kentang,..haha..begitu tak dapat dipisahkan.

Ckp pasal kentang, tadi aku pekena kentang grill ....senang je. Potong kentang mcm wedges KFC tu, rebus sekejap (dlm microwave), pehtu sapu butter sikit..dan grill.

grilled potatoes

Pehtu sprinkle sikit garam , peppercorn...makan dgn steak ke, burger ke..(grill jugak)...boleh makan dgn sos lada hitam, mayonaise etc..
Siap utk dimakan

Friday, January 02, 2009

Shower me love

Semasa ke kedai hardware di tmn melawati pada 1 Januari 2009, aku terpandang di pinggir jalan sepohon pokok yg aku suka tengok. Pertama kali aku suka melihatnya ialah sewaktu di utara thailand lebih sedekad lalu. Bayangkan, menyusuri sebatang jalan yg di kiri kanan dihias dengan pepohon ini yg sedang berbunga...you would feel greeted, seems like nature is showering you with all the good things along the way. A few yrs back I once queried the landscape officer in my organisation, why there's not even one of this plant in our area.. He didnt really answer me. Though he said it's a fascinating kind but I think he loves palms even more. You name it, we have all sort of palms around...royal palms, red palms, manila, beetlenuts, serdang, kipas, botol..and not to forget oil palms...

Back to my encounter with a golden shower tree at tmn melawati, dengan berbekalkan handphone, I managed to snap couple of pictures untuk kenangan. Once I had to stop snapping to make way for a grp of bangladeshi passing by.
Medicinal values of Cassia fistula or Golden Shower tree.
Tumbuhan ini berguna terutamanya untuk sesiapa yg tidak lawas buang air besar, sembelit dan buasir di samping bbrp masalah kesihatan yg lain.

**
Akar: Air rebusan diminum untuk melawaskan buang air besar, ubat demam panas, penyakit jantung, dan penyakit yang disebabkan oleh terlampau banyak hempedu. Air rebusannya juga digunakan untuk mencuci kudis, luka biasa dan luka yang berjangkitan, dan ulser.
Buah: Isi dimakan untuk mengatasi sembelit, kebaikan kesihatan ginjal, dan merawat buasir.
Isi buah direndam dalam air suam dan air ini diminum untuk melawaskan buang air besar.
Isi buah direbus dan air ini diminum untuk mendapatkan kesan julap.
Kulit buah direbus dan air ini diminum untuk merawat buasir.
Bunga: Direbus dan dibuat sirap ubat yang diminum untuk melawaskan buang air besar.
Daun: Ditumbuk lumat dan ditampal pada sengatan tebuan. Air rebusan daunnya yang muda diminum untuk melawaskan buang air besar.
Daunnya direbus dan air ini diminum untuk merawat masalah dalam pundi hempedu.
Daun dihancurkan, dicampur air mendidih, lalu air ini disapu pada kulit yang ada ruam panas.
Kayu: Air rebusan kulit atau kayunya diminum untuk merawat diabetes, disenteri, reumatisme, sakit perut, dan tekanan darah tinggi.
Kulit kayunya dihancurkan dan ditampal pada kulit untuk merawat bengkak, kudis, lebam, dan luka.
**source: http://fazlisyam.com/category/bereksa

