Monday, June 05, 2006

Demam

Bulan ni, akan bermulalah rakyat jelata dilanda demam..bila dah demam paham-paham je le..ada yg demam susah nak keluar rumah, ada yg demam sampai terpaksa ambil cuti...sbb nak duduk rumah.. Aku harap di musim demam ini aku sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kewarasan.

AF...Aku taklah minat tapi tertoleh-toleh jugak aku kat TV tu..Bagi aku AF ni sengaja digembargemburkan. Biasa je....kali ni kalau adapun yg aku suka tengok, mamat yg suara Ahmad Jais tu..
9 Jun pula akan bermula demam yg lagi hebat yg melanda seluruh pelusuk dunia...aku mmg dah lama tak mengikuti bolasepak baik peringkat daerah, negeri maupun dunia. Mungkin utk menghayati permainan ini pikiran perlu distabilkan dulu, kalau dah berserabut mmg susah nak enjoy the game.. Kalau dulu aku sanggup bersengkang mata, berbetting-betting..(sekupang dua je), tapi kali ni tak tau apa yg aku nak tengok..yg aku kenal Ronaldinho, roberto carlos, beckham, owen...pastu biasa le favorite team aku England, Holland, Brazil...sbb apa aku minat team2 ni? hehe...England dekat di hati sbb mungkin kesan akibat penjajahan dulukala, Holland....aku suka negara ni, dan dulu aku minat tgk rambut Gullit... Brazil pula...sbb diorang le yg mula main bola yg diperbuat dari getah Hevea brasiliensis yg digumpal-gumpal.. Jerman, Argentina walaupun hebat, ntah kenapa aku susah nak jadi penyokong mereka. Bila sebut Argentina, teringat aku pd arwah Pak Lah (alfatihah) kat kampungku dulu...ada satu game tu dia frust sbb Argentina terlepas peluang keemasan score gol.. seraya berkata..."ceh.. tak guna punya Madonna"...hehe
Apapun dalam apa2 jenis perjuangan... baik bolasepak maupun dalam AF, segala daya dikerah demi untuk mengecap kegemilangan...dak gitu?

3 comments:

McBudu said...

Aku bukan peminat AF, mungkin aku tak gemar berfantasi, tapi kalau bola sepak yang mempertunjukkan mutu bertaraf dunia, Macam world cup ni, aku memang tak lepas peluang! Tapi kalau setakat My Team yang main, tak tengok setahun pun tak apa!

Harith Faruqi Sidek said...

England jadi sokongan aku...mungkin peluang untuk jadi juara agak samar...tapi itulah bolasepak..itu World Cup...bagi pencinta bolasepak yang sejati..cinta kepada gadis mungkin boleh berubah, tapi cinta pada pasukan bolasepak...tak mungkin goyah. AF? sejak Mawi hadir dalam arena seni ini....aku semacam tak selera nak tengok yang lain..he..he..

indica said...

Hari tu aku terpaksa tukar-tukar channel utk tgk MyTeam dan konsert AF. Last last aku tak ingat apa yg aku tengok...

Ramai yg sokong England mungkin sbb dah familiar dgn playersnya ie. owen, beckham, rio ferdinand, ashly cole, lampard, david james etc..Aku harap kat piala dunia 2006 ni, akan muncul le bintang2 underdogs dari Angola, Togo dsbnya..