Wednesday, November 09, 2005

Evolusi dunia hiburanku

Masa aku kecik-kecik dulu kalau tgk TV aku selalu tengok tayangan gambar Melayu, Bintang RTM, Bakat TV, Juara Kugiran atau siri2 TV spt Mission Impossible, Voyage To The Bottom of The Sea, Six Million Dollar Man. Kalau ceriter P Ramlee mmg seronok dan juga aku minat ceriter yg ada Nordin Ahmad, Latifah Omar, Rosyatimah. Antara Latifah Omar dan Rosyatimah (arwah) aku lebih minat Rosyatimah.
Masa sekolah menengah aku dok hostel selama 5 tahun, so aku jarang tgk TV. Kalau nak tgk aku terpaksa tgk kat Bilik Rehat tapi TV nyer tergantung tinggi, so kena menongak sikit, sampai sakit tengkok...kalau siaran langsung bola, badminton penuh le penonton. Era selepas SPM aku terpengaruh tengok soap opera spt Dallas. Selepas habis ITM aku ikut Dynasty pulak. Ntah ngapa aku mmg suka tgk lifestyle rich n famous ni.. Falcon Crest aku kurang minat. Sitcom yg paling aku suka ialah Three's Company. La ni John Ritter tu dah mendiang pun. Aku suka jugak tgk Golden Girls (sitcom pompuan-pompuan tua yg gila-gila). Ntah apa-apa yg aku tgk ye...he he..
Kalau bab radio...zaman aku kecik dulu aku suka mendengar Radio Singapura. Bukannya apa, trend era 70an dan sebelumnya kebanyakan org tuned ke saluran radio tu. Reason was simple, radio singapore memilik DJ-DJ (Juruhebah) yg bersuara emas. Tak macam DJ-DJ radio sekarang yg lebih membebel tapi suara out..pastu suka main lagu sendiri pulak. Zaman tu jugak, pelakon-pelakon drama radio singapura mmg kelas. Antara personaliti radio Singapura yg aku minat..Mohd Asyik, Faridah Hanim, Jahlelawati, Osman Zailani, S. Sahlan, Asmah Laily dan ramai lagi aku dah lupa.. Pelakon bersuara paling sedap yg aku pernah dengar ialah Faridah Hanim...perghh...dia ni kalau dlm Pentas Radio, Bangsawan di Udara, Drama dlm Syair...mesti jadi heroine, atau jadi puteri dsbnya. Aku paling suka kalau dia berlakon, rugi kalau tak dengar, tapi sayang seumur hidup aku tak pernah tengok gambar dia...aku harap orgnya secantik suara. Jahlelawati, tu selalu jugak aku tgk dia dlm citer Melayu. Kalau kat radio dia selalu jadi jahat, witch, nenek kebayan...he he.. partner jahatnya Ahmad Sabri (paling selalu dlm citer2 melayu Cathay Keris). Sejak aku meninggalkan kampong duduk asrama, aku dah tak dengar radio singapura dah...
Aku gerenti Mr. Clarias, Timoh amoh tak taupun kewujudan radio singapore ni..tapi bbrp pegawai yg selalu minum pagi dgn aku tu..dorang mmg pendengar radio singapura masa dorang kat kampong dulu.. walaupun diorang dok Lenggong, Negeri 9, Melaka tapi they all tuned up to radio singapore. Tapi skang saluran radio s'pore ni ntah ke mana..aku tak pernah dengar.
Suara penyanyi yg selalu berkumandang masa aku zaman sekolah rendah dulu...Ahmad Jais, Rafeah Buang, Ismail Haron, Anita Sarawak, Sanisah Huri, J. Mizan, Eddi Nor Ali (lagu " Selamat Pagi Cikgu") Tok Pah masa tu mmg ngetop ler dgn "Selimut Putih" nya etc...Tapi aku kurang minat Tok Pah..aku lebih minat Sanisah Huri. Sanisah Huri ni cantik tapi agak jual mahal sikit org kata, kalau pergi show mesti nak naik flight ..tak main le naik van. Kini, bila aku terdengar lagu Sanisah Huri, lagunya betul2 memanggil aku ke zaman aku sekolah rendah dulu....wakaka. Kalau sekarang ni, Sanisah Huri kunun level-level Misha Omar, Ziana Zain le..tok pah tu cam Siti. Sanisah Huri ni masih ada lagi kat S'pore..camana rupa dia sekarang agaknya? Aku dulu kecik-kecik mmg suka pada nyanyi-nyanyi ni..Lagu pertama aku nyanyi depan kelas lagu J. Mizan.."Hari Ini dan Semalam"...wakaka.
Masa aku sekolah menengah, aku agak renggang dgn lagu-lagu penyanyi Malaysia walaupun masa tu tgh top dgn Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave.. Zaman tu aku didedahkan dengan lagu-lagu Indonesia...Sepanjang Jalan Kenangan (sapa tah nyanyi..rasa cam Tetty Kadi, tapi sedap), Mimpi Sedih (Emilia Contessa), D'Lyod, The Mercys dsbnya. Tapi time tu aku dah banyak dengar lagu2 Inggeris. Lagu Inggeris pertama yg aku hafal lirik..I Dont Wanna Talk About It (Rod Stewart), pastu How Deep Is Your Love (Bee Gees), Hotel California (Eagles). Lagu lain yg pernah jadi favourites aku ie. Yesterday, Before The Next Teardrop Falls, Country Road, Lagu-lagu lain yg aku suka time tu Feelings, Love story, Black Magic Woman, Ready For Love (Bad Co bukan Yazer AF3 punya), Knock Three Times, Sailing. Lagu-lagu ni aku dengar masa kat dining hall time lunch dan dinner. Prefect yg bertugas harian akan pasang piring hitam kat hall tu..
