FIKIRKAN MENANG-MENANG
Kebanyakan daripada kita mendekati sesuatu situasi dengan mentaliti menang-kalah."Menang" bermakna orang lain kalah. Kita sering melihat kehidupan melalui cermin menang-kalah.
Manakala, menang-menang bermakna persetujuan bersama atau penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama. Dengan adanya penyelesaian menang-menang, semua pihak berasa puas tentang keputusan dan mempunyai komitmen terhadap pelan tindakan. Menang-Menang memandang kehidupan sebagai bidang kerjasama bukannya bidang pertandingan. Menang-menang bukan cara sesebuah pihak, tapi cara yang lebih baik, cara yang lebih dihormati oleh kedua-dua belah pihak.
Hal ini berkaitan dengan tawar menawar yang adil, berpikiran terbuka dan masuk akal terhadap semua pihak. Berpikir menang-menang berkaitan dengan kompromi dan keinginan tulus untuk mencari penyelesaian jalan tengah. Cara berpikir ini tidak akan mengambil keuntungan karena anda dipercayai bertindak dengan kehormatan.
Apabila kita belajar berfikir menang-menang, kita mencari manfaat bersama dalam semua interaksi kita. Kita mula berfikir dari segi orang lain, masyarakat secara keseluruhan.
Menang-menang bukan suatu teknik tetapi ia merupakan falsafah menyeluruh tentang interaksi manusia. Malahan ia satu paradigma interaksi. Paradigma yg lain adalah Menang-kalah, Kalah-menang, Kalah-kalah, dan Menang.
Menang-Kalah
Orang yang berpegang kepada pilihan menang-kalah lebih suka menggunakan pangkat, kuasa, kelayakan, harta benda, atau personaliti untuk mencapai keinginan mereka.
Kalah-menang
Ada orang diprogram terbalik, iaitu Kalah-menang. “Aku kalah, kau menang. Teruskan dan buatlah apa yang kau hendak. Aku memang kalah, aku selalu kalah. Aku suka damai dan aku akan buat apa-apa pun untuk damai.” Dalam hal perundingan, kalah-menang dipandang sebagai penyerahan diri – mengundur atau mengalah.
Kalah-kalah
Apabila dua orang Menang-kalah ada bersama iaitu apabila dua individu yang tegas, degil, egois berinteraksi, hasilnya ialah kalah-kalah. Kedua-duanya akan saling membalas dendam.
Menang
Orang yang memiliki mentaliti Menang tidak semestinya mahu orang lain mengalah. Apa yang penting, mereka mesti dapat apa yang mereka mahu. Orang yang mempunyai mentality Menang berfikir dari segi mencapai tujuan sendiri, dan membiarkan orang lain mencapai tujuan mereka masing-masing.
Dalam situasi di mana Menang-menang tidak dapat dicapai, adalah lebih baik bersetuju untuk tidak membuat rundingan.
SUMBER: 7 Tabiat Orang Amat Berkesan
Setelah sekian lama.....
5 years ago
No comments:
Post a Comment