Thursday, September 29, 2005

Take me home to the place I belong




Menyusuri jalan kenangan Tiger Lane, di sini aku pernah bermain, di sini juga aku pernah jatuh.. membesar selama 5 tahun dari seorang anak kampung menjadi anak modern...ada waktu belajar, waktu bermain, waktu mentelaah (prep), dan semestinya ada waktu tidur.
Di tahun pertama kerapkali selepas minum petang, aku menghabiskan masa dgn tidur petang sampai bengkak mata..sedangkan rakan-rakan lain sibuk di gelanggang, di padang..Di tahun kedua aku mula berjinak dgn bolatampar dan rupanya aku cepat mendapat skill hingga aku terpilih mewakili sekolah...bukan pemain simpanan, pemain tonggak plak tu.. Kenangan manis menjadi Johan Bolatampar Bawah 14 tahun seluruh Negeri. Pastu jadi Johan Bawah-17, naib johan entah berapa kali U-18, U-20, Open....Tak sangka aku boleh hebat cam tu. hasil bimbingan dari jurulatih yang dedikasi Mr. Chong Swee Ching (mendiang) yg juga mengajar subjek sains paduan (Integrated Science) masa menengah rendah. Dlm SRP aku dpt A1 dlm subjek tu.
Batch aku merupakan batch pertama menggunakan bahasa melayu sbg bhs penghantar sedangkan senior-seniorku dlm bahasa kolonial. Tetap dalam ingatan, di sini di malam minggu aku dipertontonkan dengan wayang...movie pertama yg aku tonton di sini" Guess who came after dinner", pastu byk le seperti Love Story, Exorcist, Kramer vs Kramer, Sinbad, Samson Delilah dan beratus lagi dan ini tidak termasuk movie2 yang aku tonton di panggung Grand, Cathay di bandar Ipoh spt Grease, Bobby....etc. Di sini aku bukan dalam golongan high profile ....kawan-kawan aku adalah member-member volleyball dan juga beberapa kerat yg rapat spt mat cool, izad, khairul. Masa form One aku dok di Blok J ... budak form one tak boleh campur senior-senior....pastu tahun-tahun berikutnya aku duduk White House campur senior...kena buli basuh baju dsbnya. Tapi aku tak basuh pun, celup-celup ajer..
Masa form one cikgu aku Ms Pearly Ong, ibu kepada Canny Ong yang kematiannya agak tragik jadi berita besar dalam media tanahair. Ms Pearly Ong seorang yg baik, aku dapat A1 dlm matematik yg diajarnya masa SRP. Tapi sayang, masa form 4 aku lupa diri..seolah berfantasia bulan madu. Aku jadi seorang yg leka dan kurang beri tumpuan pd study. Yg satu dorm dgn aku mat cool, izad, bambang..di samping bbrp junior...Yg aku tak boleh lupa ..mat cool pernah mengejutkan aku jam 3 pagi utk ajak aku study tapi aku pulak naik berang dan tak sengaja tertampo dier. Kesian aku..kalo aku rajin ikut dier study, mungkin aku juga senang2 dapat gi oversea cam dier yg pergi Canada. Izad yg katilnya bertentangan dengan aku ke Illinois, kini pegwai penting di bank negara. Bambang yg sebelah katil kanan ku jadi lecturer kat upm, ntah2 dah naik prof ke... Aku tak ler frust sbb takdapat pergi oversea, sbb sendiri yg malas. Lagipun kalo duit byk bila-bila masa boleh pergi, cuma susah sikit ler kalo nak dok selama 5 tahun. Lain le kalo makan ditanggung..
Tiger Lane..aka Jalan Harimau...
suatu waktu dulu aku sering menyusurimu,
di pagi-pagi minggu selepas dormitory inspection
untuk sekadar makan nasi lemak lauk sotong Wak yg enak bangat
sambil menikmati irama Hotel California, Ready For Love dari Juke Box di kedai wak .
Tiger Lane, kini kau telah bertukar nama,
dan aku pun merasa kian asing .....uhh...asing lagi.

5 comments:

McBudu said...

I had a different reminiscence of Tiger Lane. I was there (STAR) in 1968, to send my brother in. He also rose from a kampong boy to a prominent rugby player who played for STAR and Perak under 18, 4 years in a row ! What a great School!

Anonymous said...

Glad you'd been there. No wonder, there's spirit of a Starian in you ...I could sense it.

Anonymous said...

u`re now a STAR that rose from dust...

Anonymous said...

I am ex-SDARian ,Tanjung Malim.

Pak Adib

indica said...

Pak Adib,

We are blood brothers then...am glad to have you here.