Jumaat 2 Dec 2005 - aku ke Johore mengunjungi rumah abangku Sofian di Pasir Gudang. Anak buahku dgn myvi barunya ajak berkonvoi ke sana, disebabkan inilah masa paling sesuai maka aku pun ambil cuti. Seingat aku, ini adalah kali ke enam aku mengunjungi Johore Baru...pertama kali dalam tahun 80an selepas praktikal di Kota Bahagia aku mengambil bas dari Segamat dan abgku menunggu di stesen bas JB. Masa tu abangku duduk rumah sewa bersama rakan-rakannya. Di waktu itu juga dia tgh asyik cintan-cintun dgn makwenya (kakak iparku sekarang..wakaka) Jadi percutianku waktu itu terpaksa dilayan oleh kawan-kawan rumahnya, all johorean javaneses....setengah pendapat mengatakan org jawa johore are the most friendliest people, dan berdasarkan pengalaman seminggu bersama mereka aku mmg bersetuju dgn kenyataan tersebut... Masa abgku tgh sibuk bercinta tu, kawan2 dialah yg entertain bawak aku pergi ronda2 JB, makan2 dan tengok wayang. Semua diorang support. Wayang yg aku tonton bersama diorang....the poltergeist ... citer seram.
Tapi kedatangan kali ni ..dua puluh tahun kemudian, aku tak ronda2 JB..padaku JB tak jauh beza dari bandar lain..
So, sabtu 3 Dec 2005: Aku ambil kesempatan ke seberang tambak, sekadar jalan2. Aku cuma mintak sofian tumpangkan aku ke terminal bas Larkin dan aku ambik bas ke Queen Street. RM2.40 tambang pergi (tambang balik SD2.40)…sama figure tapi nilai yg berbeza. Xchange rate time hari tu SD100>>>RM222.







Dari Orchard Road aku naik MRT utk ke Bugis Street..MRT adalah transportation yg paling convenience..cepat dan tepat. Ada bbrp station yg aku lalui Sommerset, Dhoby Ghaut, City Hall..dari City Hall aku ambik train Marina Bay dan singgah di Bugis ....jalan2 sekejap di Bugis Junction. Gamaknya suatu ketika dulu, mungkin ramai org bugis kat sini...Agak happening jugak kawasan ini..



Tanjung Puteri..
di mana menghilang
hembusan syahdu angin Selat Teberau
di sisi pusara si Bongkok terkuburkah rindu?
Tanjung Puteri..
rebakkah sudah pantai Lido?
palsukah mesra Danga Bay yang keliru
selamat tinggal Tanjung Puteri
panjang umur berjumpa lagi....
4 comments:
Satu Pengakuan ikhlas dari ku, aku tak pernah menjejakkan kaki ke pulau Singa seumur hidupku !
masa aku kecik2 dulu, penah gak p singapore mak bapak aku bawak..masa tu aku tak de adik lagi laa..cousin aku si acap pun p gak...seingat aku masa tu aku umur 5 thn kot..kitaorg stay kat umah sedara mak aku..tp lepas tu aku memang tak penah jejak kaki dah kat singapore.. aku ada gak tepikir nak p thn depan..tp kena la buat passport dulu..maklumlah dulu aku share passport ngan mak aku..passport 19 tahun yang lepas...
Hehehe..masing-masing buat pengakuan ikhlas nampak. Bagi aku, mungkin kecik2 dulu selalu dengar radio singapore..tu pasal aku minat sikit. Dan ini kali ke 3 aku ke pulau Singa tu. Kali pertama ekspedisi secara solo, kali ke2 ekspedisi 10 orang dan yg ke3 ni secara solo lagi...bukan ape, itu semua sbb ada masa dan peluang. Aku mungkin suka melawatnya tapi tak suka jadi pemastautin.
Aku bukan apa, tak nak pegi singapore tu... cuma takut di serang todak!
Post a Comment