Petang semalam merupakan waktu yg getir dan aku rasa kecewa berbaur sedih dengan apa yg berlaku. Dua staf terbabit dgn kemalangan jalanraya sewaktu pulang kerja. Mereka adalah org2 harapan aku, dan mereka adalah anak muda yg baik. Bila aku dapat berita mereka terlibat kemalangan dan kedua-duanya masih terlantar..seorang di tengah jalan dan seorang di tepi jalan dengan motor masing-masing yg tercampak dan berkecai..aku jadi tak menentu. Bergegas aku ke lokasi kejadian. Dalam perjalanan, byk sms dan calls dtg bertalu..tolong mintakkan lori dan sbgnya..Hujan pula renyai-renyai..Mereka telah dibawa ke hospital oleh ambulan sebelum sempat aku sampai.
Setelah uruskan motor-motor mereka yg separa berkecai, aku bergegas ke hospital. Aku tgk ramai org2 pejabat dan ahli keluarga mrk berada di sana. Ketika itu seorang drpnya sedang dijahit oleh doktor dan dimaklumkan bahunya patah, dgn keadaannya yg separa sedar dan mata yg hampir terpejam, aku tgk darah masih mengalir dari leher yg cedera... aku jadi begitu risau....seorang lagi keluar dari bilik xray, sebelah kaki dan satu tangannya patah..Lama juga kitorang berada menunggu doktor menyelesaikan tugas. Bila kedua-duanya selesai dibawa ke wad..aku pulang ke rumah dengan fikiran berserabut dan keadaan yg berserabai, mohon tiada perkara yg lebih buruk berlaku ke atas mereka.

Sampai di rumah, aku dapat sms dari seorang anak buahku pula yg bagitau seorang anak buahku Syafiq jatuh motor di Johor... oohh, aku jadi bingung sekejap dgn kejadian demi kejadian ini.. Aku terus bertanya khabar dgn abangku. Syafiq jatuh motor kerana ke kedai membeli tepong...pahanya cedera dan akan dibedah.
Siang tadi aku melawat kedua-dua staf, dan mereka kini telah sedar. Luka-luka telah dijahit sepenuhnya dan seorang lagi telah dibedah kaki. Begitu juga syafiq di Johor, telah selamat dibedah dan keadaan kini lebih baik dari semalam.
Sewaktu aku menerima berita2 sebegini, aku membayangkan kenakalan mat2 motor berlumba di jalanraya. Tapi ada kala, sebenarnya kenderaan-kenderaan besar lain yg tidak pernah bertimbangrasa kepada penunggang motor. Kenderaan yg lebih besar seperti kereta/van suka menghimpit atau keluar simpang tanpa memberi laluan kepada penunggang motor... Apakah di mata mereka nilai penunggang motor begitu kerdil ?
Aku pernah jatuh motor sebanyak 3 kali sepanjang hayat...
Kali Pertama: Terbabas ke dalam semak semasa praktikal di Kuala Hau Kelantan bersama Azizi. Belajar bawa motor dgn Azizi.
Kali Kedua: Terlanggar anjing yg tiba-tiba melintas (semasa berkerja di Caruk Puting). Aku tertiarap di atas jalan. Lutut dan tapak-tapak tangan tersagat ke jalan..Kaki anjing pula tersepit pada rim tayar. Sambil menahan sakit aku memaki tuanpunya anjing yg tak pandai jaga anjing dan menyuruhnya melepaskan anjingnya yg sedang meraung-raung tersepit di tayar motor tu. Kesian, anjing tu cacat dan tempang selepas itu...
Kali Ketiga: Semasa berkerja di tempat sekarang, jatuh sewaktu pulang kerja dalam hujan renyai...akibat berbelah bagi nak berhenti berteduh atau tidak...akhirnya aku jatuh menggelungsur di jalan kerana keadaan selekoh yg berpasir. Org kata, jatuh bodoh sendiri2. Tapi itulah jatuh paling sakit...luka di tangan dan kaki...Kawan bawa ke klinik naik kereta..Malamnya sakit berbisa-bisa..bandage seminggu.. Kerana aku tidak pergi kpd jurupulih atau tukang urut, sampai sekarang masih terasa sedikit kesannya.
Aku boleh bayangkan tempat-tempat aku jatuh tu. Betullah orang kata, tempat jatuh lagi dikenang...

3 comments:
Aku pun banyak kali jatuh motor, tapi motor 'Scrambler'... standard lah sikit! Ala-ala motorcross gitu, tapi sakitnya sama je. tapi accident paling parah adalah accident di Karak Highway.....sehingga kini aku merana kesakitan lutut, especially waktu kesejukan.
sorrylah zie..aku tak dapat menahan diri dari ketawa bila baca kisah kemalangan kali kedua ko tu..bukan pasal ko eksiden langgor anjing..tapi sebab nama tempat koje ko yop..ape ke he namenye gitu..mujur tak tersagat sekali ko punya p****g....kalau idak penghujung nama tempat tu kena letak name ko...
Mcbudu: Yg accident karak tu masa kita masih kat perlis kan? Yg dahi ko berparut tu kan? tapi rasanya skang dah takde parut kot.
Pak yob: Mmg pelik gak nama tempat tu..tapi lama-lama alah bisa tegal biasa. Heheh..tapi tak le solok, kurang lebih 7 batu je dari bandar temerloh. Tempat tu best woo..dekat sg pahang, dekat sg. bera..masa aku keje situ, boss aku cousin mcbudu..3 tahun lepas aku ronda-ronda balik tempat tu. Jauh berubah dan sgt asing ..rasa sayu pulak..
Post a Comment