

Dulu semua staff tu, merupakan aset utama aku dan aku menghormati mereka sepanjang masa jika mereka melaksanakan tanggungjawab dgn penuh dedikasi, iltizam dan semangat tinggi. Aku sentiasa menganggap mereka seperti saudara-saudaraku sendiri dan aku terpaksa meletakkan diriku sbg saudara yg tua, walaupun sebahagian mereka orang lama. Aku rasa mereka dapat merasakan keikhlasan itu. Mungkin masa silih berganti dan mereka kini telah tua, daya motivasi kian menurun atau kurang perhatian, aku kurang pasti. Apa yg aku maklum kini ada konflik sesama mereka. Semasa aku di situ dulu, mmg terdapat sedikit konflik yg remeh...tapi aku anggap itu sekadar asam garam rencah kehidupan pekerjaan dan sehrusnya aku terpaksa berkorban cara untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. Aku sebenarnya sgt menghargai mereka, tak kiralah siapa mereka dan setiap mereka adalah insan berbeza, dan aku telah cuba menangani perbezaan itu sewajarnya.

Flame of the Forest ini tidak lagi menyambut pagiku dengan ceria seperti suatu ketika dulu. Namun demikian, itu tidak mengapa, sekadar aku berharap biarlah segalanya berada dalam harmoni dan mereka di sana sentiasa sejahtera. Kerana di sana bagiku masih ada memori. Mmm...nostalgia lagi..ceh.
4 comments:
itu dinamakan "Hijrah", perpindahan dari satu aras hidup ke aras hidup yang lebih maju.Evolusi hidup pasti berlaku namun nostalgia itu perlu disimpan kemas dalam korpus titian hidup, namun sebagai insan, perlu ada perjanjian pada diri "hari ini harus lebih baik dari hari semalam dan hari esok perlu labih baik dari hari ini".Ingat..setiap pertemuan dan perpisahan yang diniatkan kerana Allah pasti ada keberkatannya...insyaallah.
sememangnya hijrah itu mendatangkan suatu suasana baru yg lebih baik namun ia meninggalkan seribu satu nostalgia indah yg tak tahu entah sampai bila ia akan dapat bertahan..
teringat pulak first time aku jumpa ko kat library..ala masa pelupusan tu..kelako pulak bila terkenang situasi dan lokasi time tu... he he
Yes, I did visit u there, but that was a decade ago? I remember you were grumbling about the staff also, but it was a very different kind of story. That was a little bit sensationalized! Ughh, may be I was wrong… Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari budakbudu dan keluarga.
Post a Comment