Click the pic to read
Ntah mana aku letak folder sijil2 sekolah aku...aku harap semua tak hilang, mungkin ada kat opis. Kalo hilang, tandanya aku takkan gatai tangan lagi apply apa2 benda promotion in future.. Yang ada cuma folder lama. Masa belek2 folder lama warna oren tu, terjumpa satu keratan akhbar lama ...he he, satu coretan masa aku tgh rajin dan fanatik mengikuti perkembangan bolasepak tanahair suatu ketika dulu.
Dulu tahun 89 dan awal 90an aku agak fasih dan tak gagap bila berbicara pasal senario bolasepak semi-pro era tu, masa tu sebut jer pemain mana.. aku kenal, termasuk pemain2 simpanan. Rajin sungguh aku, sampai dua kali aku hantar komen dlm paper Utusan..tapi pakai nick Pemerhati Bebas. Pastu pernah sekali call NST , teka dan komen sikit pasukan mana akan menang final Piala Malaysia tahun tu, terpampang nama aku, masa tu nama betul.. macam bagus je....hehe. Kalau aku minat dgn hobi tu sanggup buat apa yg mampu..kalau study tak mau plak camtu..Masa tu aku pun ada t-shirt, cap, muffler.....selalu beli majalah2 pantang ada citer Yop atau team yg sensasi cam Singapura etc...
Mmg fanatik sikit aku dgn bola semi-pro masa tu...ramai star2 pulak tu,...Azizol Abu Hanifah, Abas Saad, Alan Davidson, Fandi Ahmad adalah antara bintang yg aku kagum ...dan pasukan yg buat aku jadi 'kipas susah mati' masa tu ialah pasukan Kejor Yop Kejor, sama cam mr. clarias..hehe.. Masa tu kalo pasukan Yop main kat KL atau Paroi... aku sedaya-upaya pergi..member2 yg aku ajak tu negeri mereka kurang menyerlah zaman tu cam Melaka dsbnya tapi minat bola, dan aku suruh mrk sokong Yop baru aku belanja..kalau tidak sorry. Nengok kat stadium ni lebih thrill, dan lebih adrenalin rushnya. Lagi satu kalau Yop menang, happy sungguh masa balik tu sampai susah pulak aku nak tidor...esok atau hari Isninnya pulak murah hati belanja member2 minum pagi pukul 10 utk meraikannya. Itu kalau menang, kalau Yop kalah siap ler utk menyorok, tak turun minum seminggu. Sbb masa tu mmg hebat sgt gaduh kutuk mengutuk pasal bola ni..antara seteru utama pasukan Yop kat tempat kerja masa tu ialah penyokong selangor, terengganu ...huh.. kutukan mereka begitu pedih, sinis dan berbisa.. Tapi sejak gejala jual permainan, bookie etc, dan star2 yg aku minat tu terlibat dan kena buang daerah dsbnya...aku dah tak fanatik lagi...walaupun entah bila2 sesekali member ajak tgk final melibatkan team Yop aku pun contact member kampong utk dptkan bbrp tiket free. Ada sekali tu aku dpt 4 tiket dan 4 t-shirt free, sorang member aku org melaka pulak yg lebih excited nak pergi utk rasmikan kereta barunya yg baru keluar hari tu ke bukit jalil..tapi malang, masa balik tgk kereta baru dia kena calar, tak pasal-pasal...
Skang aku dah tak tau satu abok pun ttg citer bolasepak tanahair ni...tak kenai pun saper pemain2, pegawai2....yg aku kenai dan yg masih ada...Raja Ahmad Zainuddin yg aku puji melambung2 dlm komen akhbar kat atas tu. Mungkin jugak sikit sebanyak komen2 aku tu membuka luas mata org pada dia...he he..dalam dunia ini byk yg berkemungkinan..
p/s: dlm komen paper tu aku terkutuk pahang sikit.....to budakbudu, I really owe u an apology.....he he..
4 comments:
Azizol da best....among the best midfielder produced in Asia..he's good enough to play in any major soccer league...except for EPL.
Yes, he's da best...I'm not sure whether he's fit for EPL, but I would totally agree with ya if at his age now..
Aku dah berhenti minat bolasepak tempatan sejak skandal rasuah bolasepak merasuk arena bolasepak negara. Aku dah hilang ghairah apabila kita susah-susah berebut beli tiket, bersorak macam nak rak, tapi mereka senang-senang menghianati kita, hanya kerana duit yang tak seberapa..... Tambahan lagi kekadang rasa amat meluat menyaksikan gelagat sesetengah pemain menunjuk-nunjuk kereta mewah, berpeluk-peluk dengan girlfriend seksi, mabuk-mabuk dengan penuh bangga seolah-olah merekalah celebriti keagungan Malaya! Bila main di padang, hancur lebur, lembik macam sayur terlebih rebus....Aku dah lama lupa nama pemain-pemain bolasepak negeri atau negara. Nama terakhir yang aku ingat ialah Mokhtar Dahari, Abdah dan Yunus Alif, Bakri Ibni, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Arumugam dan M.Chandran.
He he ...well said.
Sama cam aku...tu ler pasal aku pun dah makamkan keminatan aku pada bola tempatan ni.. memblog lagi ada faedah, he he
Post a Comment