'A masterpiece of a color-blind artist'
Wednesday, December 28, 2005
Being creative
Monday, December 26, 2005
Masih Di sini II
Sunday, December 25, 2005
The road to a friend's home is never long
Tuesday, December 20, 2005
A Little Nightmare
Monday, December 19, 2005
Fanatik pada yg fantastik
Saturday, December 17, 2005
Masih di sini
Tak sangka aku boleh berada di sini. Kajang sebuah pekan yg padat..jalan-jalannya tak semegah segitiga emas apatah lagi orchard road di singapura tu, tapi ia tetap menarik pengunjung kerana sate nya. Waktu aku mula-mula di sini, bau sate semerbak di pekan kecil ini...mungkin di masa tu aku tak biasa lagi. Sekarang aku dah immune, tak terhidu sgt dah..atau mungkin juga sate2 dah dilonggokkan di medan sate yg jauh sikit dari pusat pekan, sekarang kat sebelah stadium tu...tapi ada juga bbrp kedai kat tempat lama.
Miskipun aku dah jadi orang pekan ini, aku boleh dikira berapa kali setahun aku makan sate. Kalo ada sedara-mara datang, baru le aku beli sate, tu pun bungkus...sekali2 tu ntah apa giler ada jugak aku pi makan sate kat medan sate tu...Tapi aku lebih nostalgia sate di kampongku di teluk ensen dan kuahnya juga lebih sedap...
Di atas bukit inilah suatu ketika dulu aku pernah jogging, masa tu ..ramai org joging atau ambik angin petang tengok sekeliling kajang. Sekarang aku dah tak jogging lagi..
Masa aku jogging dulu, terdapat tapak yg lapang dan luas kat atas puncak bukit mewah ni...ramai org lepak2. Pehtu tak boleh lepak lagi sbb kondo ni dibina. Mmg seronok saper yg duduk kondo ni... terletak kat puncak paling tinggi kat kajang, pergi pekan jalan kaki jer.. harganya dulu dlm RM110K, kira murah sbb masa tu tgh heboh tragedi highland tower tahun 93. skang harga berlipat ganda pulak dah..300K, kalo penthouse boleh cecah 500K. Aku suka tengok condo ni..Lokasi cantik, boleh tgk kwsn from bird's eye view...KLCC twin tower pun clear, genting highland cam dekat jer..masa dulu mana reti nak invest benda2 property ni..
Banyak nak citer...esok mai lain la..
Thursday, December 15, 2005
At last..at least something
Tuesday, December 13, 2005
Ebiet
Dia seorang penyanyi lagu-lagu puisi dari Indonesia
Tidak ada penyanyi lain yang setanding dengannya
Kenapa?
Dia mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikannya sendiri
Dia tidak pernah menyanyikan lagu orang lain.
Satu hal yang menarik tentang Ebiet
Ebiet tidak pernah menyanyi sambil berdiri, kerana dia merasa kekok berbuat demikian
Dia lebih senang menyanyi sambil duduk dan memetik gitarnya.
Byk lagu2 ebiet yg aku suka spt Camelia I, II, III, IV.., Menjaring Matahari, Elegi Esok Pagi, Berita Kepada Kawan, Rembulan Menangis, Titip Rindu Buat Ayah, etc.... Lagu2 Ebiet banyak yg menyedarkan kita ttg kehidupan, kematian seterusnya mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa.
Menjaring Matahari
Kabut, sengajakah engkau mewakili fikiranku. Pekat, hitam berarak menyelimuti matahari. Aku dan semua yang ada di sekelilingku merangkak menggapai dalam gelap. Mendung, benarkah petanda akan segera turun hujan. Deras, agar semua basah yang ada di muka bumi, siramilah juga jiwa kami semua yang tengah dirundung kegalauan... Roda zaman menggilas kita, terseret tertatih-tatih. Sumbu hidup terus diburu, berpacu dengan waktu. Tak ada yang dapat menolong, selain yang di sana... Tak ada yang dapat membantu, selain yang di sana.. Dialah Tuhan..............
Tuesday, December 06, 2005
Hujung minggu di selatan
Dari Arab Street aku naik bas double-decker no. 7, bas ni pergi ke Bedok tapi aku turun di Orchard Road… Kalau nak shopping yg agak class dtg le ke orchard road…banyak malls yg besar2 kat sini..antara larat dgn tidak jer nak jalan…Aku tgk kawasan ini dah mula dihias utk Christmas…aku cuma masuk Paragon, Tangs dan Takasyimaya…takasyimaya ni selain dari level-level yg di atas, ada bbrp level lagi di bawah tanah.....aku bayangkan kat kawasan tu di bawah tanahnya cam sarang semut gamaknya...dgn laluan dan station2 MRT, underpass, shopping mall... oh ya kalau kita nak menyeberang guna underpass je, tak payah nak tunggu traffic light kat atas tu..