Masa aku berhenti di sebuah traffic light masa balik keje semalam (25 Jan 06), di sebelah kiri ku ada Gen2 berwarna hitam..tingkap separuh terbuka dan aku lihat seorang gadis Melayu berambut blonde sikit.. mirip personaliti tv norazalina redzuan tapi lebih putih. Mungkin dia pun dlm perjalanan pulang keje. Aku lihat gadis tu merokok..perhh. Mmmm..aku sendiri pun dah tak suka merokok dlm kereta...pertama sbb takut terbakar kusyen, kedua tak mau keter bau rokok.
Well..kalau masa boleh diputarkan, nescaya aku akan menjauhi rokok.. kerana kini aku percaya aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari byk segi jika aku tidak merokok dari dulu. Tanpa merokok, aku mungkin lebih berjaya dan lebih bergaya...he he. Merokok menjadikan aku seorang yg suka ambil mudah dgn kehidupan, kesihatan dan penampilan diri. Merokok mungkin telah menjadikan aku kurang berjaya dan bergaya.. Melihat seorang lain tidak merokok kdg-kdg diri terasa kerdil dan hina. Justeru aku lebih suka merokok bersendirian. Tidak benar bagiku jika merokok utk menunjuk-nunjuk atau bergaya etc. Merokok yg seronok adalah merokok bersendirian...apatah lagi di kawasan tanah tinggi di waktu pagi yg dingin ditemani segelas susu yang panas..he he
Aku sedar merokok membuang masa dan duit.... Bayangkan sebatang rokok seseorang terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 7 minit dan jika sekotak sehari (20 btg) bermakna 140 minit. Byk perkara yg berfaedah yg boleh dilakukan. Seseorang juga terpaksa menghabiskan RM7 sehari utk sekotak., kalau sebulan RM210, kalau setahun RM2520 ..kalau 20 tahun RM50,400...sbg perokok aku selalu jugak beli vitamin C, itu kos lagi. Alangkah bagus setiap bulan duit utk rokok tu masuk dalam ASB ke, Tabung Aji ke... Bukan aku tidak sedar, malah dah lama sedar...tapi entah lah...
Aku mula merokok sewaktu berumur 17 tahun.....tatkala ada perlawanan bolatampar di gelanggang Sek Yuk Choy di bandar ipoh. Pasukan aku masa tu masuk Bolatampar Terbuka Perak Under 20. So, masa sebelum warm up tu..bbrp member aku ke tempat agak gelap utk berkembut....masa tu rokok Pall Mall. Byk asap rokok tu..
Bermula dari tu aku rasa seronok...Pehtu masa tengah exam SPM, di hostel tinggal budak form 5 je..member2 perokok aku Mat Cool, Khairul Oldman...diorang ni sebaik2 manusia..cool dan org tua le katakan. Time tu rokok aku Peter Stuyvesant...Ada org kata merokok itu seronok ...tapi tak tau apa yg seronok. Seperti juga tidur...org kata ia menyeronokkan, tapi bagaimana atau bila waktunya?
Aku tertarik dgn coretan di blog mr. clarias (bekas seorang perokok) serta komen mr budakbudu (juga ex smoker). Aku ucapkan syabas utk mereka.
Dunia ini penuh dgn kepelbagaian. Begitulah jua kita sebagai insan yg semestinya berbeda dari segi persepsi, andaian dan rumusan. Sebagai insan yg masih terbelenggu dlm dunia rokok, aku juga tidak terkecuali memiliki persepsi tersendiri melihat seorang perokok lain. Ada yg negatif, ada yang positif. Namun aku juga tidak mampu membuat sebarang rumusan. Aku tak mahu bermungkir dgn diri, dan aku tak sanggup berjanji bilakah detiknya aku akan meninggalkan dunia seorang perokok ini... atau mungkinkah ia seiringan dengan waktu aku meninggalkan dunia yang serba fana ini?
6 comments:
waktu merokok yang paling indah ialah sewaktu "menyahut seruan alam"...walaupun lepas tu mata pedih masuk asap carik kepala paip tak jumpa...tapi sejak berhenti aku gantikan dengan tabiat membaca walaupun sekadar membaca label kat botol shampoo atau "Astro Guide"...amaran untuk penggemar tabiat ini: pastikan bahan bacaan anda tidak mempunyai ayat al-quran.
Aku sedar yang aku bukan dalam golongan perokok tegar kerana aku tak boleh menghisap rokok Dunhill yang bagiku agak keras...aku hanya boleh menerima tambakau dari Marlboro atau kadang kala Gudang Garam surya....Salem? aku takut dengan berita angin yang ianya boleh menjadikan aku tak cukup jantan...
Secara jujur, memang adakalanya datang juga keinginan untuk "sepam dua" tapi bila mengenangkan janjiku pada Anak dan Isteri, keinginan itu terus berlalu..
He he... citer rokok lagi...ini yang buat aku teruja ni. Aku pun pernah jadi perokok tegar. Bermula masa Form 5 di Clifford Kuala Lipis, samalah juga, masa tu tinggal budak form 5 saja, masa tu kononnya merokok membawa lebel berani, berani melawan peraturan larangan merokok di sekolah.Masa tu aku percaya keberanian boleh menaikan status di mata kawan-kawan yang lain. Tanpa disedari tabiat tersebut berterusan. Bermula dengan Benson & Hedges (Rokok budak sekolah), Beralih kepada PETER-STUYVESANT dan Dunhill. Aku hisap Peter masa kat Arau tu sebab aku tau orang lain jarang suka Peter, jadi tak de orang tibai rokok aku. Masa dah kerja aku beralih kepada Dunhill. Masa tu aku masih percaya kepada status palsu yang dibawa oleh Dunhill! Aku habiskan 20 batang sehari, sebab percaya kotak rokok bila dah buka, kena habiskan dalam masa satu hari, kalau tidak ia akan masuk angin!.
Aku berhenti merokok selepas 15 tahun 'keracunan Carbon Monoxide'. Itupun atas sebab-sebab kesihatan dan rasa bersalah kepada keluarga yang ikut sama keracunan.
Bukan mudah untuk membuang tabiat ini, namun ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Berhentilah merokok sebelum rokok memberhentikan kamu!
rith: masa 'menyahut seruan alam' tu masa yg sesuai utk mencari ilham dan idea..Aku boleh menerima rokok-rokok biasa tapi tidak rokok keretek..menghidu bau asapnya pun aku sudah pusing..ngapa ya?
budakbudu: Benson tu rokok budak sekolah zaman 70, 80 an..skang dah jadi rokok org tua veteran..he he
sarahjiha: mmg seronok merokok di cuaca sejuk, sambil tu buatkan le secawan kopi o panas untuk rakan kongsi bantal awak tu.
Kalau rakan kongsi tak mau berenti..apa kata, awak join sekali..silap haribulan dia pulak yg lebih risau dgn awak..he he
zulaikha: Terima kasih kerana sudi singgah membaca post saya ini. Mungkin saya tidak berusaha kuat untuk berhenti, namun saya tetap cuba mengurangkannya. Terima kasih sekali lagi kerana memberi kata peringatan yg besar ertinya.
Melakukan sesuatu perkara 'besar' mesti ada sebab yang 'besar' juga. Nanti bila dia jumpa awek yang dia jatuh cinta, mintanya berhenti merokok..... dan dan tu berhenti, percayalah cakap aku nih.
budakbudu: terima kasih kerana menjadi ahli psikologi..he he
Post a Comment