Tuesday, October 11, 2005

Puasa zaman dulu-dulu

Mmg seronok mengingatkan kisah-kisah lama masa bulan puasa ni macam citer Mr. Clarias. Aku masa kecik-kecik sekolah rendah dulu ada jgak ngelat puasa serta puasa yang yok. Pernah le kena tarik telinga, kemudian bila time berbuka, kena duduk jauh-jauh tak boleh kacau org2 berpuasa berbuka.
Yg aku masih ingat citer masa aku tingkatan 3. Sampaikan masa ujian percubaan SRP aku boleh abadikan dalam esei subjek BM, citer pengalaman masa bercuti bulan puasa. Senang-senang aje cikgu aku kasi A1, mungkin dia ternostalgia gamaknya....
Aku nak citer balik kat sini agak komplikated, tapi yg masih terngiang di ingatanku bagaimana aku dan beberapa rakan kena kejar dek Pak Mat dengan sebilah parang panjang. Puncanya bukan apa, aku dan tiga org kawan aku telah mengambil lampu panjut dia yg terletak di tepi jalan, jarak lebihkurang 50 meter dari rumahnya. Lampu panjut tu kononnya kami cadang nak gunakan minyak tanahnya untuk tujuan unggun api. Ingatkan takde orang, rupanya Pak Mat dari pintu rumahnya dah nampak. Apa lagi dengan sebilah parang panjang dia menjerit "Hoi.." dan mengejar kami. Betul-betul dikejarnya kami...Dikejarnya kami sampai ler kami terpaksa menyorok, meniarap dan berselindung cuma di sebalik helaian rumput dan lalang saja (macam citer Combat..). Tak teringat pulak ada ular ke, lipan ke pada masa tu. Jarak kami dan Pak Mat lebihkurang lima meter jer...dan Pak Mat mundar-mandir pulak kat situ,..Agaknya bila dah tak dapat nak kesan kami, Pak Mat pun balik. Nasib baik malam tu gelap...kalo tidak, tak tau saper yg kena... Mujurlah Pak Mat tak cam bebudak yg dia kejar tu. Bila Hari raya kami pun beraya ke rumah Pak Mat bersama org2 kampong lain dan kami pun ambil kesempatan hulur tangan bermaafan dgnnya. Sampai la dia tak tau... dan dah lama jugak aku tak jumpa member-member aku tu.. Ume (Omar), Kodek(Abdrani) dan Busu(Hasan).

Pak Mat tu jiran sebelah rumah aku, orang kaya...dia pernah cakap kalu nak pinang cucu dia hantarannya mesti ada dua bentuk cincin berlian...tu yg Budakbudu tak renti-renti kirim salam kat cucu Pak Mat tu. Tapi aku tak sampai-sampaikan jugak salam tu hingga ler budak perempuan tu dah beranak pinak sekarang ni..... hehehe....
Masa aku umur nak masuk 19 tahun, aku praktikal di Ladang Jabor Valley sempadan Tganu/Pahang bersama Ben (alFatihah). Kat situ ader ler sorang minah namanya Asmah (mirip2 Adibah Noor...) pernah jugak Asmah tu hantar kuih masa nak buka puasa, ...aku kata kueh itu utk Ben, Ben kata kueh tu utk aku.... tak tau mana satu.

Satu malam tu aku dan Ben nak buat bunga api..agak kreatif sikit, kami lipat kertas surat khabar lama jadikan cam parachute dan bakar tiap-tiap bucu parachute tu. Maka parachute tu pun terbang tinggi ke udara sbb tekanan udara panas...macam hot air balloon ler. Mmg cantik parachute tu menyala dan terbang tinggi..dan bila dah tinggi ia pun pecah dan berserak-serak, nampak ler macam bunga api.

Esok pagi....ader ler satu minah indon tu namanya Sutra..bercerita dengan geng-gengnya termasuk Asmah depan aku dan Ben. Dia (sutra) kata malam tadi dia nampak polong..berapi-rapi polong tu terbang. Dan bila dah tinggi sampai pucuk kelapa, polong tu pun pecah tujuh, seram sungguh katanya. Hehehe...tak tau dia itu angkara kami, bior ler dia seram sensorang... yg kelakarnya pecah tujuh tu (sempat pulak dia mengira....) Empat tahun kemudian aku jumpa si Sutra ni masa kerja di Temerloh, seluruh keluarganya telah berpindah ke situ. Asmah pulak aku tak tau di mana, agaknya dah jadi artis buat album kot...

12 comments:

Harith Faruqi Sidek said...

ko ke yang pakai t-shirt biru dalam gambor tu? patut le pak mat sungguh2 meligan korang....nostalgia citer2 tu semua...semuanya tinggal kenangan yang sayangnya tidak terakam...hanya terabadi dalam minda sahaja...itu pun selagi tak diserang nyanyuk...

indica said...

Betul tu..nasib baik le ada blog ni tempat aku merakamkan epilog-epilog sensasi dalam hidup aku. Nak disimpan di kepala, tak tau samada boleh bertahan lama. Nak minta orang tulis Memoir aku, takde siapa yg nak...hehehe

McBudu said...

Sampai hati kamu tak sampaikan salam aku pada cucu Pak Mat tu. Patutlah salam aku tak pernah berbalas, ingatkan aku ni bertepuk sebelah tangan ke, rupa-rupanya kawan sendiri sabotaj!. Tapi mungkin juga ada hikmah di sebaliknya, kalau tidak mungkin sekarang ni aku hanya ada sebelah tangan saja, kena parang dengan Pak Mat! Ataupun aku sekarang dah tak bertegur sapa dengan kamu akibat merampas buah hati kamu! Allahuallam.

indica said...

Hehehe..... Ingat lagi ko makan KFC di Kampar dengan aku siap bawak adik lelaki budak tu.

McBudu said...

Aku tak ingat adik dia tu. Yang aku ingat ada budak Ayor Kuning nak naik bas.Ada sorang budak nama Irzdan Rizal kasi address. Dia ada hantar surat ke Arau kepada IRZDAN RIZAL (Entah sesapa) Lepas tu si Irzdan tu pergi US terus lost contact.

indica said...

Yg tu aku tk ingat..mungkin time tu ko practical dgn hanip gedumbuk kat guthrie sg siput, gamaknya...

McBudu said...

Memang kamu. Itu aku ingat 100 percent. Lepas tu kamu nasihatkan aku tak baik permainkan perasaan anak dara orang. Tu lah sebab aku kena pergi US, pas tu terus lost contact. Masa tu tengah clash ngan Bambang Pamungkas!

indica said...

Hehehe...ye ye..aku ingat yg Irdzan Rizal tu, siap pergi US ye..tapi aku lupa masa bila ko kenal budak ayo kuning tu..

Dah jadi bambang pamungkas plak..hehe..tak patut kamu..

McBudu said...

Ok sorry, tak berniat aku nak berkata sumbang tentang bintang bolasepak itu, aku cuma mengulang ungkapan kamu apabila merujuk subjek itu. Selepas ini aku akan rujuk dia dengan nama lain. Mungkin kamu boleh cadangkan. Tapi bukan Prakas Padukone.... oh tidakkkk

indica said...

Hehehe..kat mana dier skang ni gamaknya...

McBudu said...

Tak tahu pulak aku. Kalau kamu jumpa sampaikan salam aku padanya.

indica said...

Kalau aku jumpa ler...