Thursday, January 01, 2009

Selamat Tahun Baru

Pejam celik dah masuk tahun baru baik hijriah maupun masihi...lama tak meninggalkan coretan merapu di sini. Bbrp perkara membuatkan aku tak dpt meluangkan masa memblog. Salah satunya kerusi aku nak ngadap komputer rosak...senget benget. Kdg2 pakai juga kerusi meja makan, tapi tak boleh lama, cepat rasa nak angkat punggung..jadi terpaksa le kena cari kerusi lain. Aku tinjau kat kedai perabut tapi takda yg berkenan dan hargapun RM400-RM600...tapi kebetulan hari Ahad baru2 ni aku ke Ikea, nampak le kerusi ..RM169 je..tapi versi pasang sendiri (biasalah ikea). Tak tau le leather ke, half-leather ke, pvc ke..tapi mmg ok le masa test try duduk tu.. Balik rumah berpeluh jugak sekejap, nak cantum2kan menatang ni...masa bebudak dulu tak selalu main puzzle..so slow le pick up. Masa memasang tu jam pun dah menunjukkan pukul 1.00 pagi..dah masuk tahun baru hijriah.
sebelum
Akhirnya berjaya jugak aku membangunkan satu kerusi walaupun suatu ketika aku rasa menyesal pulak membelinya....krn arahan teknikal tak begitu jelas.
sesudah
Sewaktu membega-bega kerusi baru tu, aku dengar kucing betina kat rumah ni mengiau-ngiau....bila aku datang dekat dia, dia senyap dan terus masuk tempat tidurnya..dengan perut yg memboyot, aku agak ni mesti dah nak 'due' ni.. Aku pun buat tak tau dan kucing tu masih mengiau-ngiau...Tiba-tiba senyap...bila aku jenguk semula , terus dia mengiau kuat...gamaknya nak bagitau dia dah beranak dah.. Nampaknya kucing pun boleh excited ye....maklum le beranak sulung, dapat 4 ekor pulak tu, mana tak terkejut beruk....
sedang meneran...dua dah keluar...

Sebelum ni terlompat sana, panjat sini, sekarang dah kena jaga anak. Mula-mula lepas beranak kucing ni nampak terperanjat, blur je, tak tau camana nak handle anak2nya.... Tapi dah masuk hari ketiga ni, aku tgk dia ni seekor ibu kucing yg begitu devoted dan penyayang kpd anak2nya.
keletihan... demi anak2

Begitulah kehendakNya.

Semoga tahun baru hijriah dan masihi kali ini memberi kesejahteraan, kebahagiaan dan kemakmoran kepada kita semua.

Thursday, December 04, 2008

Kisah Motor

Petang semalam merupakan waktu yg getir dan aku rasa kecewa berbaur sedih dengan apa yg berlaku. Dua staf terbabit dgn kemalangan jalanraya sewaktu pulang kerja. Mereka adalah org2 harapan aku, dan mereka adalah anak muda yg baik. Bila aku dapat berita mereka terlibat kemalangan dan kedua-duanya masih terlantar..seorang di tengah jalan dan seorang di tepi jalan dengan motor masing-masing yg tercampak dan berkecai..aku jadi tak menentu. Bergegas aku ke lokasi kejadian. Dalam perjalanan, byk sms dan calls dtg bertalu..tolong mintakkan lori dan sbgnya..Hujan pula renyai-renyai..Mereka telah dibawa ke hospital oleh ambulan sebelum sempat aku sampai.

Setelah uruskan motor-motor mereka yg separa berkecai, aku bergegas ke hospital. Aku tgk ramai org2 pejabat dan ahli keluarga mrk berada di sana. Ketika itu seorang drpnya sedang dijahit oleh doktor dan dimaklumkan bahunya patah, dgn keadaannya yg separa sedar dan mata yg hampir terpejam, aku tgk darah masih mengalir dari leher yg cedera... aku jadi begitu risau....seorang lagi keluar dari bilik xray, sebelah kaki dan satu tangannya patah..Lama juga kitorang berada menunggu doktor menyelesaikan tugas. Bila kedua-duanya selesai dibawa ke wad..aku pulang ke rumah dengan fikiran berserabut dan keadaan yg berserabai, mohon tiada perkara yg lebih buruk berlaku ke atas mereka.

Sampai di rumah, aku dapat sms dari seorang anak buahku pula yg bagitau seorang anak buahku Syafiq jatuh motor di Johor... oohh, aku jadi bingung sekejap dgn kejadian demi kejadian ini.. Aku terus bertanya khabar dgn abangku. Syafiq jatuh motor kerana ke kedai membeli tepong...pahanya cedera dan akan dibedah.

