Pasal makan memakan ni, aku bolehlah dikategorikan sbg jenis yg tak memilih jugak. Kalo nak diikutkan aku mmg suka makanan yg mudah. Contohnya, makanan berasaskan telor, baik telor rebus maupun telor goreng. Tak jadi masalah......heheh..
Sejak dua menjak ni aku agak keberatan nak makan di luar, sementelah lagi tahap keberatan badan aku yg kian bertambah membuatkan aku lebih berhati-hati kerana makanan di luar ni byk sgt bahan-bahan subversif yg boleh memudaratkan. Harganya pula kdg-kdg di luar jangkaan....dan yg aku tak suka, selalu ia tak mencapai tahap piawaian citarasa aku, sekadar boleh makan untuk hidup saja.
Walaupun tak sehebat jamie oliver naked chef, balik kerja petang tadi aku agak rajin dan aku pulak terkenang sejenis makanan thai yg dah lama aku respect. Bukan respect apa, cuma cara penyediaannya agak simple tapi hasilnya agak memberangsangkan jugak..maksud aku, menyelerakan. Di gerai-gerai tomyam di kajang, gombak, bangi aku tak jumpa masakan ni...mungkin diorang tak tau kewujudannya, ataupun diorang di sini berasal dari siam selatan...yg aku makan tu di siam utara.
Makanan ni aku pertama kali makan semasa di utara thailand suatu ketika dulu...Waktu tu tengahari, van yg aku sewa, singgah di suatu tempat makan pelancong...dan ketika itu aku tersangatlah lapar sbb pagi sewaktu di Chiangmai aku tak sempat nak bersarap krn terpaksa kejar van nak pergi ke chiangrai, golden triangle dan masae (myanmar border). Waktu makan tghari, van yg aku sewa tu singgah di suatu tempat makan pelancong berhampiran golden triangle. Pemandu van kata pelancong2 muslim pun makan di situ, yg pada masa tu aku tgk penuh sesak dgn pelancong-pelancong yg rata-ratanya dari barat. Ada le tiga empat kerat muka siam/melayu. Pelbagai makanan buffet dihidangkan.....tapi aku cuma ambik buah-buahan, nasi dan sejenis salad telor.
Salad ni simple, tak sampai 10 minit boleh siap.. Ingredientnya....typical siam,...ada jus limau nipis, cili api dan nampla..Namanya aku tak ingat, tapi lebihkurang... salad telor goreng siam. Kalu sesiapa yg gemar somtam, mmg sesuai sangat...
Sesetengah makanan thai mmg kena pada selera aku..dan aku masih terkenang satu lagi makanan yg aku makan di sebuah gerai muslim di patong beach phuket ..namanya aku ingat 'fried prawn with basil leaves'. Tapi yg ni aku tak tau kaedah pembuatannya ...Apa-apa pun, bak kata pepatah tua...jgn hidup utk makan tapi makanlah yg selamat untuk hidup....dak gitu?
3 comments:
Ko takyah jadi jamie oliver pun takpa..jadi Anthony Bourdain lagi best macam-macam boleh makan...cacing, katak, biawak semua dia sapu.
Nak jadi naked Chef, sila jemput ke depan bangunan SUK minggu depan nih.
Lagi satu, salad tu dah ok dah, tapi bila bercampur dengan telur aku rasa dah jadi kurang sihat sikit....aku dah kurang makan telur...oh man I really missed it!
Pakyob: anthony bourdain tu semua dia telan...naik kembang tekak aku dibuatnya...hehe
mcbudu: Hahahaha.. naked chef dgn salad telornya depan bgnan SUK...mesti gempaq noo..
salad bertelor ni rasanya no problem kot sbb ada lime juice, kena taruk byk sikit, pehtu minum susu gred 10 pulak ...:))
Post a Comment