Thursday, October 27, 2005

14 musim aku di sini

Petang tadi aku mendapat satu panggilan dari Dr. N yg aku kenal. Beliau meminta maaf sekiranya mengganggu. Tapi kujawab, aku di sini mmg untuk diganggu. Ingatkan beliau ada urusan dgn kerjaku sekarang, rupanya beliau sekadar meluahkan masalah yg beliau hadapi kini di samping meminta pandangan dari pengalamanku di masa lalu . Masalah staff-staff...Ya, masalah mereka yg pernah rapat dgnku selama 14 tahun dulu. Kini Dr. N menjadi boss besar di tempat itu. Lantas fikiranku melayang ke alam tempat kerja lamaku. Suatu tempat yg damai di satu sudut di daerah akademia ini. Pernah diibaratkan sebagai nirvana bagi sesetengah mereka yg gemar menghirup udara pagi yg segar dan petangnya yang nyaman. Betapa hampir 4 musim aku meninggalkannya kini, namun aku seolah merasakan aku kini hanya bercuti dan esok akan kembali kepadanya. Tapi jika ditakdirkan aku tidak meninggalkan tempat itu, mungkinkah aku mengenali insan-insan lain seperti Mr. Clarias, Timoh Amoh dll. Mungkin tidak...paling kuat pun sekadar mendengar nama. Di tempat ini budakbudu juga pernah menjengukku.
Dulu semua staff tu, merupakan aset utama aku dan aku menghormati mereka sepanjang masa jika mereka melaksanakan tanggungjawab dgn penuh dedikasi, iltizam dan semangat tinggi. Aku sentiasa menganggap mereka seperti saudara-saudaraku sendiri dan aku terpaksa meletakkan diriku sbg saudara yg tua, walaupun sebahagian mereka orang lama. Aku rasa mereka dapat merasakan keikhlasan itu. Mungkin masa silih berganti dan mereka kini telah tua, daya motivasi kian menurun atau kurang perhatian, aku kurang pasti. Apa yg aku maklum kini ada konflik sesama mereka. Semasa aku di situ dulu, mmg terdapat sedikit konflik yg remeh...tapi aku anggap itu sekadar asam garam rencah kehidupan pekerjaan dan sehrusnya aku terpaksa berkorban cara untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. Aku sebenarnya sgt menghargai mereka, tak kiralah siapa mereka dan setiap mereka adalah insan berbeza, dan aku telah cuba menangani perbezaan itu sewajarnya.
Flame of the Forest ini tidak lagi menyambut pagiku dengan ceria seperti suatu ketika dulu. Namun demikian, itu tidak mengapa, sekadar aku berharap biarlah segalanya berada dalam harmoni dan mereka di sana sentiasa sejahtera. Kerana di sana bagiku masih ada memori. Mmm...nostalgia lagi..ceh.

