Sunday, November 20, 2005

Undangan Bulan Syawal

Malam 17 Nov 05 (Khamis) aku beraya di rumah Mr. Clarias dan Timoh Amoh di samping meraikan rumah baru mereka. Dah besar Ziyad dah pandai gelak-gelak bila diagah. Malam tu Meor jugak datang tapi agak lewat jam 9.. tahan ler lapar menunggu dia. Pastu terpaksa le makan nasi bertambah-tambah aku. Terima kasih kepada ziyad, baba dan mamanya yg sudi menjamu aku dan Meor...susah-susah je.
Pagi esoknya 18 Nov 05 (Jumaat) aku menghadiri... jamuan raya kesatuan kat tempat kerja. Ramai jugak yg datang sbb nak meraikan pesara-pesara spt Mak Esah, cik Fawziah dan yg lainnya termasuk meraikan kemasukan beramai ahli-ahli baru. Juadahnya lemang, soto, nasi impit dan lontong tak lupa kueh mueh pengisi perut.... Ucapan ala seloka dari Presiden agak menarik, taklah hambar cam sesetengah ucapan....
Masa tgh jamuan tu aku dapat missed call dari Fuad ayah si Fikri (Fatehfur Sikri). Aku tak sempat nak call balik. Tghari dia call lagi, rupanya dia pelawa datang rumah lepas kerja. Ber'openhouse' rupanya dia. Rumahnya dlm kawasan sekolah sbb wifenya warden asrama perempuan, jamuan dibuat di dining hall sekolah...senang dia. Menu-menunya meehon goreng, laksapenang, roti jala, bubur jagong, air teh, air kordial, kek, dan kueh mueh. Banyak aku makan dan sedang aku makan laksa, tiba-tiba aku telah tersendawa, amat lah kuatnya... kurang sopan jugak aku ni... sebenarnya aku ni jenis yg jarang sendawa dan tak pernah aku tersendawa sekuat itu. Walhal masa tu aku tak kenyang lagi. Kak Nora yg dok kat depan aku terbeliak biji matanya...sbb dia ni jenis senang terkejut. Pastu dia gelak...nasib baik cuma dia sorang yg perasan sendawaan aku itu...
19 Nov 05 (Sabtu) aku ke open house rumah Boss. Sedap sotonya...boleh le bukak biznes.
20 Nov 05: Petang tadi aku ke Shah Alam beraya di rumah Nadzri (Budakbudu). Disebabkan aku mempunyai masalah pengecaman jalan, aku ajak Hassan yg dok kat sek 19 tu temankan aku ke rumah Nadzri di sek 27. sebelum ke rumah Nadzri aku beraya di rumah Hassan tu dulu. Kenyang makan mee gorengnya. Di rumah Nadzri aku terserempak dgn Mad Diah, Nan di situ. Seronok borak-borak. Tapi diorang aku tgk macam dulu gak esp Budakbudu ...mcm 20 tahun dulu, maintain giler. Aku tak sempat jumpa Jurizan sbb aku balik dulu krn Hassan ada hal. Harap Nadzri sampaikan salamku. Byk juadahnya dan aku sempat makan Mee, Nasi Impit, Kopok Lekor dan kuehmueh. Terima kasih kepada Nadzri dan isteri kerana mengundang aku.
Aidilfitri kali ni aku tak dapat memenuhi bbrp undangan jamuan hari raya. Mungkin kerana kebetulan tarikh masa jamuan sama atau aku yg kesuntukan masa atau ada hal di tempat lain. Namun aku ucapkan terimakasih atas undangan2 itu, dan tetap kudoakan semoga mereka yg budiman itu dimurahkan rezeki berlipat ganda. Aku juga tidak dpt menjemput mereka ke innapan ku kerana kebizian yg terlampau kdg2 boleh mengganggu mental dan fizikal utk merencanakan semua itu. Kecuali si Arab dan abangnya yg awal2 lagi kenen ayahnya supaya beraya di rumah aku. So dtg lah diorang beraya, siap bawak satu tupperware kueh takut2 kat rumah aku takde benda nak makan. At least diorang boleh makan balik kueh2 yg dibawak tu.. Jgnkan kueh, sate 50 cucuk aku sajikan utk mereka bertiga...dan sekejap saja sate-sate itu dibereskan, senang kerja aku...Lepas habis makan, mereka menggodam komputer aku main games yg aku sendiri tak tau kat pc aku rupanya ada game canggih2 jugak, bebudak tu tau aje.. Tahun ni rumah Arab tak buat jamuan sbb ibunya sibuk bangat di sepital serdang yg baru tu. Kalo tidak mee rebus, meehoon singapore nye mmg le beshh....
