Friday, October 03, 2008

Ampun Maaf di Aidilfitri

Tahun ini tak balik kampong, aku beraya di Gombak. Sudah byk tahun aku meninggalkan suasana beraya di kampong di Perak. Agak menyedihkan terutama bila dapat SMS dari Din yg bertanya 'tak nak jumpa kawan-kawan lama ke? Din berkerja di pejabat tanah teluk intan..katanya kawan-kawan lama ramai juga balik....Tak tau nak jawab apa, cuma dari jauh kupohonkan ampun maaf...tak dapat kita bersama, meraikan Aidilfitri yg mulia..(spt kata lagu arwah Sudirman..).

Bagi aku, yg touchingnya beraya di Gombak, di setiap pagi Aidilfitri...selepas mengenakan baju raya, ada sesi bermaafan atas semua salah silaf, halalkan makan minum segala kpd yg tua. Tahun ini pula sesi bermaafan berlangsung selepas sembahyang raya. Seperti biasa suasana agak mengharukan bagi yg berkenaan...Menitiskan airmata tu perkara biasa ..tapi aku cuma control sebak je..

BangCik (adik) memohon ampun maaf drp Kak Yong..
(sesi agak lama sbb ada penjelasan dari kedua belah pihak..hehe)

8 comments:

Chareal83 said...

Salam Aidilfitri,
Erm.... sape punye pic ni ek? Hehe..

indica said...

Salam Charil,

Hehe..mahal tu..tupasal jadi gambar hiasan..

McBudu said...

Barangsiapa yang lebih-lebih sebak tu, merekalah terdiri daripada orang-orang yang banyak dosa... he he.

indica said...

mcbudu: hehe..aku ni terdiri drp mereka yg cepat insaf..tu pasal cepat sebak.

Chareal83 said...

Off Topic jap...
Pee ada dapat album pilihan emas Freedom, tapi lagu yang di cari takdelah...

indica said...

Charil..yg emas pulak senang dapat ye. ok le tu..hehe

Chareal83 said...

Ada maklumat terbaru... hehe
Lagu yang saudara mintak takde dalam senarai mana2 album Freedom, termasuklah dalam album solo Seha dan shuib...

Maybe salah tajuk kot...

indica said...

Larr.. silap kumpulan kot. Tak pe, terima kasih atas kerjasama saudara....sehingga ada permintaan lain. Heheh..