Tak sangka aku boleh berada di sini. Kajang sebuah pekan yg padat..jalan-jalannya tak semegah segitiga emas apatah lagi orchard road di singapura tu, tapi ia tetap menarik pengunjung kerana sate nya. Waktu aku mula-mula di sini, bau sate semerbak di pekan kecil ini...mungkin di masa tu aku tak biasa lagi. Sekarang aku dah immune, tak terhidu sgt dah..atau mungkin juga sate2 dah dilonggokkan di medan sate yg jauh sikit dari pusat pekan, sekarang kat sebelah stadium tu...tapi ada juga bbrp kedai kat tempat lama.
Miskipun aku dah jadi orang pekan ini, aku boleh dikira berapa kali setahun aku makan sate. Kalo ada sedara-mara datang, baru le aku beli sate, tu pun bungkus...sekali2 tu ntah apa giler ada jugak aku pi makan sate kat medan sate tu...Tapi aku lebih nostalgia sate di kampongku di teluk ensen dan kuahnya juga lebih sedap...
Di atas bukit inilah suatu ketika dulu aku pernah jogging, masa tu ..ramai org joging atau ambik angin petang tengok sekeliling kajang. Sekarang aku dah tak jogging lagi..
Masa aku jogging dulu, terdapat tapak yg lapang dan luas kat atas puncak bukit mewah ni...ramai org lepak2. Pehtu tak boleh lepak lagi sbb kondo ni dibina. Mmg seronok saper yg duduk kondo ni... terletak kat puncak paling tinggi kat kajang, pergi pekan jalan kaki jer.. harganya dulu dlm RM110K, kira murah sbb masa tu tgh heboh tragedi highland tower tahun 93. skang harga berlipat ganda pulak dah..300K, kalo penthouse boleh cecah 500K. Aku suka tengok condo ni..Lokasi cantik, boleh tgk kwsn from bird's eye view...KLCC twin tower pun clear, genting highland cam dekat jer..masa dulu mana reti nak invest benda2 property ni..
Banyak nak citer...esok mai lain la..
3 comments:
aku dulu penag sekolah kat sekolah rendah jalan bukit kajang...guru besar masa tu cikgu wong..dia ada stesen minyak kat semenyih..cikgu paling garang masa tu cikgu shaari, dia ajar matematik...banyak pengalaman aku kat sekolah ni..mak aku berapa kali kena panggil datang sekolah pasal aku...aku ni pemalu, cikgu tanya aku tak jawab, so cikgu panggil mak aku...tapi sebenornya aku tak nampak apa yang cikgu tulih kat papan hitam...he..he..aku penah berapa kali dah samapi sekolah kena patah balik rumah..kes beg sekolah tertinggal atas rak kasut..dah sampai sekolah,sedor2 beg sekolah tak ada...mamai di pagi2 buta.Mercu tanda Kajang sebenornya Great Wall kajang...tapi dah pupus, tewas dek arus pembangunan sosioekonomi penduduknya..
Aku cuma tahu kertas kajang dan satay Kajang, itupun makan dekat USJ, Subang Jaya...
rith: memang masa aku mula sampai Kajang dulu, Great Wall le yg terkenal sampai ada dua lagi..skang ntah ke mana.
budakbudu: Lerr..aku ingat ko selalu makan sate di kajang, siap mention nama2 kedai sate tu, tapi nama2 yg aku tak pernah dengar...he he
Post a Comment