Memori Beropen House
Masih segar di ingatan, aku juga ada sejarah menganjurkan rumah terbuka bersama rakan2 rumah sewa semasa di Desa Seroja dulu. Hah...Desa Seroja...(Budakbudu, arwah Ben pernah sampai di sini.) Entah camana di tahun tersebut aku dan member2 rumah (Isa, Bidi dan Din) begitu teruja utk mengadakan rumah terbuka setelah kami mengunjung rumah terbuka seorang kawan, ZainalAzman dan rakan2 rumah sewanya di Kg Baru..ZainalAzman ni budak Taiping, junior setahun masa course DPIM di Arau dulu. Budakbudu mungkin ingat... Zainal tu tinggi, cerah, misai, tak merokok, smart, dan budak baik ...rupa cam Pak Lah masa muda2...Boleh tengok gambarnya di sini. Dia jemput aku dan member2 rumah ke open house di rumah sewanya.
Perghh....respek abih bila tengok rumah sewa bujang boleh buat openhouse..ramai pulak jemputan tu. Ini tak boleh jadi...apa lagi, dlm perjalanan balik Bidi dan Isa pun berkobar2 nak buat openhouse... Kami berempat pun sepakat, buat meeting....set tarikh jamuan, sapa jemputan, menu, kelengkapan, brp sorang contribute etc.
Setiap orang dari kami menjemput rakan2 tempat kerja, kenalan dsbnya.
Menu kami yg masih jelas dalam ingatan:-
Nasi Beriani, Ayam Merah, Dalca daging, Acar - (Isa masak aku bantu, Isa ni biasa tolong bapak dia masak kenduri2 kat kampongnya di Banting...power cam rumah org kawin punya.)
Sate - tempah kat Sg Ramal sate yg belum bakar, (mintak tolong husin capang dan azman kipas sate. Diorang ni dok rumah lain.)
Meehoon, kuah kacang - tempah pada mak angkat Din beramboi
Nasi Impit - rebus sendiri ketupat2 segera ...
Karipap - tempah kat wak ripin(dah arwah)
Lemang - beli kat Jalan Cheras
Rendang - tempah kat seorang kakak tempat kerja Bidi yg rendangnya mmg power
Koktail Punch - campur buah kiwi, longan, epal, tembikai, hirisan oren -- Isa buat
Air Bandung Moden - sirap+susu pekat+ cair +icecream soda---- aku buat
Kacang goreng, pistachios.
Buah-buahan oren, anggur, honeydew, epal dan tembikai (tembikai2 ni besar, dibuat jadi cam mangkuk berseni, dan isinya yg dipotong kiub letak dalam tu , kreatif !)
Tapi kueh raya tak ada dlm menu sbb rumah bujang mmg tak de kueh raya kalao ade pun utk stok sindri saje..
Dua hari sebelum majlis, kitorang dah bertungkus lumus berkemas-kemas dan membersih luar dalam..kipas yg jarang dicuci pun putih berseri, lantai bukan setakat mop tapi dibasuh betul-betul supaya berkilat-kilat sampai menciutkan macam rumah baru...Maklumlah jemputan ramai termasuklah Din dan Bidi yg menjemput ramai makwe yg diorang kenal..kena jaga imej le diorang tu. Masa itulah aku tengok camana gigihnya kami berempat berkerja supaya event tu meriah. Bak kata org tua bulat air kerana pembetungnya bulat manusia kerana muafakatnya. Bentang carpet, tikar, kerusi2, meja-meja buffet dll. Gantung lampu liplap, gantung semua kad2 raya yg kitorang terima termasuk le kad tahun-tahun sebelumnya supaya nampak byk dan meriah....he he. Lampu-lampu diletakkan shade supaya nampak suasana yg warm dan ceria. Itulah pertama kalinya aku lihat rumah sewa tu nampak berseri dan berprestij..hehe. Dua buah meja makan dicantum jadi meja hidangan meletakkan makanan2. Ruang tamu rumah doublestorey tu mmg lapang dan besar, set sette yg agak usang disorok kat atas.....cuma ada TV saje kat luar tu...
