Disebabkan hari ni aku masih bercuti lagi, petang tadi aku ke sebuah pasaraya bukan nak beli apapun cuma membeli kurma dan dukulangsat untuk buka puasa. Duku langsat di situ lebih sedap berbanding yg di pasar malam, mungkin lebih terjamin kualitinya. Itu merupakan kali ketiga aku membeli buah dukulangsat di situ. Sebelum ni mmg selalu aku beli di pasar malam baik dokong, duku langsat, duku dewan dan duku. Secara ringkasnya, species Lansium domesticum mmg menjadi favourite fruit of the year bagi aku tupasal aku suka citer pasal buah ni tetapi dlm species tu aku kurang gemar Langsat kerana agak masam dan besar bijinya yg kalau tergigit sangat pahit. Kenapa bijinya pahit aku tak pasti tapi mungkin lansium ni satu family dgn Mahagony...buah mahagony mmg pahit sepahitnya. Kadang-kadang agak susah nak kenal antara dukulangsat, dokong dan duku dewan. Dokong pula ada dokong basah dan ada dokong kering. Dokong kering paling baik kerana bila dikopek ia tidak melekit. Tapi kat pasar malam pandai aje dorang bagi nama.. Dokong Mas ler , dan macam-macam. Mmg susah jugak nak kenal buah-buahan ni. Bukan takat buahan aje, petang semalam masa aku kat kedai runcit dekat rumah aku, semasa aku di kaunter ada seorang gadis dalam usia awal 20an, berbisik kat tokei kedai (macam aku tak dengar..).... nak beli kangkong dan mintak ambilkan sbb dia tak kenal mana satu kangkong (Ipomoea aquatica)...tauke kedai pun satu, tertawa plak dia sambil pandang aku.. kesian awek tu..Ini mesti kes baru nak belajar masak kangkong goreng belacan agaknya...
Foto: Dukulangsat bersama kurma segar (dalam goblet) yg aku beli petang tadi...
Berbalik kpd citer pasar ramadhan...aku lalu 4 pasar ramadan tadi. Mak aii..ramai orang, nak parking susah....aku singgah satu aje itupun terpaksa menapak agak jauh. Pelik jugak aku, ngapa ramai sgt orang..buka puasa ala kadar cukup la...Bayangkan insan-insan lain yg kurang bernasib baik berbuka puasa....itu lebih baik. Anak-anak kecil lain ler, mereka dalam proses belajar berpuasa tentulah lain macam seleranya.
Aku tertarik dgn kata-kata Datuk Abu Hassan Din al Hafiz.....Ramai ibubapa yg memaksa anak-anak kecilnya belajar berpuasa..tetapi berapa ramaikah ibubapa yg memaksa anak-anaknya belajar solat? Kalau anak-anak ini dipaksa belajar puasa, mungkin dia akan puasa sampai dia dewasa..tapi pastikah dia akan mengerjakan solat? Sekiranya anak-anak ini dipaksa belajar bersolat dari kecil nescaya bila besar anak-anak ini akan terus mengerjakan solat sampai bila-bila dan juga tahu tanggungjawab untuk berpuasa tanpa dipaksa-paksa.
Renung-renungkanlah (sebut mcm farit ismet..)
6 comments:
ya..aku tak minat buah2 jenis duku langsat ni..tak tau ngapa...tapi kalau mempelam..perghhh..sampai kering le bijinya aku kerjakan...lagi satu jambu batu...aku cukup teruja kalau jumpa jambu batu yang taruk asam tu...
Ko tak hayati ler tu..ko kalau makan kena menjiwai betul2..baru dapat dia punya feel..tak caya tanya cik madmid, buah apa favorite dier?
Lupa..buah species dukulangsat ni favourite fruit of the year 2005 ler..tapi favourite dari dulu-dulu lagi mangifera indica tu pasal aku ternamakan blog ni dgn buah tu sbb aku tak tau nak kasi apa nama...so aku hantam la mangifera..cam ko jgak ler dgn clarias, bunyi cam watak dlm telenovela pun ada...hehehe
Duku langsat bagus bagi melawaskan kencing yang kurang lawas. Ia juga baik untuk pencernaan dan penghadaman. Tapi awas jika kulit dan 'perwatakan' sesebuah duku langsat itu hampir sempurna, kemungkinan besar pokok yang mengeluarkan buah itu telah di sirami dengan Racun Serangga yang meresapi akar seperti Furadan, Temig 10G atau racun-racun lain yang seangkatan dengannya. Pengeluarnya mengatakan ia tidak bahaya kepada manusia.... tapi boleh caya ke?
Boleh lawas? Ko bior betui...hehehe
Mmg furadan tu jenis systemic pesticide, tapi aku rasa effectnya kuat pada leafy vegetables, kat buah tak ada kot..
Depend on buah apa, manusia atau pokok? he he...
Post a Comment