Tuesday, December 13, 2005

Ebiet

Tak de ape nak diblog, ceriter sikit pasal CD si Ebiet GAde.
Bila aku tau zali berada di Medan, aku hantar mesej kpdnya minta beli CD EbietGAde, ...sbb di KL payah nak jumpa. Dia jawab 'OK tuan'....teringat zaman aku berkerja di Paloh Hinai dan Caruk Puting dulu, di sana aku dipanggil 'tuan'...he he.. Bila zali balik, rupanya dia beli dua CD,..aku tanya brp puluh ribu harganya..dia kata lebihkurang 40 ribu satu, kalau aku nak bayar, bayar RM40 ribu..kalau tidak, FOC je...mudahan dia murah rezeki.
Kenal siapa dia Ebiet G Ade?
Dia seorang penyanyi lagu-lagu puisi dari Indonesia
Tidak ada penyanyi lain yang setanding dengannya
Kenapa?
Dia mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikannya sendiri
Dia tidak pernah menyanyikan lagu orang lain.
Satu hal yang menarik tentang Ebiet
Ebiet tidak pernah menyanyi sambil berdiri, kerana dia merasa kekok berbuat demikian
Dia lebih senang menyanyi sambil duduk dan memetik gitarnya.

Byk lagu2 ebiet yg aku suka spt Camelia I, II, III, IV.., Menjaring Matahari, Elegi Esok Pagi, Berita Kepada Kawan, Rembulan Menangis, Titip Rindu Buat Ayah, etc.... Lagu2 Ebiet banyak yg menyedarkan kita ttg kehidupan, kematian seterusnya mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa.

Menjaring Matahari
Kabut, sengajakah engkau mewakili fikiranku. Pekat, hitam berarak menyelimuti matahari. Aku dan semua yang ada di sekelilingku merangkak menggapai dalam gelap. Mendung, benarkah petanda akan segera turun hujan. Deras, agar semua basah yang ada di muka bumi, siramilah juga jiwa kami semua yang tengah dirundung kegalauan... Roda zaman menggilas kita, terseret tertatih-tatih. Sumbu hidup terus diburu, berpacu dengan waktu. Tak ada yang dapat menolong, selain yang di sana... Tak ada yang dapat membantu, selain yang di sana.. Dialah Tuhan..............
Camelia IV
Batu hitam diatas tanah merah Disini akan kutumpahkan rindu Kugenggam lalu kutaburkan kembang Berlutut dan berdoa Syurgalah ditanganmu, Tuhanlah disisimu Kematian hanyalah tidur panjang Maka mimpi indahlah engkau Camellia

4 comments:

Harith Faruqi Sidek said...

kekuatan Ebiet adalah bait2 lirik yang puitis yang menyulami rima lagu yang santai, tapi "makam" beliau dalam dunia sastera puitis tidak seunggul Rendra, chairil anwar mahupun Mokhtar Lubis...tapi beliau ini lebih disenangi karyanya kerana ia disampaikan secara berlagu berbanding mereka yang memilih medium puisi, sajak atau penulisan. Tapi aku masih lebih senang dengan alunan lagu dari saudara Sam (D'lloyd), Harvey Malaiholo dan Broery Marantika...meskipun mereka mungkin tidak sehebat Ebiet G. Adi.

indica said...

emangnya aku juga agak senang sama lagu2 Broery Marantika, begitu juga Sam D'lyod tapi agak kurang kenal sama itu si Malaiholo..Koes Plus jugak aku kurang tau.
dunia puisi indon hakikatnya lebih mengesani pemikiranku miski aku kurang paham apa yg diungkapkan, tapi yg pasti kbykannya agak enak aku dengar.
Tona suara Ebiet mungkin kurang menyengat berbanding Broery maupun Suhaimi Meor Hasan...tapi lagu2 puisi beliau begitu menyentuh. Tak heranlah di Kota Medan era pasca tsunami ini, cd kasetnya begitu laris diserbu orang, sampai nggak bisa ada stok di KL dong...

McBudu said...

Kurang cocok Ebiet di bandingan dengan Broery, kerna Ebiet ini bukan penyanyi, tapi seorang pengdeklamasi. Kok lebih cocok...?

indica said...

Aku nggak pasti sapa lebih cocok. Ras Adis Ababa juga pernah bikin album puisi..kok dia lebih cocok?