putik anggur
Betapa cepat masa berlalu, rupanya sudah seminggu aku tidak memblog...tapi masih juga aku menjengah blog-blog member utk melahu ataupun mendengar lagu..hehe..Hari ini aku ke gombak spt minggu lalu, dan aku bawakan bersama rumput carpet (zoysia spp.) utk mini airterjun pee dan abahnya.. Masa nak keluar rumah aku tgk ada pulak putik2 anggur, cantik tapi masam kecut..mmg sour grapes ...
Betapa cepat masa berlalu, rupanya sudah seminggu aku tidak memblog...tapi masih juga aku menjengah blog-blog member utk melahu ataupun mendengar lagu..hehe..Hari ini aku ke gombak spt minggu lalu, dan aku bawakan bersama rumput carpet (zoysia spp.) utk mini airterjun pee dan abahnya.. Masa nak keluar rumah aku tgk ada pulak putik2 anggur, cantik tapi masam kecut..mmg sour grapes ...
kehijauan masih ada...
di masa silam aku pernah mandi di sini..
mini airterjun/kolam ikan pee dlm pembikinan...
di masa silam aku pernah mandi di sini..
mini airterjun/kolam ikan pee dlm pembikinan...
Sebelum balik aku kutip buah bacang yang banyak di bawah pokok..masa kutip tu, risau jugak kalau ditimpa buah bacang. Kata orang biar ditimpa buah durian, jgn ditimpa bacang..sbb org kata boleh jadi arwah dibuatnya kalo ditimpa buah bacang, mungkin kerana buah ni lebih solid berbanding durian....Camanapun, baik durian maupun bacang dua-dua aku tak mau kena timpa...
Bacang, buah yg exotic, baunya semerbak dan ia tidak enak dimakan begitu saja...mesti dibuat sambal belacan, baru dapat rasa kesedapannya, amat membuka selera bagi kebanyakan orang...bagi org bandar mcm Pak Yob mungkin tak kenal buah ini......
Teringat aku, kalau seseorang ada pertalian jauh dgn seseorang ia digelar bau-bau bacang...buah bacang ni buruk kulitnya, tapi 'dont judge a book by its cover'......
5 comments:
Buah bacabg ni teringat aku zaman sekolah rendah dulu...aku sekolah agama rakyat sebelah petang, belakang sekolah tu ada banyak pokok bacang yang tak bertuan (entah ye entah idak), so memang jadi santapan kami la...baju jangan cakapla...baju melayu putih tu ntah berapa berpalit-palit getah bacang...
Kat rumah atok kat Muor sana ada sepokok bacang ni. Lebat bila berbuah.....tapi tak suka sangat bacang ni.... lebih suka mempelam dan kuini.... hehehe
Fakta tentang Bacang
Nama biasa(Melayu): Bacang kekadang dipanggil Macang.
Nama biasa (English): Horse mango
Botanical Name Mangifera foetida
Family Anacardiaceae
Kegunaan:
1. Getah buah yang muda boleh sapu pada pangkal daun rumput, lepas tu letak dalam air, getah tu jadi bahanapi, daun tu jadi motorbot, bergerak laju....tak percaya, boleh cuba
2. Buah masak boleh buat sambal atau makan enak begitu sahaja.
3, Biji boleh bunuh lembu, tercekik beb!
4. Batang boleh buat balak, besar !
Mitos: Pada musim buah-buahan, jika bacang luruh dahulu daripada durian, kualiti buah durian akan menurun (selalunya isi dia keras)
Fakta: Masa bacang luruh selalunya berkaitan dengan musim panas, jadi jika masa tu durian sedang mengkal (separuh masak), dia akan masak dalam keadaan separuh ranum, maka keraslah isinya.
Mitos: Mengapa buah bacang dikatakan membunuh jika tertimpa?
Fakta: Orang yang makan buah bacang ni selalunya orang-orang tua, orang muda dan kanak-kanak selalunya tak suka makan. Jadi orang tualah yang selalu pergi kutip buahnya. Justeru orang tua selalunya dah uzur, jadi bila terkena hempap buah bacang, meninggallah!
Pak Yob: Selain sambal belacan bacang, aku suka putik bacang dicampor dlm masak lomak ciliapi daging salai..ada pulak petai tu..perghhh...
Aku tak suka makan bacang sesaje cam tu, sbb serabutnya selalu terselit celah gigi..ko ni aci bedal je ye yob..hehe.
Blackpurple: offcourse Mangifera odorata (kuini) jauh lebih sedap kalau dimakan cam tu je..kalo serawa kuini lagi aku suka..dan kuini mesti tak sedap bila jadi sambal belacan..hehe
Budakbudu: Getah bacang mmg power, kalo terkena boleh melecur dibuatnya. Aku masa kecik dulu suka main bot daun rumput tu tapi guna getah mangga je, power jugak..hehe.
Menarik mitos ko tu ye..
Sarahjiha: Pencuk ?? hehe..seingat aku, emak aku suka buat pencuk masa dulu-dulu tapi versi Perak le..rasanya makanan ni dah hampir pupus..elok juga kalo pn sarahjiha belajar buat pencuk sebagai generasi pelapis.
Eh!mana bacang yang ko nak bagi aku semalam???
Post a Comment