25 Nov 05 (Jumaat)...aku di dewan besar menghadiri jamuan raya organisasiku..ramai juga yg datang, makanan pun byk..biasa mcm tahun-tahun lepas. Majlis dihiburkan oleh artis2 dalaman dan artis jemputan Aishah dgn dua lagunya Camar Yg Pulang dan lagi satu aku lupa. Tak tau bila ler diorang nak jemput siti lijah pulak..
Ada satu ketika aku dan Mr clarias berborak dgn seorang individu tu...dia citer byk sgt jemputan raya kali ini yg dia terima, sampai dah tak de baju raya nak pakai dah..pastu masa dtg tadi dia tersaruk pakai songkok anaknya...lama juga layan dia borak, seronok jugak dengar citer dia, dah jadi tabiat aku kalo dgn org lama yg experienced ni aku lebih byk mendengar dan cuma bertanya apa yg patut...Begitu humble orangnya dan dia nampak selesa berborak santai dgn kitorang.. Tapi disebabkan interupsi dari bbrp individu lain, kami pun beredar. Dia adalah salah sorang tetamu jemputan ke Majlis tu. Tapi aku tengok bila majlis dah bermula dan para tetamu berada di tempat duduk masing2, dia masih berdiri berborak dgn sorang ahli akademik tu dan penyambut tamu atau PRO tak notice kehadiran dia,..lalu aku pun terpaksa memaklumkan mereka ttg perkara itu. Baru ler diorang bergegas usher Datuk Nasir tu (salah sorang board of directors kat AIROD) ke meja tetamu VIP.
Malamnya pula aku kelamkabut sebab nak sediakan apa yg patut..sebab aku adalah salah sorang commitee utk jamuan raya dept aku, dan aku juga commitee anugerah .. dan malam tu aku kena pastikan semua persiapan hadiah/sijil anugerah kualiti utk malam tu semua dah ready. Pn Timoh Amoh menang anugerah Most Promising Individual, harap2 20 tahun akan datang dia menjadi top gun...jangan jadi tukun dah ler ye.....(cam mr clarias cakap tu..) Malam tu juga byk makanan sampai berlebih-lebih..aku bawak byk jugak sate balik, tak larat nak makan. Tapi sebelumbalik, sempat jugak aku, madmid, dan bbbrp yg lain menge rjakan karaoke. Ramai yg yg nyanyi lagu2 raya... Abg mad mid dgn Angin Malam, aku pulak mmm... Biarlah Bulan Bicara....perghh...meremang bulu roma diorang mendengarnya...mamat khalid kata timbul-timbul goosebumps.
hari sabtu 26 Nov 05, aku gi ofis sekejap, pastu mr clarias dan timoh amoh pelawa makan tengahari kat rumahnya..kebetulan aku tgh lapar pulak. Sedap tomyam tu..(tak tau diorang beli kat mana) Malam pulak aku diminta datang tolong siapkan bahan pameran kat rumah mereka sama Meor..makan malam pulak kat situ sama meor. Masak lemak cili api, sayur kangkong, terubuk masin goreng, telur dadar, air sarsi...kenyang aku.
Ahad 27 Nov 05, pagi aku ke dewan besar untuk kerja-kerja pameran bersama commitee members yg lain. Jam 2.30 penilai memulakan penilaian untuk booth terbaik....
Isnin 28 Nov 05, aku pakai baju melayu sebab hari ni kena naik pentas. dah lama aku tak naik pentas kat dewan besar tu..risau jugak aku..mana tau kot sampeng aku terlondeh, tertanggal pulak kat atas stage depan khalayak atau kaki tersandoh masa berjalan kat atas tu...atau terlepas angin pulak masa tengah bongkok terima anugerah tu...itu semua kemungkinan...he he...aku rasa mungkin org lain pun ada yg rasa cam aku jugak.. tapi syukur semua berjalan baik. Aku agak kurang selesa pakai baju melayu bersampen ni, dalam seminggu ni tiga kali pakai.
Keputusan pameran terbaik..jatuh kepada booth jabatan mr. clarias, booth jabatan aku dan timoh amoh tewas satu mata je...tak pe tahun depan bertukar juara ler.
Macam sama je spek kita..
Mr. clarias dan isterinya, timoh amoh.
4 comments:
tahniah le dapat naik pentas....aku ntah bile gamaknya...tetap dan berpencen aku kat booth pameran tu...JUSA Z (khas untuk pegawai pameran)..he..he..
congrats dpt anugerah perkhidmatan cemerlang..entah bile ler aku nak merasa naik pentas mcm ko..patut la sate masa jamuan raya bendahari ari tu tak cukup...
terima kasih.. tahun depan korang berdua pulak naik. Sekarang ni korang dah boleh le kalo nak belanja aku in advance..
Aku cuma nak selamatkan sate-sate tu je..
eh..kitaorg baru je belanja ko mkn tomyam (ala yg ko kata beli kat wanida 2 tu...)..now it's your turn la...
Post a Comment