Tuesday, September 13, 2005

Aku dan Cuti

Terkilan aku sebab tak dapat join diorang ke Pulau Perhentian minggu lepas. Aku tau pun last minute..kalo ikutkan aku boleh ambil cuti tergempar tapi tak elok le sbb ada mcm2 hal kat opis ..meeting dan kerja2 yg belum selesai. Sedih jugak dengar cerita menarik dari diorang dgn air laut jernih dgn pelbagai ikan-ikan. Pastu bakar ikan fresh..... aku boleh bayangkan keseronokannya bila teringat kenangan semasa di Pulau Sibu sedekad yg lalu (1995). Time tu camping dan aku masa tu cuma pembantu aje dari segi menyediakan prasarana, member lain ada yg jadi technician termasuk le tarik karan dari rumah pakcik kat pulau tu..tukang2 masak mmg handal..simple tapi sedap. Makan ketam, ikan yg fresh2...bila balik aku bawak beg pakaian aku penuh dgn kulit Kima (kerang gergasi) yg berat mcm batu aku bawa balik. Seronok...bila berada di pulau teringat Panggilan Pulau... Itu baru Pulau Sibu...Perhentian tentu lebih tarikannya.
Nostalgia : Ini lah meja-meja dengan lampu-lampu gasolin.. tempat ku melepak di Pulau Sibu...

Nostalgia-nostalgia jugak...bila le aku dapat cuti ni. Baki cuti ada 71 hari .....

No comments: