Gambar di atas tu adalah pemandangan di Sungai Perak...tak tau zaman bila. Yg pasti itu kapal gomen. Seingat aku zaman aku baby dulu (hehehe..boleh mengingat? genius jugak aku ye..) kapal-kapal penumpang sangat besar dan agak menggerunkan apatah lagi kepada seorang baby... Emak aku pernah ceriter masa aku kecik dulu pernah dia bawak aku ke belakang kapal tempat utk membasuh aku..biasa ler bebudak kecik asyik kencin merebeh jer ! Emak aku kata, kaki aku nyaris tersangkut kat rantai-rantai kapal tu..puah ka allah.. kata dier..
Di kampong aku sekarang, selepas berpindah dari kampong lama, aku juga pernah mengalami pengalaman tragis di situ. Waktu tu aku berumur 2 tahun lebih aje dan esoknya umat Islam akan menyambut hari raya...petang tu lemang dah masak dan emak aku sibuk di dapor membuat rendang dan pelbagai termasuk persiapan utk berbuka puasa. Yong (kakak aku) yg sepatutnya menjaga aku agak terleka bermain dgn kawan2nya. Tanpa sorangpun sedar, aku telah menuju ke perigi di depan rumah menjinjing sebuah cerek..konon nak mengambik air...Perigi tu airnya boleh dicapai dengan tangan org dewasa jer..dan aku pun membongkok utk ambik air...dan akhirnya aku pun....PLUUPP!!!... aku telah terjunam di dalam perigi tu. Tertonggenglah aku, tak tau beberapa lama aku dalam perigi tu..
Kebetulan pulak jiran sebelah rumah aku (bukan Pak Mat) namanya Mat Nor (pangkat pakcik ) ternampak ada macam seluar biru terapung dlm perigi tu...nasib baik dia nampak dan dia pun memekik-mekik dan ayahnya, Tok Lah berlari menaikkan aku yg dah lemas dan tak sedar apa-apa tu.. Petang tu laman rumah aku penuh dikerumun orang kampong..sibuk le mereka buat CPR, mendukung sambil berlari-lari anak utk menyedarkan aku, aku juga di letakkan di atas lesung kayu untuk dihenjut-henjut...akhirnya semua air dan makanan termasuk lemang yg aku sempat makan sebelum tu semua terhambur keluar... Kalau lambat beberapa saat aku dijumpa oleh pakcik Mat Nor tu, mungkin aku dah berada di dunia lain dalam usia sekecil itu.
Selalu di Aidilfitri, emak aku pesan suruh jumpa orang ni, orang tu...sbb aku berhutang nyawa dgn diorang yg dah bersusahpayah membuat CPR, menggendong dan mcm-mcm usaha utk mengembalikan aku ke dunia ini. Kini kebanyakan mereka pakcik-pakcik ni telah kembali alam baqah,..cuma dapat ku sedekah AlFatihah, manakala yg masih ada dan yg telah berpindah ke daerah lain, semoga kehidupan mereka diberkati Allah senantiasa.
Byk lagi ceriter masa kecik yg off record, termasuk aku kena hurung dek kerengga sampai berbulu seluruh badan. Biasa ler kakak-kakak dan abang pulak sedang asyik leka seronok bermain aci, main galah panjang, sampai adik sendiri merangkak dalam semak pun tak sedar.
Kisah-kisah benar spt ini selalu diulang siaran oleh ibuku dan juga saudara-saudaraku. Mau tak mau, dengar je ler...
2 comments:
Oh man, this is best kept untold story nih... boleh hit satu Malaya kalau difilemkan lebih-lebih lagi kalau ambil Fasha Sanda jadi heroinnya..!
Cerita kamu ada sedikit yang serupa dengan aku, cuma kamu jatuh dalam perigi, aku jatuh dalam sungai semasa menyeberang titi, abang aku yang sulong (arwah) dive selamatkan... kalau tak aku dah arwah gak. Kamu kena hurung kerengga, aku jatuh dari belakang kerbau, konon nak ikut Manolito Montoya dalam cerita The High Chaparral (http://www.thehighchaparral.com/)Kerbau tu lari, aku jatuh, patah tangan kiri aku. Masa tu darjah satu, nasib baik tak patah tengkuk kalau tak arwah dah. Masa darjah dua, hari Deepavali aku cuci kasut baru aku duduk melutut di belakang kereta abang aku, tak tau dia nak reverse, terperosok aku bawah kereta, dah sampai bawah, nasib baik tak kena tayar, kalau tak arwah jugak lah aku. Pas tu masa kat Arau, kau pun tau kan masa semester break 2nd year aku accident dalam teksi, sampai sekarang aku masih menderita sakit-sakit...nyaris arwah jugak tu... Agaknya anak bongsu ni accident prone kan....
Tapi aku masih ingat melawat rumah kamu... best apa... sawah terbentang hijau menawan...tapi cucu Pak Mat tu... lagi menawan...
Kekadangkan bila kita ingat kembali zaman silam, kita rasakan sebagai satu keajaiban atau orang banjar kata 'Miracle' yang kita dah sampai ke kehidupan kita sekarang ini. Berbagai liku kehidupan sudah kita tempuhi, dan kita berjaya sampai kepada diri kita sekarang ini. Keadaan ini membuat kita rasa amat bersyukur kepada Ilahi yang membenarkan kita berada seperti diri kita pada hari ini kerana pada masa yang sama ramai mereka-mereka yang lain tidak mendapat peluang sedemikian. Ramai yang tertonggeng dalam perigi dan sungai terus hilang nyawa, ramai yang accident dan hanya tinggal nama, ramai yang kehilangan ibu bapa semasa kecil dan end-up sebagai penagih tegar atau sampah masyarakat.
If we look back at our whole life, just how lucky we are, there is no word to describe, except Syukur Alhamdulillah.
Post a Comment