Percutian ke Bandung baru-baru ini sebenarnya berjaya membawa aku jauh dari keserabutan kerja biarpun untuk seketika. Bercuti di tempat orang sekurang2nya dapat melapangkan fikiran serta meredakan sebentar stress dan tension dek bebanan kerja. Bercuti membolehkan kita meluangkan masa untuk diri yg selama ini kita kdg2 terlupa yg kita juga perlu berehat untuk menyegar mau pun memulih minda. Di waktu itu kita dapat menjadi diri kita seadanya sambil berpeluang menyaksikan panorama di luar sana yg bisa membuat kita kembali berpijak di bumi yg nyata.
Orang kata melancung itu sesuatu yg membazir. Tidak samasekali bagiku!... Tanyalah pada mereka yg kerap bercuti melancung, jawaban mereka sama seperti aku. Ia memberikan satu keseronokan yang sukar diungkapkan...Berada di tempat asing membuka mata dan fikiran kita, cumanya, destinasi percutian tertakluk kepada isi kantung...bagiku jika diikutkan, mahu aku jelajah setiap ceruk dan sudut di mukabumi ini namun itu satu perkara mustahil untuk direalisasikan.
Apa yang kita cari bila berpergian ke tempat orang? Bagiku, aku tidak pernah meletakkan harapan yg tinggi pada tempat yg akan ku lawati, apatah lagi jika ianya kali yg pertama. Tak kira di dalam maupun di negeri luar, semasa berada di tempat orang aku suka melihat lanskap mukabuminya, sejarah, arsitektur dan susunatur kotanya, gaya hidup penghuninya, kreativiti masyarakatnya, makanan, tempat tourist, tempat belanja dsbnya.
Meskipun dlm tempoh yg singkat, di Bandung aku :-

***cuba bertutur seboleh mungkin dlm bahasa tempatan..hinggakan ada yg bertanya samada aku berasal dari Ujung Padang, di mana tu ye? he he.... tips aku, cubalah bertutur dan bergaya cam org tempatan..bak kata org..when in Rome, do as the Romans do..
***melihat ramai anak-anak muda bermain gitar sambil bernyanyi dan datang kepada kita dgn harapan kita menghulurkan seberapa yg ikhlas
***perhati orang-orang Bandung lepak di tempat makan pada waktu malam tanpa meja..duduk di atas stool dan memegang pinggan atau gelas..agak kekok bila aku cuba, tapi it was fun bila melihat puluhan orang lain berbuat demikian.
***melihat peminta sedekah datang kpd kita sambil bernyanyi bengawan solo dsbnya

***pengangkutan dgn Angkot, Taksi dan Beca. Aku syorkan naik teksi syarikat bluebird atau gemah repah..selesa. Teksinya byk guna Vios.
***dikerumuni oleh penjaja2 cenderamata seramai lebih 10 orang yg merayu mohon dibeli jualannya sampai aku bisa pusing..
***dikerumuni oleh penjaja2 cenderamata seramai lebih 10 orang yg merayu mohon dibeli jualannya sampai aku bisa pusing..
***melihat tanah-tanah di Lembang berwarna hitam, dimaklumkan tanah-tanah itulah dibungkus dan dijual sampai ke Jakarta kerana ia subur (larva gunung berapi)
***kuda menjadi media pengangkutan di Lembang, di Bandung pun ada sekor dua..
***banyak sungguh buah alpukat, mungkin musim dia gamaknya
***banyak org jual sate kelinci .. baru tau kelinci itu apa.
***tak de teh tarik, jgn le dok mintak. Diorang minum teh pun tak campur susu..itu pelik bagi mereka, ..tapi air kelapa dicampur susu, air durian belanda pun bercampur susu.
***ramai orang di kaki lima masjid, ada yg borak dgn kawan2, ada yg yg membaca, ada yg baring, ada yg makan minum dan ramai penjaja makanan spt mee, bakso dsbnya di pinggir kaki lima tersebut.
***bila time makan, aku cuba makan petai goreng..mmm..enak..he he
*** ada ikan mas goreng,..tak sanggup aku makan kalau betul itu ikan mas
***bila berurusan di kedai-kedai, kdg-kdg otak jadi blank sbb pegang duit ratus ribu, juta-juta ni..so, hati-hati jgn jadi jutawan yg senang ditipu.
*** Bandung sebuah kota yg sibuk, macet serta merupakan salah satu destinasi utama di rantau ini utk membelibelah tekstil, barangan factory outlets..
Berada sekejap di Bandung, aku hanya berkesempatan melihat sedikit saja isinya..tidak sempat melawat Gedung Sate, muzium, safari maupun ke mall2 spt Bandung Super Mall, Kebon Kelapa dsbnya.
Tak tau bila aku akan berkunjung lagi...apa-apa pun kena tengok masa yg sesuai dan kantung mesti ada isi dulu baru boleh direncanakan..
Tak tau bila aku akan berkunjung lagi...apa-apa pun kena tengok masa yg sesuai dan kantung mesti ada isi dulu baru boleh direncanakan..
5 comments:
Kamu tau sebab apa teh depa tak taruh susu? Sebab susu depa dah habis buat air sirap bandung! Saja nak tambah pengetahuan bersama....
seperti ku mahu segera berlari ke dakapan kota bandung....
budakbudu: Terlupa pulak nak order sirap bandung masa aku kat sana..he he
rith: tak perlu berlari dong..takkan lari aspal dikejar.
Sarahjiha: He he..bila diorang kata aku dari Ujung Pandang tu, suka jugak sbb sekurang2nya diorang ingat aku org Indonesia..
Yg kagumnya bila aku rhoyak indon, laju je diorang respon..tapi bila aku kecek melayu diorang blur pulak..sama le cam kes org johor dan mok cik kelate yg sama2 blur tu..yg mintak mangga dgn kopek sekali tu wat gapo..he he
Sebenarnya jika kita bercakap cara Indonesia di kota besar seperti Jakarta, Surabaya atau Bandung, walaupun tak berapa betul.... mereka tidak akan dapat meneka dari mana asal kita, kerana mereka mempunyai berpuluh suku bangsa di sana... mereka cuma boleh meneka kita berasal dari Malaysia bila kita mula membeli barang.... bila kita tak tahu mengira jutaan Rupiah serta nampak dompet kita yang gemuk dan duit berkepul....barulah mereka tanya bapak dari Malaysia ya? Sering terjadi pada aku bila aku ke sana.
Post a Comment