Monday, October 24, 2005

Arap dan Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri

Tak de aper nak diblog...dan cerita kali ini tiada kena mengena dengan negeri Arab tapi seorang anak bernama Arap, atau Mohd Asyraf nama sebenarnya. Sejak masih kecil merangkak lagi Arap agak rapat dgn aku, maklumlah masa tu rumahnya tak jauh dari aku dan ayahnya selalu minta bantuan aku tolong menjaga Arap di samping banglong (shidi) dan kakngah (ecah)terutama bila ayah Arap terpaksa menjaga anak-anak kalau isterinya berkursus lama dan jauh... Jadi bila rakanku itu ada hal dia minta tolong aku bantu dia..lebihkurang macam daddy day care ler..he he.. Letih jugak aku melayan dorang bermain tapi aku seronok dengan mereka. Adakala Arap lebih suka dgn aku dari ayahnya yg kdg-kdg garang tu...lebih-lebih lagi dgn aku senang dpt jajan ke, mainan dsbnya. Pernah sekali aku ke luar negara dan family Arap pun sama pergi. Bila di sana dia byk ikut aku jalan-jalan di tempat orang tu, masa tu umur dia 3-4 tahun je. Eeh..kalo difikir balik, nasib baik tak jadi apa-apa kat negara orang tu..Terusterang aku sememangnya rasa begitu dekat dgn Arap disebabkan aku kenal dia sejak kecil. Sekarang Arab dah besar, aku pun jarang jumpa dia sbb rumah dah agak jauh..dulu ada juga dia call remind aku of his birthday. Kini dah besar mungkin dia tak brp ingat aku lagi..tapi aku masih ingat kat dia sbb dia satu2nya anak kecil yg rapat dgnku. Aku anggapnya sama seperti anak-anak buahku. Pernah aku terpaksa menyorok2 kalau nak balik dari rumahnya sbb jika dia nampak aku balik dia akan menangis..sekarang agak jarang dan sukar bertemunya, sekali-sekala aku bertanya khabar Arap dari ayahnya. Dengar cerita dari ayahnya puasa tahun ni dia belum ponteng lagi, dan tiap hari dia mesti nak bersahur kalau tidak dia tak tahan sbb dia budak sehat, perut besar. Gambar ni masa umur Arap lebihkurang enam tahun..skang dah 11 tahun dan aku pasti gembira dan tumpang berbangga jika suatu hari nanti Arap akan menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang.
Malam Sabtu lalu aku diajak oleh borak-borak sambil pekena somtam, kerang bakar dsbnya di satu tempat di tgh kotaraya dah byk kali aku pergi tapi tak pernah ambil tahu nama sebenar tempat itu. Bila Fuad Del Kece bercerita perangai anaknya si Fikri, aku teringat pada satu karya besar A. Samad Said, Bulan Tak Bermadu di Fatehfur Sikri. Sikri dan Fikri tak jauh bunyinya...
Fuad menceritakan keletah anak-anaknya si Hanip dan si Fikri berpuasa. Kesian jugak bila dengar Fuad yg terpaksa menghadapi kecaman serta ugutan demi ugutan dari anak-anaknya yg baru belajar berpuasa tu. Budak-budak ni memang cepat naik angin dan agak sensitif kalau berpuasa. Pantang silap sikit dan demand lain macam..bunga api, air soya cincau mesti ada le dsbnya. Fuad yg penyabar tu pun kadang-kadang tak tahan bila budak-budak tu asyik mengamuk dan mengaruk tak tentu pasal terutama bila petang di mana budak-budak ni suka duduk kat dapor mengadap makanan. Kalau budak-budak tu letih nak minta berbuka, Fuad akan suruh mereka bertahan. Seperti baru-baru ni, bila Fuad buat tak tau dan tak layan, diorang mula mengugut, ...kang adik makan kangggg....kata si Fikri sambil memegang ayam goreng ke mulutnya. Fuad yg dah hilang sabar, meninggikan suara " MAKAN..MAKAN LE"... Fuad ingat budak-budak tu takut dgn gertakannya. Tapi tidak, ayam goreng tu terus dingap oleh Fikri, terus terkedu Fuad kerana waktu berbuka cuma tinggal setengah jam saja.
Itu le gaya budak-budak berpuasa sekarang ye..

Thursday, October 20, 2005

A note of condolences


Dear Pak Lah

I don't know what's like to lose someone under the circumstances that you have. But whenever someone you love is gone, there's an empty spot in our lives. I can imagine that you're hurting just like all of us who knew her. All of us who knew her, could tell that she loved you very much.
AlFatihah.

Tuesday, October 18, 2005

Bon Voyage

There were times when I was looking for her, one of my colleagues would warn me..jangan dicariiiii... but to me she was one of the bosses I'd love to work with. Garang, strict but quite funny some time. To me she's just like emak yg garang whose children are always scared of. That's Mak Esah who loved to bite big apple fuji at work. Sometimes when she put down the apple, I'd gave the fruit a glance, it looks like it had been bitten by a naughty squirrel.
I have the experience of working with different kind of bosses through out my working life. Well.. great bosses are hard to find..they are rare species.... I've been with Mak Esah for the past 14 months and if I were given the chance to carry out an upward appraisal upon her performance, I would surely give her good ratings. She's committed in her works and very cooperative kind. I guess she never got mad with me was due to the fact that I didnt give her headaches. Mak Esah has a passion for IT stuffs, always love exploring or attending such trainings. She also own a PDA, digicam and laptop, at least to keep herself updated in IT world.
Now, Mak Esah is leaving.. the time has come for her retirement, 56 years old but still going strong. I wish her all the bests in her future undertakings. Semoga beliau menjadi seorang usahawanita yg berjaya, gembira dan sejahtera.

Siti umrah lagi

Bila terbaca kisah-kisah umrah seperti yg diceriterakan oleh mr. clarias di blognya , aku teringatkan siti nurhalijah.. Tahun ni siti umrah lagi, baik sungguh budak Lepih anak pak tarudin ni..Bila aku dpt berita dia umrah lagi, terus aku teringat bila pulak aku nak pergi...aku pun ada niat juga nak buat umrah especially bulan ramadhan al mubarak, tapi tak tau bila...