Wednesday, December 03, 2008

Makan

Bila makan di rumah, aku makan sesimple yg boleh. Tak seperti makan di majlis kenduri kahwin anak boss sabtu lepas. Di majlis itu, aku hairan kenapa Amir yg sdg khusyuk tunduk makan di sebelah aku mendengus dan merengus serta menggeleng2kan kepala ..Aku tanya "kenapa kamu Amir?". Amir menjawab ringkas ...Sedap!" sambil meneruskan makan. Selepas selesai makan aku minta dia huraikan tentang perkataan 'sedap' tu. Dia kata makan di majlis kenduri selalunya mengecewakan, tapi tidak di majlis ini. Ya, aku admit...mmg sedap, ada ayam goreng berempah ala ghulam rasul, rendang daging, gulai kambing dan lain2. No wonder aku makan second round pd waktu petang (boss sendiri suruh). Bila balik dibekalkan pulak berkat (tapau) tapi tak selengkap di majlis...

Cerita pasal majlis tu, aku dapat jumpa Mak Esah big apple fuji ..how I missed a motherly boss like her. CikPutri, Cik Su, En.Bakar (exbosses and boss of PakYob, boss tumpang aku gak) pun ada..cuma Pak Yob aje yg aku tak nampak.

Ada bbrp orang kata pelamin majlis kahwin tu cantik...tapi aku kalu ke mana2 majlis kahwin tak pandai nak judge benda pelamin ni.

Yg aku ambil tahu adalah makanannya..
jamuan hampir habis di penghujung majlis...

bukan kenduri...ini sendiri punya ini malam

2 comments:

McBudu said...

Ko kalau pasal makan selalu aje refer kat ghulam rasul.... tak ada penanda aras lain ke..? fanatik Ghulam Rasul betullah ko....

indica said...

Ntah kenapa aku rasa perintis ayam goreng berempah adalah ghulam rasul. sebelum tu tak pernah jumpa di mana2... darn, I really missed it..