Tuesday, July 04, 2006

Dari Luar Jendela - 4th of July

Satu-satunya pokok mangga di depan rumah kini kembali ada buah, ada putik dan ada bunga. Aku tak tau stage apa sebenarnya sekarang..sbb ketiga-tiganya ada. Aku rasa mungkin berpunca dari kerajinanku yg terlampau menabur baja 2-3 bulan dulu....itu pun baja yg diberi percuma sebanyak 2 kg oleh seorang rakan semasa aku melawatnya di serdang setelah lama aku tak jumpa dia. Sekadar baja biasa je..NPK 12:12:17+2TE keluaran Behn Meyer (dari Jerman). Aku mmg dah tau lama yg baja ni agak berkesan berbanding keluaran saingan2nya. Harganya pun lebih dari yg lain..

buah-buah yg disorok

putik-putik...

sambil berbuah sambil berbunga..

Aku mmg sukakan pokok mangga..dan blog ini dulu tercipta tatkala aku ketiadaan idea utk menamakannya...sebaik terpandang ke luar tingkap dan terpandang pokok mangga ni...maka terciptalah Mangifera Spa. Hehehe... itulah ilham dari luar jendela...

Sempena itu juga, lagu yang kedengaran ketika ini pun berjudul 'Di Luar Jendela' ....yg dihantar khas oleh seseorang kenalan cyber yg begitu excited mengintroduce lagu ini kpdku suatu ketika dulu, yg katanya begitu lunak dan agak menyentuh sanubarinya ...mmm..apa khabar gerangannya sekarang?..

p/s: Apakah Italy dpt menumpaskan Jerman pagi ini? Tungguuuu....
Update: Italy menewaskan Jerman 2-0 dlm masa tambahan.....

6 comments:

McBudu said...

Kalau pokok berbunga semasa berbuah, cuba selidik batangnya takut kalau-kalau diserang penyakit atau makhluk perosak. Bunga, selain satu sistem pembiakan, juga menjadi petunjuk kepada sesuatu kesakitan yang dialami oleh pohon-pohon.

Dan kalau dah masak buahnya tu adalah lebih afdal jika disedekahkan kepada anak-anak yatim (Macam aku) agar panjanglah umur pokok tersebut. Perlu diingat, lebih sayang kita kepada sesuatu benda itu, makan lebih afdal jika ianya disedekahkan. Allahualam.

indica said...

Oooo.. kalau cam tu betul le...sbb itu hari aku nampak ada termites kat pangkal...tapi aku dah jirus malathion. Cam ni tak boleh la aku berharap sgt dgn pokok ni..
Thx for the info..aku plant pathology ni lemah skit..hehe

Harith Faruqi Sidek said...

hhhmmm..tak leh join sembang langsung...geng DOktor Pokok ni...

blackpurple @ jowopinter said...

Mangifera indica memang fav aku dari dulu selain dari Nephelium lappaceum...He he he...

indica said...

rith & sarahjiha: takpe, boleh join sembang, taknak sembang boleh dengar lagu rafeah buang..
dulu 2 tahun setengah aku pening dorang sebut original/copy cataloging, search on the fly (?) etc..tapi aku buat-buat tak pening..hehe

indica said...

Blackpurple: Nephelium lappaceum tu boleh buat aku batuk kalau makan banyak2..dan aku tak boleh makan sikit2..
hehe