Selepas SPM aku balik kampong..dah rapat balik dengan lagu-lagu Melayu. Kumpulan yg paling aku minat sekali "Carefree". Aku masih ingat masa Carefree buat show kat panggung Anniversary kat Lake Garden, aku berada di barisan paling depan sekali. Aku juga tak boleh lupa masa aku kat kampong camana aku terpaksa siap menunggu beberapa jam nak pergi ke Ipoh nak tgk konsert Carefree kat stadium Perak. Tapi brother yg jadi ketua tu tak dapat pergi pulak. Kensel...penat dan menyumpah aku sama kawan yg menunggu lama tu.. Masa tu tak byk kumpulan bagus yg top, yg ada Black Dog Bone, Alleycats dan Carefree ler. Aku minat kat diorang ni sampai le nama aku lekat "Jay Jay" kat kampong..puncanya bila aku mandi aku suka nyanyi lagu Carefree. satu hari tu tgh aku asyik menyanyi...tiba-tiba terdengar org menyergah "Hoiii mabok ke?" rupanya itu suara Yop aku (abang sulong) yg dah balik keje.. Sedap2 nyanyi, terus aku terdiam. Tapi yg lagi tak sedapnya, ader org lain mendengar aku kena sergah tu, sejak itu terus aku digelar Jay Jay,....jay jay mabok. Mmm..kejam sungguh.
Bila aku ke Arau, lagu yg menimbulkan nostalgia....lagu Hingga Akhir Nanti, Seribu Bintang dari Allleycats, dan Cinta Benar Cinta (D' Atomic Power),...wakaka..budakbudu paling ingat lagu favourite aku ni. masa malam dinner DPIM, persembahan budak-budak 1st year..aku nyanyi lagu ni atas stage sambil Sabki main gitar...wakaka. Era ITM dulu aku juga suka Kumpulan Harmoni, Roy and Fran. Sekarang ni kalau aku dengar lagu-lagu tu, aku akan teringat Arau dan member-member aku tu. Lagu Inggeris....Scorpions, Rainbow, Queen, Air Supply, Genesis, UB40, England Dan and John Ford Colley (termasuk lagu Great american Hero).
Wayang? hehehe..wayang kat kampong byk juga aku tgk..antaranya Kabut Bulan Madu (Widyawati, Sophan Sophian, Rima Melati...perghh..hebat2 dorang ni). Citer ni aku tgk kat padang sekolah.
Wayang pertama aku tengok masa kecik kat panggung ada satu citer perang..tak tau citer aper. Sbb masa tu ikut abang aku tengok. Lepas tu aku tengok Haathi Mere Saathi (citer Gajah)..hehehe, sedih gilos. Ramai le merah-merah mata keluar panggung. Aku juga pernah tengok citer Bobby kat panggung Grand Ipoh..(2 kali...hehe). Masa sekolah menengah ni aku byk tgk wayang, tu tak termasuk wayang free kat sekolah tiap minggu. Pernah le dlm satu hari aku keluar masuk panggung sampai 3 kali sama bbrp kawan. Morning show pukul 10.00, pukul 12.30, pukul 3.00.
Masa aku kat Arau ader jugak tgk wayang2 free kat hall tu..dah lupa citer aper. Mungkin budakbudu boleh ingat. Kat medan selera pun ader tayang kalau tak silap.
Antara wayang yg aku tengok yg masih aku ingat..citer Death Ship kat panggung sebelah kedai makan malaysia-thai kat Kangar tu. Aku tgk show pukul 9 malam punya. Death Ship...creepy kind of movie, and really did scare the hell out of me..the music, scenery and actors expressions were damn scary. Yg tak bestnya lepas habis nonton aku terpaksa menapak sorang-sorang di bawah cahaya lampu jalanan yg suram. Kat satu lorong tu aku terpaksa melintas pokok besar, ada semak..pastu ada pulak anjing yg menyalak-nyalak. Nyesal tak sudah pulak aku nengok citer ni sorang.. walaupun akhirnya aku selamat sampai kat rumah (bungalow sewaan masa aku practical di Perlis Plantations bersama Hanif, dan dua senior, Alham Alcausar dan Zabidi). Tips: kalau nak betul feel tengok citer seram, tengok sorang-sorang...Sekarang ni kalu aku ke pasar malam aku cuba-cuba tengok kalau ada jual DVD ni..tapi masih tak jumpa. Aku kini mencari balik citer ni because I am a nostalgic junkie for a classic like this!
Banyak sungguh aku merapu kat blog hari ni..naik pening dah...esok mai lain la...

