Monday, March 05, 2007

Buat seorang guru

Miskipun pemerkosa cum pembunuh dijatuhkan hukuman sampai mati, tiada apa yg dapat mengembalikan anaknya ke dunia ini...tiada apa yang menggembirakan,...there's nothing to celebrate actually..spt katanya.
Lama tak mendengar beritanya, cuma setahun dua kebelakangan ini wajahnya terpampang di media massa, lantas membangkitkan detik-detik nostalgis di zaman lampauku. Simpati tidak terhingga buat seorang guru yg telah mendidikku dengan penuh dedikasi, komitmen, kebaikan dan kelembutannya,...

Dia cikgu Matematik ku dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3...Aku masih ingat, semasa aku sdg asyik melihat keputusan exam SRP ku di papan kenyataan sekolah....aku dikejutkan oleh satu suara betul2 dari belakangku.."Hey congratulations.. you got it! ". Bila aku toleh rupanya dia. Beliau sgt gembira masa tu krn ramai anakmuridnya mendapat A1 dlm subjeknya termasuklah aku...Bila ting 4 dan 5 beliau tak mengajarku lagi..dan masa SPM aku tak dapat A1 lagi dlm matematik, cuma cukup makan shj.
Beliau seorang guru yang sangat baik, lemahlembut dan berperawakan menarik. Kini aku sgt bersimpati dgnnya.
My deepest condolence to Mrs Pearly Ong.... semoga beliau tabah menghadapi kehidupan ini.

edited on : 11 March 2007

No comments: