Tuesday, October 04, 2005

Ada lagu dalam kursus

Akhir Julai dulu aku mengikuti satu kursus di Gunung Ledang dan minggu lepas sekumpulan staf di tempat kerjaku pula mengikuti kursus yg dikendalikan oleh konsultan yg sama. Lagu tema bagi kursus-kursus tu agak menarik. Hingga boss pun teruja dan minta aku dapatkan lirik lagu tersebut. Lagu mengenai kebesaran dan keagungan kasihNya.
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulalah siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung di lembah di darat di air
Siapapun hamba keikhlasan doa
Keagungan kasih merubah takdir

Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru, ku sebut namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung di lembah di darat di air
Siapa pun hamba keikhlasan doa
Keagungan kasih merubah takdir
Selain di atas ada juga lagu-lagu yg aku suka liriknya spt lagu-lagu Ebiet G Ade atau Zubir Ali.

2 comments:

Harith Faruqi Sidek said...

lagu Ukays tu...camne le gamaknya rupa bos ko nyanyi lagu tu masa mandi yek...he..payah nak imagine tu..he..he..

indica said...

Cuba-cuba le imagine...