Wednesday, September 28, 2005

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan
ho ho ho ho... ho ho ho ho...

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ho.....

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapa ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang
ho ho ho ho... ho ho ho ho...


Bila puisi disebut lagu..aku teringat yg aku juga punya minat kepada lagu-lagu yg agak puitis...yg terpilih saja. Antara yg memberi impak yg agak kuat yg membuat aku minat pada lagu-lagu puisi ini adalah Abdul Ghafar Abdullah. Dengan suara jernih beliau yg selamba, lagu-lagu yg dialunkan begitu mengesankan. Aku mula kenal dengan Ebiet sekitar awal 80an bila rakan sepraktikal aku Faris Ahmad Ghazi membawa kaset-kaset lagu Ebiet G Ade ini ke Kota Bahgia Segamat Johor. Hampir 2 bulan aku mendengar lagu-lagu Ebiet sampai aku boleh mengingati bait-bait puisi yg beliau ungkapkan dalam lagu-lagunya. Mulai itu aku rajin membeli kaset-kaset Ebiet G. Ade. Tak tau sudah berapa kali, asyik lenyap aje dari pandangan aku. Tapi yg masih kusimpan sampai kini sebuah kaset kompilasi original yg bermutu tinggi yg aku beli di sebuah kedai muzik di kota Medan lebih sedekad lalu. Mungkin itu kedai kaset canggih pertama aku masuk masa tu kerana di situ disediakan kemudahan pradengar bermutu tinggi. Tapi sayang, kaset itu kini menjadi sejarah yg masih wujud..camana tu..sebab aku dah tak ada cassette player dah tukar CD player (3 kali dah tukar).

Kini agak susah aku mencari CD Ebiet G Ade di pasaran. Dah puas aku jenguk-jenguk kat kedai..masih tak tak dapat..Tak tau kenapa...tapi yg pasti di Medan Sumatra setelah bencana tsunami yg menimpa. Habis kedai muzik diserbu utk mendapatkan CD/kaset Ebiet. Lagu-lagu Ebiet banyak diminati masyarakat pasca gempa dan tsunami yg melanda sumatra. Mungkin lagu-lagu beliau memiliki syair-syair yg sangat dalam utk mengingatkan orang tentang kebesaran Ilahi.

2 comments:

Anonymous said...

See everything your kids do online
The story of Katherine Holmgren's life is coming out, key by key, on a website virtually everyone can read.
Find out how to buy and sel anything, like music on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on anything, like music!

McBudu said...

Mana Faris? USA kat ner? how to look up for him..?