Malam sebelum jamuan kami buat apa yg patut sampai 2 pagi..tidur sekejap je. Seawal 5 pagi Isa dah bangun bersiap untuk nasi beriani dan lauk pauknya. Yg lain pun bangun awal utk melaksanakan tugas masing2... ambil tempahan2, beli air batu dsbnya. Dari pagi lagi lagu-lagu hari raya ahmad jais, sanisah huri, sudirman dll. dimainkan.
Tetamu mula datang jam 1 tghari...tapi paling ramai antara pukul 2.00 - 3.00... susah jugak le tetamu nak cari parking. Yg datang-datang tu terdiri dari rakan kerja masing2 termasuk keluarga, member2 bujang, students dan jiran-jiran.
Segan jugak bila yg datang tu aku tak kenal spt member2 Isa yg kerja IMR. Walopun hall tu lapang tapi sbb ramai, ada yg terpaksa duduk kat tangga, ada yg hampir duduk bawah meja, dekat pintu dapor...kesian. Ramai dtg bawa keluarga dan anak-anak. Makanan mmg lebih dari cukup dan bervariety. Yg aku masih ingat, bebudak ambik anggur setangkai-setangkai..sbb tak dileraikan buah tu. Sepatutnya kena lerai.. Budak2 kecik kami sediakan duit raya.
Utk jamuan tu seorang kena contribute at least RM100. Lebih takper. Pastu campur baki duit dlm akaun dapor 300 lebih. Kos jamuan tu 800 ringgit lebih. Itulah kisahnya buat openhouse dalam lipatan sejarah aku. Tahun-tahun berikutnya tak buat sebab Isa yg komited dah pindah dok KL, dekat dgn tempat kejenye.
Mengadakan jamuan raya ala openhouse ni mmg memenatkan dan memerlukan komitmen yg tinggi dari setiap ahli barulah ia mendatangkan kepuasan. Terdapat suatu perasaan seronok yg sukar digambarkan. Termasuk masa itulah juga kita lihat rumah kita cantik berseri-seri, rasa rumah orang lain pulak...
Kini semua cuma kenangan...aku sekali-sekala ada juga berjumpa Din atau Bidi. Tapi dah lama aku tak berjumpa Isa, dia di IMR sibuk dgn research projectsnya. Dia buat research tumbuh-tumbuhan yg ada kaitan dgn drug, termasuk le poppy, cannabis sativa (ganja) dsbnya. Pasal kaskas tu biji poppi, Isa dah bagitau aku lama dah masa kat dapor rumah sewa Desa Seroja tu lagi..Dia juga buat kajian daun ketom yg tak lama dulu heboh diperkatakan. Isa ni juga yg sering mengheret aku ke Stadium Merdeka tgk bola, fanatik selangor dia tu. Kalo selangor menang ngan Perak diboonya kuat2 kat telinga aku..kalo selangor kalah, mencuka giler sampai takut plak aku nak mengutuknya. Final FA 1990 Perak menang dgn Selangor 4-2...nasib baik tak ditinggalnya aku kat stadium tu. Masa tu Perak yg dah cico 0-2 boleh bangkit lepas halftime dan akhirnya bantai Selangor 4-2...mana tak hangin satu badan si Isa tu...
Begitulah serba sedikit kisah openhouse dan imbauan aku semasa di Desa Seroja. Seronok sungguh dok rumah sewa tu... Ayah si Arab yg pelawa aku tinggal di situ masa aku mula bermastautin di daerah ini. Duduk rumah sewa tu kami berdisiplin jugak, basuh bilik air, sapu mop lantai dan memasak ikut jadual.. Kalo memasak, sebut jer apa nak makan..diorang terrer, kalah Oliver Twist Naked Chef tu. Skang jarang aku masak memasak ni kecuali kalo kepingin nak makan sesuatu yg tak ade jual kat luar baru Oliver Twist strikes back, kalo tidak, telan jer apa yg ada.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN....

1 comment:

McBudu said...

Terimakasih kerana hadir ke rumah aku.Anak-anak aku paling gembira bila membuka angpow pack yang kamu bagi. Mereka kata engkau uncle baik hati sebab kasi angpow yang quite generous. Mereka kata kalau Uncle Termizi datang tiap hari pun lagi bagus! Budak-budak....