Sunday, April 02, 2006

Penglipur lara

Kdg2 kita terima email atau terjumpa bbrp benda di laman web yg boleh menggeletek hati kita...kalo tak byk , sikit. Byk jugak yg menarik tapi selalu kita delete atau buat tak tau je.... kan elok kalau simpan kat blog. Boleh jgak merelekkan otak yg stress dgn kisah2 penglipur lara yg selalunya skima dan poyo...(betul ke istilah ni??)..kalo tak betul, kira lebihkurang le tu..
JUARA
Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan diadakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan disedut dengan hidung. Ketiga peserta yang didatangkan dari bbrp pelosok duniapun bersedia. Pengadil pun memulakan pertandingan.
Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",
Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",
Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.
Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!""
KISAH GEMBALA
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?
"Oh, boleh saja" kata gembala itu.Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala. "Yang putih." "Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" "Yang putih." "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" "Yang putih." "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama."
Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan saya,padahal jawapan semuanya sama saja" Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...kalau yang hitam tu pulak siapa punye?"
"Yang hitam pun sama," kata gembala itu.
He he he...

4 comments:

McBudu said...

he he, aku faham yg kedua tu, yg pertama tu aku blur sikit...

Ko dah tau citer budak kecil panjat rambutan tuh? keh keh keh..

indica said...

rambutan budak sekolah ke?belum tau lagi...citer le..he he

McBudu said...

Ada sorang budak 6 tahun umurnya panjat pokok rambutan, pakai kain, tak pakai spender, tiba2 lalu Tok Penghulu di bawah, Tok Penghulu tengok atas, dia kata "Apa lah Atan ko ni, spender pun tak nak beli, nah ambil RM5, pegi beli sluar dalam! Atan balik citer dengan mak dia, Mak atan Exited, dia kata, kalau Atan yang kecil dapat RM5, aku yang dah tua ni mungkin banyak lagi... Esoknya... jeng jeng... betul ko tak tau citer ni?

indica said...

Jeng jeng...citer lucu saspeng ni...
He he..dah tau dah...