Siang tadi aku melawat kedua-dua staf, dan mereka kini telah sedar. Luka-luka telah dijahit sepenuhnya dan seorang lagi telah dibedah kaki. Begitu juga syafiq di Johor, telah selamat dibedah dan keadaan kini lebih baik dari semalam.

Sewaktu aku menerima berita2 sebegini, aku membayangkan kenakalan mat2 motor berlumba di jalanraya. Tapi ada kala, sebenarnya kenderaan-kenderaan besar lain yg tidak pernah bertimbangrasa kepada penunggang motor. Kenderaan yg lebih besar seperti kereta/van suka menghimpit atau keluar simpang tanpa memberi laluan kepada penunggang motor... Apakah di mata mereka nilai penunggang motor begitu kerdil ?

Aku pernah jatuh motor sebanyak 3 kali sepanjang hayat...
Kali Pertama: Terbabas ke dalam semak semasa praktikal di Kuala Hau Kelantan bersama Azizi. Belajar bawa motor dgn Azizi.
Kali Kedua: Terlanggar anjing yg tiba-tiba melintas (semasa berkerja di Caruk Puting). Aku tertiarap di atas jalan. Lutut dan tapak-tapak tangan tersagat ke jalan..Kaki anjing pula tersepit pada rim tayar. Sambil menahan sakit aku memaki tuanpunya anjing yg tak pandai jaga anjing dan menyuruhnya melepaskan anjingnya yg sedang meraung-raung tersepit di tayar motor tu. Kesian, anjing tu cacat dan tempang selepas itu...
Kali Ketiga: Semasa berkerja di tempat sekarang, jatuh sewaktu pulang kerja dalam hujan renyai...akibat berbelah bagi nak berhenti berteduh atau tidak...akhirnya aku jatuh menggelungsur di jalan kerana keadaan selekoh yg berpasir. Org kata, jatuh bodoh sendiri2. Tapi itulah jatuh paling sakit...luka di tangan dan kaki...Kawan bawa ke klinik naik kereta..Malamnya sakit berbisa-bisa..bandage seminggu.. Kerana aku tidak pergi kpd jurupulih atau tukang urut, sampai sekarang masih terasa sedikit kesannya.

Aku boleh bayangkan tempat-tempat aku jatuh tu. Betullah orang kata, tempat jatuh lagi dikenang...
Foto 6 tahun lepas (kepunyaan exhousemate- Rizal)..tak byk species ni.


Wednesday, December 03, 2008

Makan

Bila makan di rumah, aku makan sesimple yg boleh. Tak seperti makan di majlis kenduri kahwin anak boss sabtu lepas. Di majlis itu, aku hairan kenapa Amir yg sdg khusyuk tunduk makan di sebelah aku mendengus dan merengus serta menggeleng2kan kepala ..Aku tanya "kenapa kamu Amir?". Amir menjawab ringkas ...Sedap!" sambil meneruskan makan. Selepas selesai makan aku minta dia huraikan tentang perkataan 'sedap' tu. Dia kata makan di majlis kenduri selalunya mengecewakan, tapi tidak di majlis ini. Ya, aku admit...mmg sedap, ada ayam goreng berempah ala ghulam rasul, rendang daging, gulai kambing dan lain2. No wonder aku makan second round pd waktu petang (boss sendiri suruh). Bila balik dibekalkan pulak berkat (tapau) tapi tak selengkap di majlis...

Cerita pasal majlis tu, aku dapat jumpa Mak Esah big apple fuji ..how I missed a motherly boss like her. CikPutri, Cik Su, En.Bakar (exbosses and boss of PakYob, boss tumpang aku gak) pun ada..cuma Pak Yob aje yg aku tak nampak.

Ada bbrp orang kata pelamin majlis kahwin tu cantik...tapi aku kalu ke mana2 majlis kahwin tak pandai nak judge benda pelamin ni.

Yg aku ambil tahu adalah makanannya..
jamuan hampir habis di penghujung majlis...

bukan kenduri...ini sendiri punya ini malam