3 comments:

McBudu said...

Nostalgia lah pulak pada Raya ni! Tapi aku taklah terdedah sangat pada media semasa aku kecik maklumlah budak kampung, radio ada satu je, itu pun selalu habis bateri, sebab kakak aku asyik dengar drama radio Singapura je. Aku jarang dengar drama radio, aku takut bila bab mengilai-ngilai tang drama dalam syair tu, meremeng bulu tengkuk tu…

Aku mula banyak tededah kepada dunia hiburan semasa aku duduk hostel di SM Clifford, Kuala Lipis (Ed Sapientium). Masa tu lagu Melayu yang aku minat termasuklan Kisah seorang biduan (Dhalan Zainuddin), Ingin Bersua (DJ Dave), Hari ini ku datang riang (J Mizan) dll. Lagu Inggeris yang aku suka termasuklah lagu-lagu filem Greese dan Saturday Night Fever, Brown girl in the ring, River of babylon, Rock steady, Shooting Star, Black magic Woman, Smoke on the water, Cisco Kid (war), I want You to love me, Love me do, don’t cry joni, beautiful Sunday, Kung Fu Fighting, That’s the way I like it dan banyak lagi. Lagu Indon juga banyak mempengaruhi hidup aku masa tu, kumpulan Koes Plus, Mercy’s, D’Lloyd, Favourite Groups dan lain-lain banyak membentuk gendre muzik aku masa tu (mereka ni atuk-atuk SO7 kot). Sementara lagu Hindi yang aku ingat ialah lagu Sanggam dan Haathi mere Saathi (sapa tak suka kan?)

Filem aku jarang tengok sebab aku tak suka duduk dalam gelap lama-lama! Tapi ada juga filem yang masih aku ingat yang pernah aku tonton seperti Romi dan Yuli (Rano Karno & Yessi Gusman, menagis aku masa tu), Jefry Zain, Keluarga si Chomat, Greese, Saturday Night Fever, The Godfather,Moonraker, The Deep (Jacqueline Bisset –Wow!), Jaws, Dr No (James Bond), Close Encounter of the 3rd kind, ET, dll.

Rancangan TV yang aku selalu ikuti ialah Ultraman, the 3 stooges, Falcon crest, Dallas, The Professionals, Starsky and Hutch, The A team, Mission Impossible, Charlie’s Angles, Bionic Woman, Man from UNCLE, Man from Atlantis, Return of the Saints, Little House On The Prairie, Hawaii Five O, Donnie and Marie, Gilligan's Island, All in the Family, Mork & Mindy, Diff'rent Strokes, The Incredible Hulk, B.J. and the Bear, Buck Rogers in the 25th Century, The Facts of life, The Six Million Dollar Man, The Jeffersons, The Brady Bunch, Planet of the Apes, Kojak, I Dream of Jeannie, S.W.A.T., Baretta, etc.

Masa kat arau aku minat lagu Harmoni, Air Supply, Alleycats, Pink Floyd, Dire Straits, dll. Filem aku tak pernah tengok kat Panggung masa tu, Cuma tengok kat dewan je, itu pun sbb ada orang ajak…. Masa kat Arau tu aku minat sangat kat Christy McNicole, cute sangat masa tu rasa aku, aku siap tampal gambar dia dalam fail aku masa tu. Tapi la ni dia dah jadi Porn Star lah pulak! Dunia ni macam-macam ada….

Opps dah panjang lebar lah pulak…. Syok bila cerita pasal kisah lama ni… lain kali tambah lagi.. bila nak datang rumah ni Yop?

indica said...

Mau tak syok..rasa relaks sikit otak aku bila bercerite benda camni. Kat tempat keje aku ada member mmg minat dgn Koes Plus tu. Aku cuma pernah dengar nama Koes Plus je..

Aku tau sapa yg ajak kau tgk wayang kat dewan tu..(patut ler tak join aku dgn member lain.)

Lagi satu...teringat aku kat budak DBS yg kau gelar Christie tu..(kawan si Edah ) hidung dia ada freckles...sapa nama dia ye? Edah tu siap bagi satu tupperware kueh raya bila balik dari kampong. Bila aku tgk Louisa Chong aku teringat si Edah. Kesian, nama Rafidah korang panggil Edah je.. tak pe asal jgn dipanggil Tauke Lombong mcm sorang tu. Sbb ko panggil minah tu tauke lombong, tak pasal-pasal boyfriend dier warning ko...wakaka..

Esok mai lainn..

McBudu said...

Eh bukan aku yang panggil lah. Mat Nor kot... Christy tu memang aku admire, budak Sg petani, lupa nama lak... tapi si Zaki Classmate kita rembat, hawau tul... Zaki mamang casanova rupanya, la ni dah dua wife dia...

Lagi satu tak leh aku lupa si Lydya Kandou tu, tapi aku takut nak try....siapalah kita kan....