Thursday, October 06, 2005

Al Fatihah Buat Ayu II

Bila terbaca berita pengadilan kesnya di akhbar Harian Metro hari ini, terasa baru benar aku abadikan catatan tentang arwah di blog yg tak seberapa ini. Aku masih ingat aku juga berada di suasana pilu post-humus convocationnya tahun lepas. Di situ Siti Nurazma (rakan karib arwah) juga memperkenalkan aku kepada adik-adik dan ahli keluarga arwah. Telah lebih setahun Norzi Ayu meninggalkan dunia yang fana ini dan berita yang muncul di hari ini pastinya mengembalikan ingatan kepada sesiapa yang pernah mengenali arwah. Al Fatihah.
Berita lanjut: "Ingat Pada Tuhan"

2 comments:

McBudu said...

Crimes of passion are abrupt and impulsive acts of violence committed by a person who came face to face with an incident wholly repulsive and unacceptable and who technically, for the duration of the act, are insane and incapable of self-control. Very unfortunate in this instance it has taken a life of a young innocent girl whom you know very well. The tragic death is indeed unacceptable to you, me or anybody who reads the chronicle. Sometimes we just don’t understand why it happened to somebody who is so naive, and humble.

Nonetheless, during times of deep despair and sorrow we normally seek comfort and guidance in the words of Allah. Allah reminds us that all people will be tried and tested in life, and calls upon us to bear these trials with "patient perseverance and prayer." So Allah said; "Seek Allah's help with patient perseverance and prayer. It is indeed hard except for those who are humble." (2:45)

Al-Fatihah to Arwah Norzi Ayu.

Harith Faruqi Sidek said...

Al-fatihah....

Trajedi ini sukar dipercayai boleh berlaku dan melibatkan insan yang beragama islam...bagaimana nafsu amarah boleh merobah insan menjadi begitu antagonis. Episod duka bagi kedua keluarga, keluarga Ayu yang meratapi pemergiannya serta keluarga Wandi yang berduka kerana insan terpelajar yang diharap menjadi kebanggaan mereka sebaliknya terhumban ke ruang kotor dengan tangan yang bersalut darah manusia yang kononnya dicintai sepenuh hati...kau tamak wandi..hati ayu tak dapat kau miliki, sanggup nyawanya kau gadaikan...tak terfikirkah olehmu yang ayu ada keluarga ada masa depan dan kau sendiri ada masa depan, namun yang paling penting kau ada agama....semoga detik-detik yang kau habiskan di balik tirai besi akan kau penuhi dengan keinsafan dan taubat..sebelum hukuman dunia dijatuhkan, masih ada ruang untuk kau membetulkan kiblat dan carilah pintu taubat yang masih terbuka itu....sesungguhnya Allah itu maha pengampun..