Monday, October 24, 2005

Arap dan Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri

Tak de aper nak diblog...dan cerita kali ini tiada kena mengena dengan negeri Arab tapi seorang anak bernama Arap, atau Mohd Asyraf nama sebenarnya. Sejak masih kecil merangkak lagi Arap agak rapat dgn aku, maklumlah masa tu rumahnya tak jauh dari aku dan ayahnya selalu minta bantuan aku tolong menjaga Arap di samping banglong (shidi) dan kakngah (ecah)terutama bila ayah Arap terpaksa menjaga anak-anak kalau isterinya berkursus lama dan jauh... Jadi bila rakanku itu ada hal dia minta tolong aku bantu dia..lebihkurang macam daddy day care ler..he he.. Letih jugak aku melayan dorang bermain tapi aku seronok dengan mereka. Adakala Arap lebih suka dgn aku dari ayahnya yg kdg-kdg garang tu...lebih-lebih lagi dgn aku senang dpt jajan ke, mainan dsbnya. Pernah sekali aku ke luar negara dan family Arap pun sama pergi. Bila di sana dia byk ikut aku jalan-jalan di tempat orang tu, masa tu umur dia 3-4 tahun je. Eeh..kalo difikir balik, nasib baik tak jadi apa-apa kat negara orang tu..Terusterang aku sememangnya rasa begitu dekat dgn Arap disebabkan aku kenal dia sejak kecil. Sekarang Arab dah besar, aku pun jarang jumpa dia sbb rumah dah agak jauh..dulu ada juga dia call remind aku of his birthday. Kini dah besar mungkin dia tak brp ingat aku lagi..tapi aku masih ingat kat dia sbb dia satu2nya anak kecil yg rapat dgnku. Aku anggapnya sama seperti anak-anak buahku. Pernah aku terpaksa menyorok2 kalau nak balik dari rumahnya sbb jika dia nampak aku balik dia akan menangis..sekarang agak jarang dan sukar bertemunya, sekali-sekala aku bertanya khabar Arap dari ayahnya. Dengar cerita dari ayahnya puasa tahun ni dia belum ponteng lagi, dan tiap hari dia mesti nak bersahur kalau tidak dia tak tahan sbb dia budak sehat, perut besar. Gambar ni masa umur Arap lebihkurang enam tahun..skang dah 11 tahun dan aku pasti gembira dan tumpang berbangga jika suatu hari nanti Arap akan menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang.
Malam Sabtu lalu aku diajak oleh borak-borak sambil pekena somtam, kerang bakar dsbnya di satu tempat di tgh kotaraya dah byk kali aku pergi tapi tak pernah ambil tahu nama sebenar tempat itu. Bila Fuad Del Kece bercerita perangai anaknya si Fikri, aku teringat pada satu karya besar A. Samad Said, Bulan Tak Bermadu di Fatehfur Sikri. Sikri dan Fikri tak jauh bunyinya...
Fuad menceritakan keletah anak-anaknya si Hanip dan si Fikri berpuasa. Kesian jugak bila dengar Fuad yg terpaksa menghadapi kecaman serta ugutan demi ugutan dari anak-anaknya yg baru belajar berpuasa tu. Budak-budak ni memang cepat naik angin dan agak sensitif kalau berpuasa. Pantang silap sikit dan demand lain macam..bunga api, air soya cincau mesti ada le dsbnya. Fuad yg penyabar tu pun kadang-kadang tak tahan bila budak-budak tu asyik mengamuk dan mengaruk tak tentu pasal terutama bila petang di mana budak-budak ni suka duduk kat dapor mengadap makanan. Kalau budak-budak tu letih nak minta berbuka, Fuad akan suruh mereka bertahan. Seperti baru-baru ni, bila Fuad buat tak tau dan tak layan, diorang mula mengugut, ...kang adik makan kangggg....kata si Fikri sambil memegang ayam goreng ke mulutnya. Fuad yg dah hilang sabar, meninggikan suara " MAKAN..MAKAN LE"... Fuad ingat budak-budak tu takut dgn gertakannya. Tapi tidak, ayam goreng tu terus dingap oleh Fikri, terus terkedu Fuad kerana waktu berbuka cuma tinggal setengah jam saja.
Itu le gaya budak-budak berpuasa sekarang ye..

4 comments:

Harith Faruqi Sidek said...

wah ko dah pande cite pasai budak2 ni...tak lama lagi merasa la aku nasik minyak kawah ko ye....amin..

McBudu said...

Debab budak nih. Elok buat menantu... he he. Aku maleh memblog pose-pose nih... nanti raya je..ko ada gambo jurizan... ?

indica said...

Boleh le book skang, budak tu mmg elok sgt buat menantu, aku boleh jadi guarantor nyer...dhania, dhalia amacam? ..

Gambo jurizan? He he he...rasa takda, nanti aku cari...

Anonymous said...

woit zi...aku terpikir-pikir jugak negara mana yang ko melawat dgn si arab tu?????