Tuesday, February 07, 2006

Hujung Minggu di Gua Kota Gelangi

Mmmm..dah lama tak memblog. rutin kerja yg harubiru membuat aku kurang masa utk bercerita walau mencoret sebaris ayat yg murah. Di hujung minggu aku berada di daerah negeri kelahiran nadzri (budakbudu). Kebetulan nadzri pun ada call sewaktu aku di sini, waktu tu aku sedang ber BBQ,.. Sibuk sebagai urusetia, sibuk juga bersedia membentang halatuju dan perancangan bahagian membuatkan aku agak exhausted, haggard, unmanaged, whatsoever... Kemudian di malam minggu itu pula kumpulan kami mengikuti night walk..jalan-jalan di perkarangan sebuah gua yg dikata berusia 150 juta tahun. Suasana agak gelap hanya berteman lilin yg dipegang oleh ketua kumpulan, aku lebih melihat ke atas, ke arah bulan dan bintang-bintang berserakan di langit biru seolah mengintai dari celahan juntaian ranting dan dahan pohonan gergasi di pinggiran jalan. Ia menyajikan pemandangan gothic yang agak mengasyikkan bagi seorang aku..Sayangnya aku tidak berkesempatan utk merakamkan suasana malam yg syahdu itu. Namun ia terakam di kotak minda seorang pencinta alam seperti aku..
Pagi Minggu: Mmmm...suatu pengalaman luarbiasa bilamana kami terpaksa menjelajah ke dalam gua yg tak kutahu apa yg ada di dalamnya, seolah-olah misteri nusantera gayanya. Agak memeritkan bila terpaksa menyusuri tebing-tebing tinggi dlm suasana malap dan gelap berteman lilin, dengan kasut yg tak brp grip kalau tersilap cara boleh terhumban ke jurang yg gelap gelita di bawah. Kami terpaksa merangkak, memanjat dan menyusup lubang yg sempit. Huhh..kalau tahu begini, nescaya hampir semua tidak akan menyertai aktiviti ini. Yg mulanya disangka sekadar melawat dan bersantai di gua perlancungan mcm Gua Kelam di Perlis atau Batu Caves tempat Thaipusam tu..rupanya ia satu ekspedisi yg begitu mencabar fizikal dan mental peserta.
Biarpun tidak dinyatakan apa motif penjelajahan ini, namun padaku ia membawa banyak makna yg tersirat yg aku boleh rungkaikan sendiri. Keyakinan diri, kekuatan fizikal, penumpuan mental, semangat berpasukan, setiakawan semuanya sangat perlu dalam saat-saat sebegini. Namun bagiku perjalanan ini membuka mata dan mindaku tentang keperitan hidup insan-insan yg tak senasib dgnku spt. sang pencari sarang burung layang2, pencari najis kelawar, pelombong dsbnya. Sekiranya diamati, begitu bersyukurnya kita yg saban hari selalu selesa dgn kerusi empuk di opis dgn dingin hawa yg nyaman... yg bila terputus bekalan elektrik atau aircon tidak berfungsi barang seketika, kita pun riuh melata-rata ... kerana suasana gelap, panas dan berkuap, ibarat gua begitulah kiranya tapi tak ada stalaktait stalagmait, cave pearls, crystal hyacinth dan ntah mcm2 lagi..


5 comments:

McBudu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
McBudu said...

Aku pun dah lama tak memblog. Sibuk ada, malas pun ada. Aku dah semacam hilang momentum untuk mencatat apatah lagi berkarya. Aku pun dah semakin malas membaca. Kalau dulu habis juga satu buku dalam sebulan, tapi kini dah jadi dua bulan sebuah buku. Mungkin aku kena cari ekstrak tongkat ali yang banyak terdapat di sekitar Kota Gelangi untuk mengembalikan 'spirit' yang semakin hambar. Aku anak kelahiran Pahang usahkan menerokai guanya, juga tak pernah menjejak kaki ke Kota Gelangi! Mungkin aku bukan seorang pengembara, atau mungkin aku tidak melihat alam penuh seluruh..... Tapi aku seorang Aquarius yang amat sensitif pada alam sekitar, sama dengan MTO yang akan menyambut hari jadinya tak lama lagi. Selamat Hari Jadi Mizie! Semoga panjang umur dan murah rezeki.

indica said...

Terima kasih.
Aku juga ucapkan Selamat Hari Jadi Terlewat (belated)utk ko. Semoga panjang umur, kesejahteraan dan rezeki yg melimpah ruah..

Harith Faruqi Sidek said...

Happy birthday...semoga panjang umur dan murah rezeki (buleh aku tumpang 2 kaki )

indica said...

sarahjiha, rith: terima kasih ....
mudah-mudahan murah le rezeki aku..nanti boleh belanja korang..korang nak makan ape? he he