Bila sampai di rumah, hujan pun turun tatkala langit berwarna jingga..he he. . Aku pun try test seluar tempah belia tu...Percaya atau tidak...bila aku try seluar yg ditempah tu..aku rasa itulah seluar yg paling selesa aku pernah try... Tak pasti sbb kain ke, sbb tempah ke, sbb tukang jahit ke..aku rasa mungkin gabungan antara ketiga-tiga faktor ni.
Tuesday, March 28, 2006
Bila Langit Berwarna Jingga
Saturday, March 25, 2006
Makan nachos di Chilis
Ziyad : Besor nya burger diorang makan...sama besor dgn aku..
Mushroom ?? burger... lupa nama.... sedap tapi tak larat nak habihkan.....
Fajita nachos combo...yg ni habih..

Gambo lama: bersama HRM geng di Chilis ( circa 2003)... Clarias & Timoh Amoh di meja lain masa tu..
Saturday, March 18, 2006
Kisah Buah-buahan
Masa aku singgah kat gerai buah2an kat Serdang tu, sorang nyonya tu perkenalkan aku sejenis buah-buahan. Buah duriancempedak...katanya...he he. Walaupun aku tau aku cuba dikelentong nyonya tu, tapi teruja juga aku nak try test beli satu biji...kecik aje ..harga RM5. Kecik tapi aromanya semerbak kereta dibuatnya..aromanya? ..harum spt bau cempedak dan tempoyak...he he. Balik rumah aku snap le gambo..utk saper2 nak tengok, nak percaya dan tak mau percaya.Dah habih baru teringat ambik gambo isi...isi pun ada lima ketul je !
Dari segi rasa mmg le sedap...manis dan berkrim. Ni kena tanya mrk yg ariff ttg kewujudan buah ni...kalau cempedak dgn nangka tu biasa le, sebab dari family, genus yang sama. Harap2 budakbudu boleh verify kejadian ni...he he
Teringat kisah dari sorang rakan dari seberang, konon di tempatnya tengah dibuat kajian nak kacuk pokok durian dgn pokok getah...nampak serius dia berceriter... Tak berani pulak aku nak gelak..he he. Saper yg ada dusun pokok ni..untung le, lebih2 harga getah dah tinggi skang... sambil menoreh boleh le kutip durian gugur..silap aribulan tengah menoreh ditimpa durian..jadi tragedi pulak ye. Mendongeng pulak aku hari ni...he he
Thursday, March 16, 2006
Cekcibor
cekcibor
Originally uploaded by mto@flickr.
He he ..bila tiap kali aku ternampak menatang ni, teringat masa zaman aku cenonet dulu. Suka bebenor nangkap cekcibor...org tua larang pun buat taktau..sampai diorang ckp nanti demam kalau suka nangkap cekcibor ni.. bahasa daerah aku, kawan banjor aku sebut patung-patung (bahasa baku gak). Bila dah tak duduk kg aku terlupa pulak nak sebut..cekcibor, catcibor ke? bhs mat saleh sebut dragonfly..lalat naga ke naga terbang?
dragonfly ni sedara dgn damselfly yg saiz bodynya yg lebih kecik. Damselfly yg cun dan namanya jugak menarik ialah Libellula lydia..konon species lydia kandau, lydia de vega muda-muda dulu.
Monday, March 13, 2006
Mencari PGL
Tak berpeluang menonton wayang PGL maupun Teater Muzikal PGL...lantas 10-12 Mac 2006 aku ke tempat asal-usul sang puteri tu...seperti kedatangan kali pertama dulu, aku juga panjat sikit gunung ni. Sempat juga menempuhi kolam nenek kebayan, tapi aku panjat lagi dan berhenti di kolam tempat puteri tu mandi je..
Dok tau gapo dio...Thursday, March 09, 2006
Los en Faun
Wednesday, March 08, 2006
Yg Terbiar
orchid
Originally uploaded by mto@flickr.
Bukan bunga...orkid laa..
Tak dijaga namun masih mampu
tersenyum dan tersengih...
ngeh, ngeh...
Saturday, March 04, 2006
Bandoeng Parijs van Java II
Percutian ke Bandung baru-baru ini sebenarnya berjaya membawa aku jauh dari keserabutan kerja biarpun untuk seketika. Bercuti di tempat orang sekurang2nya dapat melapangkan fikiran serta meredakan sebentar stress dan tension dek bebanan kerja. Bercuti membolehkan kita meluangkan masa untuk diri yg selama ini kita kdg2 terlupa yg kita juga perlu berehat untuk menyegar mau pun memulih minda. Di waktu itu kita dapat menjadi diri kita seadanya sambil berpeluang menyaksikan panorama di luar sana yg bisa membuat kita kembali berpijak di bumi yg nyata.
Orang kata melancung itu sesuatu yg membazir. Tidak samasekali bagiku!... Tanyalah pada mereka yg kerap bercuti melancung, jawaban mereka sama seperti aku. Ia memberikan satu keseronokan yang sukar diungkapkan...Berada di tempat asing membuka mata dan fikiran kita, cumanya, destinasi percutian tertakluk kepada isi kantung...bagiku jika diikutkan, mahu aku jelajah setiap ceruk dan sudut di mukabumi ini namun itu satu perkara mustahil untuk direalisasikan.
Apa yang kita cari bila berpergian ke tempat orang? Bagiku, aku tidak pernah meletakkan harapan yg tinggi pada tempat yg akan ku lawati, apatah lagi jika ianya kali yg pertama. Tak kira di dalam maupun di negeri luar, semasa berada di tempat orang aku suka melihat lanskap mukabuminya, sejarah, arsitektur dan susunatur kotanya, gaya hidup penghuninya, kreativiti masyarakatnya, makanan, tempat tourist, tempat belanja dsbnya.
Meskipun dlm tempoh yg singkat, di Bandung aku :- ***melihat ramai anak-anak muda bermain gitar sambil bernyanyi dan datang kepada kita dgn harapan kita menghulurkan seberapa yg ikhlas
***perhati orang-orang Bandung lepak di tempat makan pada waktu malam tanpa meja..duduk di atas stool dan memegang pinggan atau gelas..agak kekok bila aku cuba, tapi it was fun bila melihat puluhan orang lain berbuat demikian.
***melihat peminta sedekah datang kpd kita sambil bernyanyi bengawan solo dsbnya
***dikerumuni oleh penjaja2 cenderamata seramai lebih 10 orang yg merayu mohon dibeli jualannya sampai aku bisa pusing..
Tak tau bila aku akan berkunjung lagi...apa-apa pun kena tengok masa yg sesuai dan kantung mesti ada isi dulu baru boleh direncanakan.. Wednesday, March 01, 2006
Bandoeng Parijs Van Java
Tanggal 24 Feb 2006 aku ke Bandung ....Bandoeng Parijs Van Java (Paris of Java) dgn cuti rehat yg aku pohon sejak sebulan lalu. Sebelum berangkat aku tidak mengharapkan suatu yg istimewa dari Bandung.









Pagi minggu 26 Feb kami ke kawasan gunung berapi Tangkuban Perahu..legenda si Tanggang. Yg kapalnya jadi batu tu...yg aku tak tahan kat sini ramai sgt mamat-mamat penjual cenderamata yg sentiasa mengekor sampai le kita seakan rasa terpaksa dan kesian, lantas membeli jualannya...



